01.

3K 150 2
                                    

"Pada hari yang indah ini kita telah di jemput untuk meraikan hari berbahagia pasangan pengantin kita pada hari ini iaitu Tuan Damien Knight dan Isterinya, Puan Angelina Marion untuk naik ke pentas bagi menyampaikan sedikit ucapan pada para tetamu yang hadir pada hari ini.."ucap pengacara dengan senyuman lebar di bibir atas pentas itu.

Dengan gemuruh tepukan tangan bergema dalam Ball Room Violet, Celestial Hotel tersebut. Para tetamu yang terdiri daripada rakan-rakan dan para pelabur memenuhi kerusi di dalam dewan itu untuk meraikan perkahwinan pemilik Hotel Celestial yang ke-3 bersama wanita tercinta pilihan hati beliau pada hari itu.

"Terima kasih tuan pengacara...sebelum saya mulakan ucapan saya. Terlebih dahulu saya ingin ucapkan terima kasih kepada para hadirin yang sudi hadir ke majlis perkahwinan saya yang ringkas untuk sama-sama meraikan hari berbahagia saya. Kehadiran anda semua amat saya hargai. Terutama sekali anak-anak saya dan juga sahabat handai."ucap Damien sambil memeluk pinggang isteri barunya di sisi.

Dan dari jauh, pasangan itu di perhatikan oleh wanita berdress biru lengan pendek paras lutut dengan renungan tak berminat. Dia tertanya-tanya, tak ada rasa malu ke dah tua bangka begini buat majlis perkahwinan. Tak boleh ke war-warkan saja tanpa perlu buat majlis bagai. Dia sendiri yang tak kahwin lagi pun rasa malu. Lagi-lagi kalau itu adalah perkahwinan yang entah ke berapa kali.

Strong heart betul orang tua zaman sekarang.

Namun tumpuan dia bukan terhadap lelaki yang segak mengenakan pakaian pengatin lelaki, tapi pada wanita yang berdiri di sebelah lelaki tu. Yakni isteri baru lelaki tu.

Sejak awal lagi dia bantah perkahwinan ni. Tapi apakan daya, kata seorang ibu itu ibarat kuasa veto yang tak ada siapa boleh bantah atau tidakkan. Percaya atau tidak, ini bukanla perkahwinan kedua atau ketiga wanita itu. Tapi sebaliknya perkahwinan keenam beliau.

Hebat bukan?

Mana bekas kelima-lima suami wanita tu?

Simple je jawapannya.

Mati.

Wanita tu kahwini lelaki-lelaki kaya tua bangka semata hendak dapatkan kekayaan dan kuasa.

What a shame.

Sehinggakan dia sebagai anak wanita tu sendiri pun tak nak la mengaku wanita tu ibu dia. Rasa jijik dan terhina bila mengenangkan sikap tamak ibunya itu. Banyak-banyak perkahwinan ibunya itu, dia sendiri tak kenal siapa ayah kandungnya. Terlalu ramai lelaki sudah berdamping menjadi pasangan ibunya itu. Status dia sebagai anak betul atau luar nikah dia sendiri masih was-was. Pendek ceritanya dia tak nak ada sesiapa tahu, wanita itu ibunya.

Dia ada dekat sini pun terpaksa. Kalau bukan disebabkan bodyguard ibunya itu culik dia dan bawak dia tanpa rela ke sini, tak adanya dia buang masa hadap benda yang meloyakan tekak dia sekarang ni.

Yuck!

Tiba-tiba....

"Hei...sorry. Boleh tanya ada orang duduk dekat sini ke?"satu suara lelaki dari tepi menegur dirinya tiba-tiba.

Bersama wajah dingin tiada mood, dia palingkan kepala ke sisi lalu bertentang muka dengan seorang lelaki segak bersenyuman manis di bibir dan renungan mesra kepadanya. "Tak." jawabnya dengan mendatar lalu pandang ke depan semula.

"Saya duduk di sini kalau macam tu..."lelaki bersut hitam dan berbow tie itu tarik kerusi lalu duduk di sebelahnya. "Awak tetamu belah pengantin lelaki atau pengantin perempuan?"sapa lelaki tu lagi dengan ceria.

Malas nak layan, dia hanya silang tangan ke dada dan pandang ke depan dengan kening mencerun grumpy.

Berkira-kira bila la dia boleh berhambus dari sini. Rimas betul!

"Hai...saya Hunter Wyatt...nama cik siapa?" aju lelaki tu lagi sambil jengah kepala hendak pandang wanita bersanggul di sebelahnya.

Dariekor mata lagidia perasan akan lelaki disebelahnya.

Oh my god!Apa masalah lelaki ni?Tak nampak ke dia tak berminat nak bercakap atau bersosial sekarang ni?Banyak betul cakapnya!

Sambil buat muka tak puas hati dia palingkan kepala dan beri renungan marah pada lelaki sebelahnya itu. "Memangnya apa urusan kau untuk tahu siapa aku?"balas dia.

Lelaki itu ketawa kecil. "Wo..saya cuma nak bertegur sapa saja. Takut-takut kalau cik ni sahabat handai Tuan Damien sendiri. Beliau kawan baik ayah saya,...takut-takut saya beri impression negatif pada dia pula nanti kan.." seloroh Hunter yang sikit pun tak terkesan dengan layanan yang diberikan.

Sambil menjuling mata menyampah dengan sikap ceria Hunter, dia kembali pandang ke depan. What ever. "Just shut the f*ck up! I have no mood to make any friend."gerutunya dengan kening mencerlung. Dan pandang saja dia ke depan, pasangan tadi yang ada atas pentas sudahpun turun dari situ.

Dua orang tu jalan singah dari meja ke meja untuk bertegur sapa dengan para tetamu.

Apabila mata ibunya terarah pada dia, terus dia bangun dari situ. Tak nak dia dikenalkan pada umum siapa wanita tu dengannya.

Hunter angkat kening tinggi bila nampak wanita bersanggul sebelahnya tiba-tiba bangun dari situ. Baru nak berkenalan takkan la nak pergi pulak. Tangan itu di pegangnya."Eh...awak nak ke mana. Duduk la. Saya janji saya takkan bercakap lagi..."ujarnya yang ikut berdiri.

"Apa pegang-pegang ni!"sentap dia pada Hunter bila tangannya di pegang tanpa kebenarannya. Sesuka hati je!

Hunter cepat-cepat tarik tangan dia. "Sorry...majlis baru nak mula. Takkan awak nak pergi pula?"

"Hei...yang kau ni banyak sangat bercakap tu kenapa. Lantak aku la nak buat apa...bukannya aku susahkan sesiapa...dah la. Duduk la situ...jangan nak sibuk!"sentap dia sebelum gerak hendak pergi dari situ.

"Hazel June!"panggil suara tu tiba-tiba yang mematikan langkah kaki berkasut tumit tinggi silver itu.

Sh*t!

Kepalanya dipalingkan ke belakang sekejap untuk lihat wanita tadi mula gerak mendekati dia. Suka hati je panggil nama dia!Sesaat dia pandang, kakinya di atur laju pergi dari situ. Tak nak bersemuka dengan ibunya sekarang.

Hunter yang lihat akan situasi itu perhatikan wanita bersanggul tadi gerak pergi dari situ sewaktu isteri kepada Damien cuba hendak kejar langkah wanita tadi.

"Hazel June?"sebut Hunter sambil pandang ke arah pintu dimana wanita bersanggul tadi menghilangkan diri.

12. Miss Picasso And Mister Nice Guy.Where stories live. Discover now