"Kau sure?Nak aku tunggu?"tanya Austin semasa mereka berdiri bersebelahan menghadap lokar masing-masing menyimpan barang.
"Ya...aku sure. Tak boleh ke kau berhenti risaukan aku?"bisik Hazel.
"Okay call aku kalau ada apa-apa.."Austin tepuk bahu Hazel sebelum gerak keluar dari bilik lokar tu.
Tadi masa nak tutup dapur, Ace datang jumpa dengan Hazel. Lelaki tu mintak Hazel stay back sebab ada something yang hendak dibincangkan. Katanya mengenai menu yang mereka nak upgrade untuk bulan depan.
Hazel okay je. Lagipun dia ada banyak idea baru tentang menu masakan untuk signature dish bulanan mereka nanti.
Selesai bawa beg ke bahu, Hazel keluar dari situ. Setiba dia di ruangan dapur, Hazel di sapa susuk lampai Ace. Lelaki tu sedang berdiri di bawah lampu sorot tengah ruangan dengan kedua-dua tangan berada di belakang badan.
"Hai.."senyum Ace.
Okaaaayy~~~ Kenapa dengan Ace ni?
"Dah kenapa?"Hazel berkerut kening. Dia jalan dekat kaunter dapur sebelum sandar separuh badan sambil silangkan tangan ke dada.
Sambil tersengih Ace keluarkan blind fold yang dia sembunyikan dekat bepakang badan lalu di tunjuk ke Hazel. "Ada suprise untuk awak...tapi kena pejam mata dulu."ujarnya sambil jalan dekati Hazel.
"Suprise?Katanya nak discuss pasal menu? Tetiba tukar topik pulak kenapa?"tanya Hazel sambil undur ke belakang bila Ace dekati dia.
"Itu kemudian pun boleh. Cepat pakai ni kemudian ikut saya."Ace berdiri depan Hazel lalu memakaikan dia blind fold itu.
"Hei...apa ni!Jangan macam-macam kena kau nanti aku kerjakan."marah Hazel sewaktu mata dia tutup.
"Okay...sekarang ikut saya."Ace pegang badan Hazel dari belakang lalu pimpin dia ke pintu belakang dapur.
Perlahan-lahan mereka berdua keluar dari dapur tu tembus ke laman berumput belakang bangunan itu.
"Okay...ready?"tanya Ace dekat dengan telinga Hazel.
"Bukak je la..rimas dah ni."renggus Hazel.
Blind fold itu di tanggalkan dari kepala Hazel oleh Ace. Dia kemudiannya berdiri dekat depan sambil depakan tangan.
"Tadaa!Suprise!"aju Ace tunjuk ke meja bulat yang diletakkan dekat tengah laman tu. Dihias dengan sebuah pasu yang diisi dengan sejambang bunga ros. Satu batang lilin yang menyala terletak di tengah meja. Lalu terdapat dua buah kerusi dan dua buah hidangan.
What the heck?
"Apa yang kau cuba buat ni ketua?"soal Hazel dengan muka pelik.
"Candle light dinner...sorry la ini je yang saya mampu. Nak ajak awak keluar makan pergi restoran asyik tak sempat je. Saya prepare sendiri makanannya. Mari la duduk." Ace tarik Hazel ke meja itu lalu dudukan wanita itu secara paksa.
Hazel yang tak faham apa sedang berlaku buat muka dumbfounded sambil pandang Ace. "So tak ada discussion? Ketua tipu untuk trick saya?"soal diabdengan nada taj percaya.
Ace tarik senyum serba salah. "Sorry la...itu je caranya nak tarik perhatian awak."
Hazel menjulingkan mata menyampah. Memangnya nak apa dari dia sampai cuba tarik perhatian bagai.
"Just tell what do you want?"soal Hazel sambil silangkan tangan ke tangan.
Kaum lelaki ni kan, kalau buat baik mesti ada something yang di nak, paling tak pun mesti ada something wrong yang dah di buat. Itu yang buat fe'el di luar tabi'i ni.
Ace garu belakang kepala sambil tundukkan kepala ke hidangan depannya. "Apa maksud awak?Saya buat semua ni sebab nak luangkan masa dengan awak la dan sebagai tanda terima kasih di atas usaha awak bekerja di sini dan naikkan nama dapur hotel kita."jawab Ace dengan rona merah di pipi.
Hazel buat muka, dah apahal wei. Siap blushing bagai. "Aku nak balik kalau macam tu..merepek aje la."Hazel nak bangun, tapi Ace pegang lengan dia. Buatkan keningnya mencerun tak suka masa pandang Ace.
"Tunggu..cuba la rasa masakan saya ni. Kemudian komen."minta Ace yang perlahan-lahan alihkan tangan dia dari lengan Hazel. "Mana tau kan saya boleh improve lagi."
Keluhan letih di lepaskan. Hazel buat muka terpaksa. Lain orang lain tekak. Nak disamakan dengan dia punya taste, memang out la."Fine..."setuju dia. Garfu dan pisau di capai.
Ace tersenyum bila Hazel sudi makan malam dengan dia. Tak sia-sia dia kelam kabut masak tadi.
YOU ARE READING
12. Miss Picasso And Mister Nice Guy.
General FictionBaru saja dia hendak angkat kepala memandang ke pintu apartmentnya, tak semena dia dengar suara orang menjerit dan pintu jiran barunya terbuka secara mengejut sebelum seorang lelaki tidak berbaju lari keluar menerpa ke arah dia. "HUUARGHHHHH!!!"ter...