35.

1.4K 111 6
                                    

Lepas habis photoshoot Jax singgah ke kedai donut. Beli donut untuk Hazel. Nanti boleh la dia ajak Hazel hang out dengan dia. Dah lama dia tak jumpa orang perempuan yang normal tak tergila-gilakan dia sebab rupa dan latar belakang dia sendiri.

Jadi berdiri lah dia dekat tempat biasa iaitu di tepi rumah dia, posisi yang selalu dia guna untuk kesan Hazel dah balik atau belum. Memandangkan tingkat dia cuma ada dua lot apartment sahaja, lif tu hanya naikan Hazel seorang sahaja. Plastik berisi kotak donut di pegang dengan kemas.

DING!

Bunyi lif kedengaran tak lama selepas itu. Buatkan Jax dengan kelam kabut sorokkan diri dekat sebelah pintu lif tu. Nak kejutkan Hazel.

Terbuka la pintu lif itu sebelum bunyi tapak kaki orang pijak permukaan jubin itu kedengaran. Jax yang sedang menyorok tu apa lagi, keluar dari tepi dinding tu dan sergah orang yang keluar dari lif tu.

"BAA!"kejut dia dengan kedua-dua tangan di atas dan senyuman goofy di bibir.

WHAT!

THE!

HECK!

Hunter dengan muka blur pandang Jax dari atas ke bawah. Mujurla la dia bukan mak latah. Kalau tidak mahunya dia gara-gara dikejutkan macam ni. Tapi...."Apa kau buat dekat ini Jax?"tanya Hunter dengan kening berkerut.

Jax yang ikut terkejut terus turunkan tangan dan pandang pelik ke Hunter dari atas ke bawah. "Patutnya aku tanya kau...apa kau buat dekat sini?"

Mata Hunter gerak ke dua pintu dekat situ silih ganti lalu ke Jax semula. "Kau tinggal sini?"

Hak alah...menyibuk pulak mamat muka kucing ni. "Kalau kau nak jumpa Janis, bukan tingkat ni. Dia ada dekat tingkat atas lagi..."ujarnya yang menyedari tunang Janis ke sini pasti nak jumpa kakak dia.

Kening Hunter terangkat tinggi seakan terkejut. "Janis tinggal dekat sini?"soalnya dengan nada tak percaya. "Tak tahu pulak...sebabnya aku datang bukan sebab nak jumpa dia..."

Ehh? "Kau tak tahu Janis tinggal sini?"tanya Jax sambil buat muka tak faham. "Dah tu apa kau buat dekat sini kalau bukan nak jumpa dia?"

Mata Hunter turun ke plastik berisi kotak donut yang dipegang Jax.

DING!

Sekali lagi bunyi dentingan lif tiba di tingkat itu kedengaran.

Dengan serentak dua lelaki lampai itu berpaling ke arah lif.

Dua orang keluar dari lif itu bersama-sama di pandang Jax dan Hunter dengan kening berkerut.

Hazel dan Ace pandang terkejut di depan mereka bila nampak dua orang itu sedang memandang ke arah mereka berdua.

"Siapa dia?"tunding Jax dan Hunter dengan serentak ke Ace lalu mereka saling berpandangan.

Hazel dan Ace taken back sekejap dengan soalan itu.

"Apa dia orang buat dekat sini?"soal Ace pada Hazel.

"Kau tu yang buat apa dekat sini?"tanya Jax pada Ace. "Dengan dia..."tunjuk dia pada Hazel pula sebelum nampak balutan pada tangan itu. "Oh my god...kenapa dengan tangan kau.."dia cuba dekati Hazel, tapi Ace tolak Hazel dekat belakang badan dia.

Hunter pulak yang maju ke depan hendak dapatkan Hazel."Hazel tangan awak tak apa-apa?Saya dengar dari restoran tempat awak kerja yang awak cedera kerana melecur, saya terus gegas ke sini.."katanya yang tak pedulikan Jax dekat sebelah.

"Hah?Cedera?Dekat restoran?Kau chef ke?"tanya Jax bingung-bingung sewaktu maju ke depan sikit dari Hunter.

Dengan bingung Ace pandang dua lelaki di depannya."Wo...hold up.."Ace angkat tangan surrender. "Jadi kau orang berdua ke sini sebab Hazel?"tunjuk dia pada Hunter dan Jax silih ganti.

"Mana ada aku...dia ni hah yang menyemak. Aku memang tinggal sini.."jawab Jax sambil tunjuk ke Hunter.

"Kau tinggal sini?!"dengan serentak Ace dan Hunter pandang ke Jax.

"Yalah..apa masalahnya..."angguk Jax. "yang kau ni siapa pulak?"soal dia pada Ace.

"Ketua chef tempat Hazel kerja.."jawab Ace dengan yakin. "Kau siapa pulak.."tunjuk dia pada Jax.

"Jiran apartment Hazel..."jawab Jax dengan senyuman bangga.

Hazel yang ada dekat situ pandang tak percaya dengan apa yang sedang berlaku di situ. Entah macam mana benda boleh jadi berbelit macam ni.

12. Miss Picasso And Mister Nice Guy.Where stories live. Discover now