Rentak lagu rancak menghuni tingkat bawah kelab malam itu. Lampu berkelip-kelip menyakitkan mata bila memandang. Lantai tarian penuh dengan para pengunjung menari. Merata-rata dapat di lihat pengunjung di situ hiburkan diri. Sama ada menari, berbual, minum bersama teman atau bermesraan dengan pasangan masing-masing.
Di balik kesibukan kelab malam itu, kelihatan seorang lelaki lampai yang bersusuk bidang, kacak dan bergaya berjalan masuk di celah orang ramai di situ sambil mengangguk-angguk kepala ikut rentak lagu yang dimainkan.
Pengunjung wanita yang berada dekat dengan lelaki tu cuba hendak menarik perhatian tapi hanya dilayan acuh tak acuh dengan lelaki tu. Melihatkan lelaki itu yang tidak berminat dengan mereka, pengunjung wanita itu buat muka lalu sertai kesesakan yang ada di situ.
Mata itu mematai sekeliling tempat itu seakan mencari seseorang. Sekali tu mata dia ternampak orang tu tak jauh dari tempat dia berdiri. Sambil tolak orang yang menghalang laluan dia, lelaki tu menghampiri ke arah itu.
Sedang dia mendekat, masa itu la muncul seorang lelaki mendekati orang itu lalu berkata sesuatu sehingga buatkan orang itu angkat kepala dari meja tu dan pandang lelaki tersebut.
Na'ah!
Memang tak la!
Tanpa berlengah lagi kaki dia di atur seluas mungkin untuk tiba di situ secepatnya.
"Jom la saya hantar balik...nak tak?"pelawa lelaki di sebelahnya dengan manja.
Tanpa berkata apa-apa dia capai gelas berkaki yang terisi dengan cecair depannya lalu di tuang atas kepala lelaki depannya. Nak rasa sangat kan! Ambik kau sebijik! Tak nampak ke dia tak berminat! "Faham bahasa sekarang?"soal dia dengan renungan jengkel.
Menggigil badan lelaki tu sebab marah. Dia renung tajam ke wanita berdress biru depannya sambil mengepal penumbuk. "Hei perempuan! Kau sedar tak kau tengah berdepan dengan siapa sekarang ni!"jerkah lelaki tu.
Tersengih sinis dia lepas dengar. "Memangnya kau siapa?"soal dia sambil kuak rambut dia ke belakang dengan rimas.
"Aku a-"belum sempat lelaki tu nak bersuara, muncul seseorang dari sebelah mereka lalu hadang depan dia tiba-tiba.
"Okay bro....back up.."arah lelaki lampai depannya.
Dengan kening berkerut, dia jengahkan kepala ke sisi untuk lihat, siapa pulak yang berlagak jadi hero tetiba ni?Menyemak betul la.
"Dia yang mulakan dulu!"marah lelaki yang kena siram tadi.
"Berapa?Aku bayarkan ganti ruginya."
"Ni bukan soal duit!"
"Dah tu nak minta maaf?Fine aku mintak maaf bagi pihak dia..."
"Kau tu siapa?Boyfriend dia?"
"Just go bro..please."
"Jangan ingat aku lupa eh...make sure girlfriend kau tu jaga perangai dia."lelaki kena siram itu kemudiannya berpaling pergi dari situ sambil jeling tak puas hati.
Setelah yakin lelaki tu menjauh, dia palingkan badan menghadap wanita yang sudah kelihatan tidak terurus itu dengan kening berkerut.
"Seriously Hazel?"keluh dia sambil pandang Hazel dengan bahu jatuh hilang semangat. Apa nak jadi dengan Hazel ni. Asal ada masalah je bertapak dekat sini. Memangnya tekanan tu hanya boleh di selesaikan dengan minum ke?
"Macam mana kau tahu aku ada dekat sini ?" soal Hazel sambil capai gelas berisi minuman warna biru.
"Mama call aku...dia suruh aku cari kau..dah la. Jom balik."gelas yang di pegang Hazel di alihkan jauh dari cengkaman wanita tu.
Hazel angkat kepala lalu pandang lelaki handsome dekat sebelah dia. "Asal kau datang sini?"
"Sebab aku risaukan kau..apa lagi."pingang itu di peluk untuk diberdirikan dari kerusi.
"Risau?Ke sebab kau kesiankan aku?"soal Hazel dengan mamai.
"Not now Hazel.."rayu dia.
Hazel tolak badan tu jauh dari dia dengan kasar. "Aku tak perlukan sesiapa. Kau faham. So jauhkan diri kau dari aku, and stop like you care Mister Austin Micah!"dia tunding jari ke depan hidung lelaki lampai depannya dengan kening berkerut.
Ni yang malas nak hadap ni.. Kejap lagi mula la drama bagai! "Please Hazel...kita balik okay.." ajak Austin sambil pegang lengan Hazel lalu di tarik rapat kepadanya.
Hazel tepis tangan tu lalu sondol bahu dia ke tepi lengan Austin sewaktu jalan melepasi lelaki itu begitu saja. "Aku boleh jalan sendiri!"
Malas nak bergaduh atau buat scene dekat situ, Austin ekori langkah Hazel dekat belakang. Nak pastikan wanita itu tidak cederakan diri sendiri semasa berjalan terhuyung hayang begitu.
YOU ARE READING
12. Miss Picasso And Mister Nice Guy.
General FictionBaru saja dia hendak angkat kepala memandang ke pintu apartmentnya, tak semena dia dengar suara orang menjerit dan pintu jiran barunya terbuka secara mengejut sebelum seorang lelaki tidak berbaju lari keluar menerpa ke arah dia. "HUUARGHHHHH!!!"ter...