61.

1.6K 121 1
                                    

"Aku datang bawak keluarga kita..."Austin gerak ke tepi untuk benarkan Hazel pandang ke pintu masuk restoran tu dengan senyuman di bibir.

Terbuka mulut Hazel lepas lihat wanita bersanggul di kepala dan berpakaian mewah berdiri di situ disamping seorang lagi wanita yang sedang sarat mengandung.

"Aku ugut mama untuk datang ke sini atau aku takkan izinkan dia jumpa cucu dia lepas anak aku dilahirkan.."bisik Austin yang masih memeluk bahu Hazel. "Kenalkan isteri aku...Laura, and niece to be"

Hazel pandang tak percaya ke Austin.

"Mama...tunggu apa lagi.."Austin pandang ke Angelina. "Austin rasa mama ada sesuatu nak beritahu dekat Hazel."pandang dia penuh maksud ke mama dia. Renungan penuh amaran.

Angelina buat muka teragak-agak sewaktu jalan mendekat.

Laura dekat sisi hanya senyum ke Hazel sewaktu adik iparnya kerling ke dia.

"Hai Hazel..."sapa Angelina dengan kekok.

Hazel yang dengar terus menangis lalu memeluk tubuh Angelina. Tak perlu minta maaf pada dia sebab dia dah maafkan mama dia sejak dulu lagi.

Angelina terkedu dekat situ taktala tangan dan tubuh itu berada dekat padanya. Sambil kerling ke Austin dia buat muka tak pasti.

Austin angguk kepala. Meminta mama dia supaya mengalah.

Terus Angelina lepaskan keluhan lantas membalas pelukan itu. "Maafkan mama Hazel." ucap dia hiba di dada. Banyak salah dia dekat anaknya ni. Dan dia tak rasa hanya mintak maaf boleh selesaikan semuanya.

"I miss you mother."sebut Hazel bersama linangan air mata. Akhirnya dapat juga dia peluk tubuh ibunya selepas bertahun lama dia impikan.

Austin tarik Laura, isteri pilihan mama dia untuk dia yang mana terus berkenan di hati dia tak lama mereka jumpa. Dan kerana isterinya ini la dia dapat kawal mama dia supaya tidak menjadi ibu yang pentingkan diri dan tamak lagi.

Hazel lepaskan pelukan dari Angelina lalu seka air mata dari pipi dia sebelum pandang ke Austin. "Aku dah tahu ayah kita Austin.."

Senyuman Austin memudar sebaik mendengarnya. "Aku pun...Jax dah ceritakan dekat aku segalanya dari awal.."

Hazel menangis lagi. "Ayah dah tak ada mama." pandang dia ke Angelina pula.

Angelina hanya mendiamkan diri. Dia pun dah tahu hal tu.

"Maafkan mama Hazel.."ucap Angelina lagi. "Kalau mama izinkan kamu..kamu pasti sempat jumpa ayah kamu.."

Hazel menggeleng kepala sebelum kembali memeluk Angelina. Mungkin lebih baik macam ni, tak ada la sakit sangat sekiranya dia tak lihat ayah dia tinggalkan dunia ni.

Kalau dia nampak ayah dia tinggalkan dunia ni mungkin dia akan rasa serba salah sehingga ke hari ni.

Austin gosok belakang badan Hazel dengan perasaan sedih juga. Sudah tiada apa-apa lagi yang boleh di lakukan. Yang sudah tiada biar la pergi. Yang hidup ni kena teruskan perjalanan hidup.

Jax dekat meja sejak tadi topang pipi melihat sesi reunite family Hazel dengan perasaan senang dan terkilan pada masa yang sama.

Senang sebab dia dah tunaikan janji dia pada ayah tiri dia, iaitu ayah kepada Hazel dan Austin untuk sampaikan pesanan terakhir lelaki tu.

Terkilan sebab Bradford sudah tiada lagi untuk menemui dua orang anak ini.

12. Miss Picasso And Mister Nice Guy.Where stories live. Discover now