30.

1.5K 106 3
                                    

Dalam keadaan tergesa-gesa Hazel lari merentasi koridor yang kosong itu sambil sebelah tangan pegang dinding sebelah lagi cengkam kain dress dia sebab kasut tumit tinggi dia ni sangat membahayakan diri dia sekira berlari ketka memakainya.

"Hazel tunggu!"panggil suara tu dekat belakang.

Hazel toleh sekejap ke belakang lepas namanya di panggil. Pandang saja dia ke belakang, dia nampak Hunter sedang berlari mengejar dia.

Ah!

Memang tak la!

Sampai di selekoh Hazel tiba di depan anak tangga. Tak nak tertangkap punya pasal, dia lari secepatnya sewaktu turuni anak tangga lebar dan besar itu sehinggakan satu dari high heel dia tertanggal dari kaki.

"Hazel tunggu!"panggil Hunter dekat puncak tangga masa itu jugak.

Dah tak ada masa nak kutip balik kasut tu, Hazel lari dengan sebelah kaki tidak berkasut. Terjengket-jengket la dia jawabnya.

Sampai saja di bawah tangga Hazel cuba cari pintu untuk keluar. Masalahnya sekarang, pintu keluar pun dia tak tahu, inikan satu koridor tu penuh dengan pintu. Memang berpinar la mata dia melihat pintu-pintu di situ.

Dia lari lagi dan cuba tarik setiap pintu di situ satu persatu mana yang dia boleh masuk. Tapi sanyangnya, pintu-pintu di situ tertutup. "Alah...mana ni?Kenapa tak ada satu pun yang tak kunci?"bebel Hazel sendiri semasa tarik dan tolak tombol pintu tu sambil pandang belakang dia. Nak pastikan Hunter tak ada.

"hazel awak dekat mana?"sayup suara Hunter kedengaran di belakang dia waktu itu.

Sampai hujung koridor tu terdapatnya sebuah pintu berdaun kaca. Nampak je pintu tu, Hazel terus rempuhkan diri dia pada pintu itu berharap pintu itu tidak kunci. Dan ianya memang tak terkunci. Dia tolak pintu keluar sebelum tembus ke kawasan halaman belakang rumah agam itu.

Dengan nafas tercungap-cungap Hazel pandang sekelilingnya dengan awas. Berasa takut tiba-tiba bila keadaan gelap malam selubungi taman bertumbuhan renek depannya. Buat seketika Hazel berdiri untuk kekalkan postur tenang dia sebelum mula bergerak semula.

Memikirkan dia boleh gunakan keadaan gelap ini untuk sembunyikan diri, Hazel jalan undur ke belakang sambil memandang ke pintu kaca itu. Menanti siapa yang bakal muncul dan bertanya dia itu dan ini kepada dia.

Kaki sebelah yang tidak berkasut itu pijak permukaan rumput yang basah ditimpa embun itu selangkah demi selangkah ke belakang.

Taktala itu la pintu kaca tadi terbuka, muncul Hunter dengan muka bingung dia pandang sekitar laman itu. Dia pandang dalam kegelapan itu, tapi tak nampak pun kelibat Hazel. Dan saat itu dia mulai teragak-agak. Mungkin dia salah nampak sebab sudah lama dia tidak temui Hazel. Dekat beberapa minit Hunter berdiri di situ, lelaki tersebut kembali masuk ke dalam.

Hazel yang berdiri dekat dalam gelap itu sudah melepaskan nafas lega. Bersyukur sebab dirinya tidak tertangkap. Setelah yakin yang Hunter sudah tiada lagi, Hazel keluar dari kegelapan dan kembali berjalan masuk melalui pintu yang sama.

Masuk saja ke dalam, Hazel dengan berhati-hati pasang telinga dan pekakan mata dia memandang sekeliling untuk pastikan tiada sesiapa di situ. Jengah saja kepala dia ke selekoh koridor tu, pemandangan kosong tanpa manusia menyapa mata Hazel. Memberitahu dia, line telah clear.

Fuh!

Sekarang misi dia adalah untuk cari pintu keluar dan pergi dari sini tak kira apa sekalipun caranya.

Jadi Hazel gerak merentasi koridor itu sambil cuba pintu yang dia tak sempat nak cuba tadi. Ketika dia sedang pegang tombol nak pulas, masa itu la muncul satu susuk dekat belakang.

"Boo!"sergah orang itu di tepi telinga Hazel.

"Argh!"Melompat terkejut Hazel dekat situ sampai bersandar kuat pada pintu tersebut.

"Ahahaha...."suara ketawa itu buatkan Hazel toleh ke belakang sebelum bersemuka dengan si psiko. "Hai princess...going somewhere?"senyum Jax sambil tunjuk kasut tumit di tangan kanan dia.

Hazel yang masih dalam terkejut itu pandang wajah handsome Jax lalu ke kasut tumit di tangan lelaki itu. Boleh pulak dia terlupa tentang Jax. Lelaki ni pun nampak dia. Bukan Hunter seorang! Dia tepuk dahi dalam imaginasi sendiri di atas kealpaan dia.

Hazel berpaling hendak pergi dari situ, tapi dengan mudah Jax capai pergelangan tangan Hazel lalu tarik Hazel kepada dia.

Tarikan itu buatkan Hazel berputar beberapa kali sebelum masuk ke dalam pelukan Jax.

Tak berhenti lagi,Hazel angkat tangan dia nak tumbuk bawa dagu tu, tapi di tepis Jax dengan cekap sekali.

Jax capai kepalan penumbuk itu lalu di bawa ke belakang badan Hazel dan paksa Hazel undur ke belakang dan bersandar pada permukaan pintu di situ. "Not this time princess. Kali ni aku lebih bersedia."senyum dia dengan menggoda pada Hazel.

"Lepaskan aku sekarang!"ketap Hazel dengan bersama renungan berang dia. Berani betul lelaki ni!

"Hahaha...kau tahu kau nampak hot bila marah.."komen Jax sambil menatap wajah Hazel. Cantik betul wanita depannya malam ni. Hampir dia tak cam masa nampak tadi.

"Hot kepala kau! Tepi!"gelut Hazel dengan sebelah tangan dekat belakang badan, sebelah lagi dicengkam pergelangan dengan Jax.

"Jangan la marah-marah. Dah cantik macam ni patutnya senyum...baru la manis mata memandang."sakat Jax sambil tindihkan lagi badan Hazel pada pintu itu dengan badan dia.

Berasa berang dengan situasi itu, Hazel gerakkan kepala dia nak hantuk dagu lelaki tu tapi dengan ketawa lelaki tu jarakkan kepala ke belakang sikit.

"hahaha..hei princess what you doing.."soal Jax semasa elakkan diri dari dihantuk.

Tak nak mengalah lagi, Hazel angkat kaki kanan dia nak sepak tengah kaki Jax.

"Wrong step..."sebut Jax sebelum gerakkan kaki kanan dia lalu lututkan kedua-dua kaki Hazel. Buatkan kaki itu tak dapat di angkat.

"Apa masalah kau ni! Jauhkan diri kau dari aku sekarang atau aku jerit!"marah Hazel cuba tarik tangan dia dari cengkaman Jax.

"Cuba la kalau berani..."cabar Jax lagi yang semakin suka tengok Hazel marah.

Terus terdiam Hazel sejurus tu. Mana mungkin la dia nak jerit. Mahunya semua orang tengok atau nampak mereka macam ni. Tak ke mama dia marahkan dia dan keadaan akan jadi lebih serius kalau Hunter nampak dia di sini??!

"Just like I though..."Jax tarik senyuman senang bila Hazel mengalah.

12. Miss Picasso And Mister Nice Guy.Where stories live. Discover now