DING!
Kepala Jax tersentak memandang ke depan lepas dengar bunyi pintu lif terbuka. Cepat-cepat dia acah yang dia baru nak keluar bila kelibat Hazel kelihatan.
Bila dia tutup pintu dan berpaling pada masa yang sama, Jax terus sapa Hazel. "Hei jiran! Bagus la kau dah balik. Aku baru je ingat nak keluar tadi."
Hazel yang sedang pandang pintu rumah palingkan kepala ke Jax. Dia buat muka penat. Nak apa lagi Encik Psiko ni.
"Nak apa?"tanya Hazel sambil tekan pass code pada pad keselamatan pintu dia.
"Ada maggi tak?"mintak Jax. "Aku punya dah habis."
"Beli la sana.."balas Hazel sambil tarik pintu keluar dan bergerak hendak masuk ke dalam rumah.
Jax lari ke arah pintu rumah Hazel lalu pegang daun itu sebelum ia sempat di tutup. Dia hadang guna hujung kasutnya sambil tu.
Hairan kenapa pintu dia tak tertutup Hazel toleh ke belakangnya sebelum nampak muka tersengih Jax dekat celah pintu tu.
"Hehe...please. Kalau boleh aku keluar. Tapi manager aku beritahu, antifans dengan stalker aku ada dekat luar sana cuba cari aku. Jadi risau sikit nak keluar-keluar ni."jelas Jax lagi.
Hazel lepaskan hela nafas pendek. Tak larat nak melawan atau berbalah, dia lepaskan tangan dia dari pintu tu.
"Nak berapa?"tanya Hazel mahu tak mahu.
Sambil tersenyum senang, Jax masuk ke dalam bila Hazel biarkan pintu tu tak tertutup. Dengan perasaa giddy gembira dia, Jax buka kasut lalu sarung selipar dalam yang ada lalu sertai Hazel masuk.
Masuk saja dalam ruangan apartment tu, bau haruman girly menerawang di seluruh ruang itu. Dari ruang tamu, sehingga la ke dapur.
Yummy!
Bau yang buatkan dia lapar tiba-tiba.
Jax pandang sekeliling ruang yang dia boleh tengok dengan renungan berminat. Tak banyak sangat barang. Semuanya yang asas-asas je. Kemas dan simple.
Seperti tuan rumahnya sendiri.
"Kau duduk seorang diri ke?Tak ada boyfriend?"soal Jax.
Hazel yang berada di belakang kaunter dapur sedang jengket kaki hendak buka pintu almari. "Ya."jawabnya dengan nada tak ada mood sewaktu bergelut nak dapatkan peket maggi dekat dalam kabinet tu.
Tersenyum Jax lepas dia nampak Hazel bergelut nak capai maggi dalam kabinet yang tingginya atas kepala Hazel.
"Kalau dah tak sampai kenapa simpan atas-atas?"soal dia semasa jalan dekati Hazel lalu berdiri di belakang Hazel sebelum capai peket maggi tu dengan mudah.
Hazel lepaskan nafas mengalah lepas nampak tangan Jax dengan mudah capai peket maggi tu. Bertuah betul jadi orang tinggi ni.
"Biasanya aku panjat."jawab Hazel sebelum toleh ke belakang.
Jax yang tak sempat nak jarakkan diri lagi tersentak bila muka Hazel melanggar dada dia sewaktu Hazel berpaling.
Dengan serentak dua orang itu tunduk dan dongak memandang antara satu sama lain.
Buat seketika, Jaz hanya diam memandang mata Hazel.Perfect!
"Hahaha...pendek rupanya kau ni ya?"komen Jax sesaat kemudian sambil jarakkan diri dari Hazel. Paras dada dia je, tak sampai dagu dia. Kalau peluk mesti seronok!
Hazel menjuling mata menyampah. "Dah berhambus! Jangan nak banyak bunyi."Hazel tunjuk tangan ke arah pintu. Dia bagi maggi tu sebagai tandas maaf dia sebab campak Jax, sebab itu la. Tapi dia tak cakap. Nanti kang lelaki psiko ni syok sendiri.
"Thanks eh...kau dah makan?Nak join sekali?"pelawa Jax.
Tak nak cakap banyak, Hazel capai pisau yang ada dekat dalam bekas pemegang pisau belakang kaunter dia berdiri lalu di acu ke arah Jax.
"Get. Out." sebut Hazel satu persatu dengan renungan marah dia.
Terbutang luas mata Jax sewaktu dia angkat tangan surrender."Okay-okay...aku keluar. Kalau ya pun tak payah la guna pisau bagai.." sungut Jax sambil keluar dari situ.
Dengar je bunyi pintu di tutup, Hazel kembalikan pisau tadi ke bekasnya sebelum gerak ke biliknya.
Baru je nak pegang tombol pintu, loceng pintu kedengaran. Buatkan Hazel mengerang kejengkelan.
Nak apa lagi tu!
Sambil jalan mengheret kaki, Hazel dekati pintu lalu di buka. Namun bila dia buka tak ada orang pun dekat situ.
"Main-main pulak dia ni!"bebel Hazel sendiri sebelum berpaling semula nak masuk dalam, sekali dia toleh, mata dia terarah pada dinding sebelah pintu dekat dengan mesin loceng rumah dia.
Sehelai not pad warna hijau terlekat pada permukaan mesin loceng tu.
Dengan kening berkerut, dia tarik not pad tu lalu gerak masuk ke dalam.
Di atas kertas itu tertulis.
"010xxxxxxx-xx. Nombor aku. Call aku kalau perlukan apa-apa. Plus yang pagi tadi tu kakak aku. Aku belum ada girlfriend by the way. Ini bayaran untuk maggi kau. ^o^"
Habis je baca Hazel buat muka tak faham.
Dah kenapa la lelaki-lelaki yang dia temui hari ni?
Memasing dengan kepala dengan perangai pelik-pelik.
Tak tahan betul!
YOU ARE READING
12. Miss Picasso And Mister Nice Guy.
General FictionBaru saja dia hendak angkat kepala memandang ke pintu apartmentnya, tak semena dia dengar suara orang menjerit dan pintu jiran barunya terbuka secara mengejut sebelum seorang lelaki tidak berbaju lari keluar menerpa ke arah dia. "HUUARGHHHHH!!!"ter...