Berkelentang kelentung suasana dapur itu dengan bunyi bising orang memasak. Bunyi desiran makanan di goreng la. Bunyi punggung kualin berlaga dengan tumbu api la. Bunyi sudip bergesel pada permukaan kuali la. Bunyi parang menghentak papan pemotong la dan bunyi api menjulang naik ke udara.
Selain itu pelbagai bau dapat di hidu dalam dapur itu. Dari bau daging di bakar la, bau makanan laun di goreng, bau sup di reneh, bau bawang yang bercampur dengan rempah ratus la...banyak lagi bau yang enak untuk di hidup. Sampaikan boleh kenyang denga menghidup sahaja.
Para chef di situ tekun dengan tugas masing-masing. Sama ada menggoreng, mereneh, saute kuah, menghiris bahan, mahupun mengadun bahan dalam mangkuk. Tak ada satu pun tangan tak bergerak. Semuanya sibuk untuk siapkan permintaan pelanggan masing-masing.
Antara banyak-banyak kertas pesanan yang ditampal dekat almari menu, kertas pesanan banyak terkumpul dekat booth Hazel bekerja. Dia yang bekerja sama sous chef sejak tadi tak berhenti buat itu dan ini kerana pesanan masuk tak berhenti-henti macam hujan. Tak satu-satu pesanan dia terpaksa handle.
"Chef Hazel....signature dish dua set!"laung waiter dekat depan kaunter bar menghadap dapur itu.
Hazel yang sedang sibuk mengoncang dua kuali leper dalam satu masa hanya fokus pada masakannya yang sedang disambar api itu. Sikit pun tak ada reaksi takut pada wajahnya.
"Chef Johnny bread and salad ceddar.."
"Baik!"sahut chef Johnny dari kaunter dapur di belakang Hazel.
Austin yang sedang menyediakan sos untuk spageti itu pandang Hazel. "Berapa yang nak di masukkan ni?"soal dia.
Hazel yang sibuk menceluh mi spageti dalam air panas pandang Austin lalu ke kuali yang di pegang lelaki tu. "Suku dari sudu tu.."jawab dia.
Dengan patuh Austin angguk kepala. Dia masukkan cecair perisa ke dalam sudu itu lalu di pegangnya. Selesai dengan mi spageti, Hazel capai sudu itu lalu di tuang ke dalam saute sosnya. Dia kacau-kacau sikit sebelum di test rasa dengan jari kelingkingnya.
"Macam mana?"soal Austin.
Hazel berkerut kening tak suka. Tanpa kata apa-apa Hazel gerak ke kaunter chef lain lalu curi bahan mereka sikit dan kembali ke kaunter dapurnya. Dia letak campuran bahan tu pada masakannya dan kembali di test rasa semula.
"Good. Tuang dalam pinggan tu...mi spagetinya ada dalam mangkuk tu. "arah Hazel semasa tunduk keluarkan kuali leper dari rak kaunternya lalu di letakkan atas dapur semula.
Austin yang cuba belajar memasak dengan Hazel itu ikut saja segala arahan macam Hazel tu ketua chef di situ.
"Hazel!Set B dua. Tiga saute cheese Bacon and tubetti spaghetti."laung suara waiter lain.
"On it.."balas Hazel dengan perlahan semasa tuang minyak dalam kuali leper sebelum campak segala bahan untuk ordernya tanpa teragak-agak.
Chef lain handle 10 hidangan dalam masa setengah jam...tapi Hazel handle 10 hidangan setiap lima minit.
Ketua chef yang memerhati sejak tadi nampak betapa komitednya Hazel terhadap tugas memasak itu tersenyum senang. Kalau orang lain mungkin nampak biasa, tapi buat pandangan Ace, Hazel nampak cantik bila fokus semasa memasak.
YOU ARE READING
12. Miss Picasso And Mister Nice Guy.
General FictionBaru saja dia hendak angkat kepala memandang ke pintu apartmentnya, tak semena dia dengar suara orang menjerit dan pintu jiran barunya terbuka secara mengejut sebelum seorang lelaki tidak berbaju lari keluar menerpa ke arah dia. "HUUARGHHHHH!!!"ter...