45.

1.4K 106 1
                                    

"Morning Jiran!"seperti biasa suara ceria tu akan sapa dia setiap kali nak keluar pergi kerja.

Sampai sekarang dia hairan...kenapa la si psiko ni boleh ceria sepanjang masa.

"Morning."balas Hazel sewaktu berdiri di depan pintu lif.

Jax bersiul riang sewaktu jalan dekati Hazel. "Hei..tengok aku...apa yang lain.."

Hazel palingkan kepala dengan kening terangkat tinggi. Sekali dia pandang, penampilan berambut pendek Jax buatkan dia terkutik sedikit. Biasanya rambut lelaki tutup dahi tapi kali tidak. Ia ditrim dengan kemas gaya Christiano Ronaldo. Lebat dibahagian atas nipis di tepi kedua-dua belah kepala. Make him look mature.

"Tak ada beza pun."nafi Hazel dengan nada tak berminat.

Mulut Jax jatuh ke bawah. "Serius la...wei. Tengok la...kalau orang lain dah sibuk ambik gambar aku, kata tak ada beza?"

Hazel curi-curi tarik senyum nipis.

Nak cakap macam mana lagi, tak kira apa yang dipakai Jax, semuanya kelihatan smart dan kacak untuk lelaki tu.

"Oh ya..ada something aku nak beritahu kau." Jax berdiri menghadap Hazel sambil sandar pada dinding.

Biasanya Hazel tak hiraukan sesiapa kalau tegur dia, tapi kali ni lain sikit.

"Apa?"soal Hazel sambil pandang ke depan.

"Ibu kau mesej kau beritahu tentang blind date yang dia set up untuk kau."maklum Jax.

Hazel mendiamkan diri. Dia tak bukak phone dia sejak keluar dari hospital.

"Aku bukan nak masuk campur.. Tapi ibu macam tak gemar ya dengan kau?"Jax menjungkit kening ingin tahu.

Hazel termenung memandang pintu lif itu.

DING!

Pintu lif terbuka beberapa saat kemudian.

PANG!

Tak semena seseorang keluar dari lif tu lalu terpa Hazel sebelum menampar pipi kanan Hazel sampai buatkan Hazel terundur ke belakang beberapa kali.

"JANIS!"panggil Jax dengan lantang sebelum berdiri menghadang Hazel.

"Ke tepi!"jerit Janis dengan berang, kening dia mencerun tajam seakan mahu bunuh orang melalui renungan itu.

"Kau dah kenapa!"Jax tolak bahu Janis ke belakang dengan kasar.

"Kau ke tepi. Biar aku ajar perempuan tak guna tu!Dasar perempuan murahan!Tak cukup adik aku, tunang aku sekali kau rembat!"jerit Janis sambil cuba dapatkan Hazel tapi Jax hadang.

Sambil pegang pipi yang sedang berdenyut sakit dek tamparan tadi, Hazel pandang Janis dengan kening berkerut tak faham.

"Apa kau cakapkan ni..?"tanya Jax dengan muka merah padam marah dia.

Janis pukul geram badan adik dia sebelum undur ke belakang jauhkan diri. "Hunter nak putuskan pertunangan kita orang berdua gara-gara tukang masak bernama,
Hazel June. Kau kan perempuan tu!Aku ingat kau sebab kerja dekat restoran tu!"

Jax dan Hazel pandabg Janis dengan kening berkerut tak faham.

"Well salahkan tunang kau kalau macam tu bukan Hazel!Dia yang mintak putus bukan Hazel yang mintak putuskan kau orang berdua!Tunang kau tu yang menggatal!"bentak Jax.

Hazel yang tak pernah nampak side marah Jax pandang bingung ke belakang badan lelaki tu.

"Yang kau back tukang masak recehan ni kenapa!Asal kau pun suka dia jugak!"bentak Janis pula.

"Kalau aku sukakan dia sekalipun apa urusannya dengan kau...better kau pergi dari sini sekarang jugak.."Jax tekan butang lif berkali-kali.

Kening Janis mencerun ke Hazel. "Pandai kau kan, pilih lelaki yang kaya untuk kepuasan diri. Kau dengan mak kau sama je. Mata duitan." desis Janis.

"Cukup Janis!"bentak Jax.

"Apa..kau sendiri siapa mak dia kan...asal?Kau tak bagi tahu dia ke yang kau tahu dia siapa?"sengih Janis semasa memandang Hazel.

Jax ketap gigi menahan sabar. Kakak dia ni dah melampau!

Mata Hazel terbutang kaku sebaik mendengar komen tersebut. Jax dah tahu?Tapi sejak bila?Kenapa Jax tak cakap apa-apa.

Ding!

Pintu lif terbuka. Tanpa berlengah Jax tolak Janis masuk ke dalam lif.

"Jangan kau berani tunjuk muka kau depan aku lagi..atau kau takkan selamat." ugut Janis.

Tertutup saja pintu lif, suasana tingkat itu kembali tenang.

Jax hanya diam berdiri dekat situ.

Sementara Hazel termenung memandang ke lantai.

"Sejak bila kau tahu siapa aku?"soal Hazel tak lama dia diam.

Jax ketap bibir dan pandang serba salah ke pintu lif depan dia buat seketika. "Sejak malam aku jumpa dekat majlis hari lahir ayah tiri kau.."toleh dia ke belakang menghadap Hazel.

Hazel berdiri dekat situ memandang mata Jax. "Macam mana kau tahu?"

"Muka kau dengan isteri dia sama...obviously." Jax jalan dekati Hazel.

Hazel undur ke belakang. "Berdiri dekat situ."

Serta merta kaki Jax berhenti di situ. "Dengar...apa Janis cakap tu kau lupakan. Kau tak sama macam ibu kau. Aku dekati kau sebab aku yang nak. Kalau kau macam ibu kau, kau takkan reject aku dan layan aku dengan dingin macam ni."jelas dia sewaktu memberi renungan merayu.

Kerana ini la Hazel tak boleh berhubungan dengan sesiapa. Ibu dia telah mempengaruhi setiap inci dalam hidup dia. Dan sesiapa yamg mengetahui siapa diri dia pasti akan cuba jauhkan diri dari Hazel dan mencemuh Hazel seakan Hazel sama seperti ibu dia.

"Please...izinkan aku berkawan dengan kau." minta Jax dengan kening berkerut.

Ding!

Pintu lif terbuka.

Hazel terus pandang ke arah lif dan jalan lintasi Jax begitu sahaja.

Kepala Jax gerak ikut langkah Hazel sehingga la wanita itu masuk ke dalam lif.

"Hazel..please.."minta Jax lagi sewaktu berdiri dekat luar lif menghadap Hazel.

Hazel hanya memandang dingin ke Jax sehingga la pintu lif itu tertutup.

12. Miss Picasso And Mister Nice Guy.Where stories live. Discover now