53.

1.4K 116 8
                                    

Akhirnya selama beberapa hari luangkan masa tak berjumpa dengan Hazel, kerja dia selesai. Hampir seminggu lebih tak dengar apa lagi menengok wajah tu, dapat la dia jumpa lepas ni. Walaupun badan menjerit nak berehat, dia kuatkan badan dia untuk beli kek untuk raikan bersama Hazel setiba di rumah nanti.

Bersama kotak hadiah yang tersembunyi di dalam poket kot yang di pakai dan kek di tangan, langkahnya di atur keluar dari lif lalu terus menuju ke pintu rumah Hazel. Butang loceng di tekan beberapa kali. Namun tidak menyahut.

Sekali dia periksa jam di tangan, sudah masuk jam 7 malam. Pasti Hazel sudah balik dari kerja.

Tanpa berputus asa dia tekan lagi loceng pintu beberapa kali.

"Hazel!"panggil Jax sambil tumbuk permukaan pintu itu seperti dia biasa buat.

Senyap.

"Takkan dah tidur?"bisik Jax lagi. "Hazel!Bukak pintunya...aku ni!"panggil Jax lagi.

Teringat akan kejadian yang berlaku sewaktu Hazel demam tempoh hari, butkan Jax risau. Tanpa ragu dia tekan pass code pada pad keselamatan pintu itu. Macam mana dia tahu?Well...dia hafal bunyi yang dihasilkan pad keselamatan ni setiap kali nombor di tekan. Setiap nombor keluarkan bunyi, jadi dia hafal bunyi tu dan gunakannya. Dari situ dia boleh tahu. Cakap la dia stalker ke apa. Dah hari-hari dengar mana tak hafal.

Sebaik saja pass code disentuh, pintu itu pun di tarik keluar oleh Jax dengan perlahan. Dan bila buka, suasana gelap menghuni ruangan tersebut. Jax pun masuk ke dalam ruangan tersebut sebelum tekan suis lampu di tepi dinding laluan masuk itu.

Terus luruh jantung Jax bila cahaya menyimbah ruangan yang biasa dia lihat ada barang kini sudah kosong sepenuhnya, Sunyi!

Terus terjatuh kotak kek yang dipegang oleh dia taktala lelaki itu berdiri kaku dengan mata terbutang luas.

Apa yang berlaku?

Mana semua barang di situ?

Apa yang Hazel dah rancang?

Kenapa dia tak tahu?

Kelam kabut Jax seluk tangan dia dalam poket kot labuh yang dipakainya. Sekali dia dah capai, Jax termenung seketika setelah sedar yang tiada nombor Hazel dalam simpanannya.

Oleh kerana terkejut, Jax terduduk dekat situ dengan muka kelam dan terkejut dia. Tak pernah dia rasa seperti ini dalam seumur hidupnya.

Kenapa Hazel pergi macam tu je tak beritahu dia??

Dia tak sempat nak beritahu Hazel isi hati dia lagi!

Kenapa!

Terus Jax tunduk merenggut rambut dia kerana kebengangan sebelum menjerit sekuat hati dia!

12. Miss Picasso And Mister Nice Guy.Where stories live. Discover now