31.

1.5K 107 0
                                    

"Kau jadi princess yang baik aku janji aku akan lepaskan kau. No kicking No puching?Okay?"aju Jax pada Hazel.

Sambil buat muka grumpy tak suka dia, Hazel angguk kepala mengalah. Dia kena cepat-cepat jauhkan diri dari lelaki ni.

Perlahan-lahan Jax lepaskan tangan dan jarakkan diri dia dari Hazel. Bau minyak wangi yang dipakai oleh Hazel tadi berlegar-legar di sekitar pakaian dia. "Stay...jangan gerak. Kau lari aku kejar. Dan benda ni akan berlangsung sepanjang malam..."arah dia sebelum tunduk menyarungkan kasut yang dia kutip dekat tangga masa Hunter kejar Hazel tadi. Serius dia tak faham. Apa hubungan Hunter dengan Hazel?Kenapa Hunter kejar Hazel?Dan kenapa Hazel larikan diri?

Hazel genggam kepalan penumbuk sewaktu tunduk memandang kepala Jax semasa lelaki tu sarungkan kasut pada kakinya.

Hairan Hazel. Kenapa lelaki psiko yang suka buat perangai macam budak-budak ni jadi lelaki serius tiba-tiba.

Setelah itu Hazel memandang cemas ke arah anak tangga depan selekoh. Takut-takut kalau mama dia sedar dia dah tak ada dan wanita itu akan hantar orang untuk mencari dia pulak nanti. Sudahla keadaan jadi serabut macam ni, jangan di tambahkan lagi.

Jax lama kemudian berdiri menghadap Hazel. Dan bila dia nampak wajah cemas Hazel pandang ke satu arah, dia turut ikut pandang arah yang sama. Keningnya berkerut sewaktu cuba lihat, apa la yang Hazel pandangkan tu sampai takut muka tu.

Lantas Hazel palingkan mukanya ke Jax semula. "Dengar...apa pun yang kau tengah fikirkan sekarang...lupakan. Okay?"minta Hazel. "Dan jangan tanya aku kenapa aku ada dekat sini sebab aku takkan jawab. So better kau pergi atau aku yang pergi."

Jax kembali pandang Hazel dengan kening terangkat tinggi. "Kalau macam tu apa kata kita pergi sama-sama. Dan aku janji aku takkan tanya apa-apa dan fikirkan apa-apa..."jawab dia. "Lagipun aku ada dekat sini bukan atas kerelaan aku...mama papa dengan Janis paksa aku ke sini."dia seluk tangan ke dalam poket seluar.

Mata Hazel naik turun memandang Jax. Ya-ya je la lelaki ni. "Cakap pasal Janis...apa hubungan dia dengan Hunter?"Yalah hari tu dekat restoran kaki perempuan tu yang sandung dia sampai jatuh. Malam ni ada lagi.

"Oh...dia orang dah bertunang empat hari lepas. Kau tak tengok berita ke?Muka dia orang terpampang di sana sini kot."jawab Jax dengan kening terangkat kehairanan.

Hazel buat muka. "Memangnya aku macam kau tak ada kerja nak hadap TV dengan telefon sepanjang masa?"ujarnya sebelum gerak maju ke depan nak cari pintu keluar. Makin sesak dia lama-lama dekat situ.

"Hei..tunggu la aku."panggil Jax dekat belakang. "Kau nak ke mana tu?"

"Keluar dari sini la. Tanya lagi buat apa?"sentap Hazel sambil pandang kanan dan kiri dia sebelum dongak memandang ke tingkat atas.

Jax capai tangan Hazel lagi lalu tarik tangan tu ke belakang. "Bukan situ...pintu keluar ada dekat tingkat dua. Rumah agam ni dua tingkat dekat atas tanah, dua tingkat dekat bawah tanah. Sekarang ni kau ada dekat tingkat paling bawah."jawab Jax sambil tarik Hazel ke arah tangga.

WHAT?

Memang pelik betul!

Macam tuan rumahnya sendiri!

"Macam mana kau tahu?"tanya Hazel sambil pandang anak tangga ketika melangkah, takut kalau jatuh.

"Well...aku masuk lalu situ tadi...mesti aku tahu. Kau masuk sini takkan tak tahu mana pintu keluar?Kau masuk lalu mana?"Jax pandang ke sisi dia dengan muka tak faham.

Hazel telan air liur gemuruh dia. Mana la dia tahu kalau masa datang dia tak sedarkan diri. "Kau bawak kereta sendiri ke?"

Sambil eratkan cengkaman dia pada tangan Hazel, Jax bersuara. "Ha'ah..kenapa?"

"Drive aku balik kalau macam tu..."

"Free macam tu je?"

Hazel buat muka 'seriuously' pada Jax. "Ya sudah, aku boleh balik sendiri."tangan yang di cengkam Jax di rentapnya.

Mereka berdua tiba di puncak tangga tingkat tiga. Lalu berhenti di situ sekejap bila Hazel nak gerak sendiri.

Cepat-cepat tangan Hazel di gengam semula dengan Jax bila ia terlepas dari cengkaman dia. "Okay-okay...gurau je. Aku hantar. Itu pun nak merajuk."

"Yang kau pegang tangan aku ni kenapa?"

"Suka...tangan kau sejuk..tangan aku panas Tak ke sepadan kita berdua ni?"

Hazel angkat tangan yang dicengkam Jax ke atas sebelum dia gigit permukaan tangan tu.

"Ah-auw!Hazel!"Jax tarik tangan dia dengan kening berkerut kesakitan lalu lepaskan tangan Hazel.

"Kau sentuh aku tanpa kebenaran lagi siap kau!Bukan gigit je...aku kerat kau punya masa depan sekali!"Hazel tunjuk bawah Jax.

Serta merta tangan Jax turun tutup bawah dia dengan muka takut. Dengan mula tak puas hati, Jax pandang Hazel lalu alihkan tangan dia."Ganas la kau ni...nanti tak ada siapa nak kahwin dengan kau padan muka."

Hazel menjuling mata menyampah. "Hm...macam la aku peduli."Hazel berpaling ke arah tangga dan daki anak tangga itu meninggalkan Jax dekat belakang.

"Tunggu aku la!"tergesa-gesa Jax kejar langkah Hazel.

12. Miss Picasso And Mister Nice Guy.Where stories live. Discover now