02.

2.2K 138 0
                                    

Detak tumit kasut memenuhi ruangan koridor itu sewaktu dua pasang kaki jalan lekas-lekas menghentak permukaan jubin lantai di situ. Seorang dekat belakang, seorang dekat depan. Dua-dua cuba nak cepat.

"Hazel!"

Tanpa hiraukan panggilan tu, Hazel terus ke depan. Nak cepat sampai ke lif.

"Hazel June! Stop!"arah Angelina dekat belakang dengan lantang.

Berderau darah Hazel lepas dengar nama penuh dia disebut dengan ibunya. Rasa tak layak betul mulut tu sebut nama dia. Oleh kerana tak dapat tahan marah yang dah lama berkumpul dekat dada sejak sebulan yang lepas, Hazel berhenti jugak lalu berpaling menghadap ibunya itu.

"What!"desis dia dengan bengang sambil mengepal penumbuk.

"What wrong with you! Mana kamu nak pergi!" soal Angelina dengan kening berkerut tajam.

"Where you thinking I'm going?I want to get the f*ck out from here!"marah Hazel sambil lemparkan tangan ke arah lif.

Tiba saja di depan Hazel, Angelina pegang tangan anak perempuannya lalu di tarik semula ke arah dewan. "Ikut mama...majlis belum selesai. Jangan nak buat malu mama!"deram dia sambil tarik tangan tu.

Hazel tarik tangan dia dengan kasar, tanda protes. Malu?Siapa yang patut malu dengan siapa sekarang ni! "Hazel tak nak! Mama tak faham ke!"berontak dia.

Angelina berpaling semula menghadap anaknya. Kening dia berkerut marah, giginya terketap rapat hingga buatkan rahang dia tegang. "Apa kena dengan kamu ni! Kamu tahu tak majlis ni majlis apa. Jangan buat perangai tak guna kamu tu...kalau orang nampak macam mana...Kesian uncle Damien kamu tu nanti..."desis Angelina sambil menjegil mata bulat keberangan pada Hazel.

Dada Hazel naik turun hilang sabar. Dia pandang benci ke Angelina seakan wanita itu sesuatu yang tak patut dia pandang atau dekat. "Malu mama je yang mama fikir...malu Hazel ni mama ada fikir tak?Perasaan orang je yang mama kisah...Hazel ni anak mama sendiri...ada mama ambik kisah?Tak ada! Mama hanya peduli dengan perasaan mama tu je!"marah dia.

"Hazel!"tegas Angelina.

"Apa?Salah ke apa Hazel cakap! Hazel dah beritahu awal-awal...Hazel bantah perkahwinan ni kan! Tak cukup lagi ke apa yang mama dah ada?Masih lagi buat perangai ni...dah tua la ma. Cukup tu cukup. Hazel malu tahu tak dengan sikap mama ni....huh..kejar lelaki kaya yang duda..kahwin dengan dia sebab harta semata...mana harga diri mama?"

PANG!

Tak semena satu tamparan hinggap di pipi kanan Hazel sebaik kata-kata itu keluar dari bibirnya. Angelina pandang Hazel dengan kening mencerun marah.

"Berapa kali mama beritahu kamu. Jaga bahasa kamu. Jaga! Kamu tu anak mama! Malu kalau orang dengar kamu cakap macam tu. Mama tak peduli apa kamu nak kata! Keputusan mama muktamad. Sekarang masuk ke dalam semula. Kita ada family shoot nanti.!"arah Angelina yang cuba capai tangan Hazel semula.

Terus undur ke belakang Hazel sambil ketap gigi menahan sakit akibat tamparan tadi. Berdesing telinga dia dibuat tamparan tu. "I hate you...I hate you!"jerit Hazel dengan kuat sebelum berlari pergi dari situ bersama linangan air mata di pipi.

Memang bukan kali pertama hal ni terjadi.

Still ianya tetap sakit buat Hazel sebab dia kecewa dengan Angelina yang suka perlakukan dia seperti objek. Dia tak faham apa yang ada dalam kepala otak orang tuanya itu. Kenapa degil sangat. Salah ke apa yang dia kata.

Bukan saja-saja dia cakap macam tu. Orang dah bawak mulut. Banyak cerita tak baik tersebar mengenai mama dia di seluruh hotel ni. Sejak sebulan lepas pengumuman di war-warkan, hampir semua pekerja hotel ni bergosip tentang Angelina.

Hal itu sangat mengecewakan Hazel. Dia nak pertahankan mama dia pun tak boleh, sebab salah mama dia nama wanita tu tercemar. Dia letih dengan semua ni!

12. Miss Picasso And Mister Nice Guy.Where stories live. Discover now