Dengan laju kereta sport mewah merah berkilat dengan portable hood meluncur masuk ke depan pintu masuk bangunan sebelum ia di sambut dengan valet bertugas. Tak lama ia di parkir, dua orang pekerja yang berdiri depan pintu masuk itu gegas ke pintu kereta dan buka untuk penumpang kereta tersebut.
Sekali bila pintu itu terbuka, muncul dua figura yang ibarat baru keluar dari majalah model berdiri di luar dengan gaya masing-masing. Seorang dengan gaya sofistikated wanita berkerjaya dan seorang lagi bergaya seperti model sendiri, dengan menayangkan anggota panjang dan kurusnya.
Kedua-dua itu yang sama-sama tinggi sama-sama cantik dan kacak itu jalan dengan rentak yang seragam dan langkah yang serentak. Buatkan beberapa mata tertariik untuk mengerling ke arah mereka. Siap ada yang ambil gambar lagi tu.
"Aku tak faham...kenapa aku kena ikut sekali perjumpaan kau ni?"sungut Jax sambil tanggalkan cermin mata hitam yang dia pakai lalu di gantung ke kolar baju t-shirt putih yang dipakai.
"Kau ingat aku nak sangat ke kau ikut aku...kalau bukan sebab mama yang suruh tak adanya aku suruh kau menyemak sekali."komen Janis dengan nada mendatar dan serius dia.
Jax menjuling mata menyampah. Walaupun beza setahun mereka berdua ni tak pernah nak ngam. Asal cakap je mesti nak menyakitkan hati. "Asal mama nak aku ikut sekali?"mereka berhenti di depan pintu lif.
Janis tunduk memandang skrin telefonnya menaip sesuatu pada setiausahanya untuk selesaikan kerja yang di berikan sebelum dia balik nanti. "Saja...dia nak kau kenal dengan bakal abang ipar kau..."jawab dia tanpa alihkan mata dari skrin telefon tu.
Berdengus menyampah Jax bila dengar. What?Abang ipar? "Please la. Belum apa-apa lagi dah abang ipar. Kau dengan dia belum bertunang apa lagi kahwin..jangan nak over confident sangat boleh tak?Macam la dia akan terima kau.."seloroh dia yang berasa lucu dengan sebutan itu.
Terus terangkat kepala Janis lepas dengar, dia pandang ke tepi muka adik lelakinya dengan renungan jengkel. "Kau tu kalau sehari tak menyakitkan hati aku tak hidup agaknya kan?"getus dia.
"Mana ada aku menyakitkan hati kau...I'm just stating the fact..."Jax jungkit bahu tak peduli.
DING!
Pintu lif terbuka.
"Tak menyakitkan hati konon...apa je yang keluar dari mulut kau tu sentiasa sakitkan hati."komen Janis semasa jalan masuk ke dalam lif tu.
Jax dekat sebelah hanya buat muka mengajuk Janis bercakap. Menyampah betul. "Jangan lama-lama...aku ada photoshoot lepas lunch nanti."maklumnya sewaktu berdiri di sebelah Janis menghadap pintu lif sebaik masuk kedalamnya.
Janis tekan butang 9 sebelum tutup pintu lif itu dan berdiri semula di sisi Jax sambil menyilang tangan ke dada. "Balik sendiri kalau macam tu...aku suruh kau drive sendiri tak nak..nak jugak tumpang aku."
Jax hadapkan badan dia ke kakak dia dengan muka bengang. "Aku balik la macam ni...menyirap pulak aku hadap kau ni.."
"Cry baby...kejap-kejap nak merajuk."ejek Janis dengan sengih sinis tanpa memandang adik lelakinya.
Terus diam Jax lepas tu. Cakap dengan Janis ni cuma buat dia mental je!
Janis-1 Jax-0
Tak lama kemudian lif itu akhir tiba di tingkat 9. Terbuka saja pintu lif itu, dua orang tersebut jalan seiring masuk ke dalam restoran di dalam hotel itu dengan derap langkah yang serentak tanpa di sengajakan.
Melangkah masuk je dua orang tu dalam restoran tersebut, habis semua mata terarah pada dua orang itu. Mana taknya mereka nak pandang. Sudah la yang seorang tu adalah model terkenal, seorang lagi merupakan anak sulung kepada pemilik hotel terkemuka yang sering menghiasi dada akhbar dan laman sosial.
"Selamat datang Cik Janis..Encik Jax."sambut pelayan restoran itu.
Janis dan Jax hanya buat tak tahu. Mereka hanya menonong jalan ke depan tanpa pedulikan pelayan-pelayan di situ. Dah biasa dengan layanan seperti itu.
"Kenapa dekat Celestial jugak?"tanya Jax sambil lihat sekeliling restoran mewah itu.
Janis tak jawab. Dia sendiri tak tahu. Nak jawab macam mana. Kalau nak tahu tanya la sendiri. Tanpa bantuan sesiapa, Janis tiba di meja di mana bakal tunangnya sedang duduk.
"Maaf kerana lewat...Encik Hunter Wyatt."sapa Janis pada lelaki kacak yang sedang tunduk melihat skrin telefon.
Kepala itu tersentak naik sebaik namanya di panggil. Lantas senyuman terukir di bibirnya. "Hai..tak apa. Saya sendiri tak tunggu lama dekat sini."senyum Hunter.
Jax yang nampak sikap ceria Hunter buat muka menyampah. Tanpa berkata apa-apa, dia tarik kerusi lalu duduk di situ tanpa di pelawa.
"Jemput la duduk."pelawa Hunter sambil tarik kerusi untuk Janis.
Bersama senyuman terima kasih, Janis ambil tempat di kerusi itu dengan sopan santun.
Well...not bad for first impression.
YOU ARE READING
12. Miss Picasso And Mister Nice Guy.
General FictionBaru saja dia hendak angkat kepala memandang ke pintu apartmentnya, tak semena dia dengar suara orang menjerit dan pintu jiran barunya terbuka secara mengejut sebelum seorang lelaki tidak berbaju lari keluar menerpa ke arah dia. "HUUARGHHHHH!!!"ter...