"Hazel! VVIP! Turkey and black pepper toastie!"laung waiter dekat depan kaunter.
Berpaling semua kepala bila dengar order itu.
"Siapa yang order?"soal Chef Daniel.
"Customer tetap.."jawab Waiter Ren.
Hazel yang tengah sediakan crepe telur untuk sarapan itu angkat kepala lepas dengar. Customer tetap?Orang yang sama maknanya. "Satu set je ke?"soal dia sambal gulung kulit crepe yang menggunakan kuning telur itu dengan whipping crème.
'Ya..dan dia mahukan chef sendiri yang hidangkan kepada dia setelah siap nanti."maklum waiter itu.
Sekali lagi semula kepala terarah pada waiter itu. Katanya customer tetap Hazel ni adalah VVIP hotel ini. Orang itu merupakan Pengarah Ekstekutif Lunar Aurora Hotel. Lelaki paling cerewet bab makanan.
Kejadian ni bermula pada tahun lepas. Waktu itu lelaki ini datang untuk hadiri pressconference dengan owner hotel ni. Semasa lelaki ni nak makan, mereka semua masak la macam biasa. tapi tak ada satu pun yang kena dengan tekak lelaki tu. 10 orang chef dekat situ hidangkan hidangan masing-masing. Semuanya di pulangkan tak tersentu. Sampaila masa hidangan Hazel pula yang hidangkan. Hanya pinggan Hazel saja yang kosong setelah itu. Dan sejak itu Ketua Pengarah Luna Aurora Hotel tetapkan hanya Hazel saja yang akan sediakan pesanan dia.
"Okay..."angguknya dengan kecil semasa letakkan crepe telur ke atas pinggan yang telah di hias cantic sebelum di bawa ke waiter tadi. "meja 32.."sebutnya sebelum capai kertas pesanan tadi dan lihat senarai bahan yang customer dia perlukan.
Waiter itu capai pinggan itu sebelum berjalan keluar dari dapur itu.
Chef-chef dekat situ pandang jelous ke Hazel bila wanita itu saja yang sibuk dekat dapur tu sebab ramainya mintak Hazel yang sediakan hidangan. Bukannya Hazel tak nak bagi mereka, masalahnya kalau orang lain masak rasa masakan tu akan lain. Takut kalau customer marah atau tak puas hati. Habis rosak la nama baik.
"Need help?"aju Austin.
Hazel pandang Austin sewaktu dia letakkan pan di atas dapur. "Perlu ke tanya lagi?"tanya Hazel.
Austin tersenyum. "Kau tahu...aku kadang terfikir kenapa aku yang jadi Sous chef bukan kau?"selorohnya. "Cassy sediakan daging turker dan roti sandwich..."arah dia selepas itu.
Tanpa banyak bercakap Hazel mulakan masakan dia mengikut resipinya di samping Austin yang sentiasa faham gerak kerja dia memudahkan dia untuk sediakan hidangaan itu. Bahan yang diperlukan adalah seperti
8 slices sourdough bread
100g quince paste
400g shaved turkey
180g triple cream brie, sliced
softened butter, for spreading
cracked black pepper, to serve.
Ratakan 4 keeping roti dengan quince paste. Kemudian letakkan turkey dan chesse di atas roti. TIndihkannya dengan roti lain untuk menjadikan ia sandwich. Selesai, sapukan butter pada luar permukaan sandwiches tu.
Panaskan kuali leper dengan suhu medium. Goreng sandwich selama 2-3 minit dengan kedua-dua belah sehingga bertukar warna golden brown dan cheese mencair. Keluarkan dari pan, potong dua belah dan taburkan lada hitam sebagai sentuhan terakhir.
"Done!"sebut Austin dengan senyuman senang di bibir. "Sekarang masa untuk kau hiding pulak."sua dia ke Hazel.
"Kau je la..."Hazel gerak nak kemas sepahnya.
Mulut Austin ternganga sedikit. "Huh?Asal aku pulak?"
Entah, dia tak ada minat nak hadap sesiapa. Pengarah ke apa ke jadah nama tu..dia tak peduli. "Just.."
Semua orang dekat situ kalau boleh berebut nak jumpa orang berpengaruh tu. Hazel boleh pulak buat acuh tak acuh dengan permintaan tu.
"Kau sure..?"
Hazel angguk kepala sewaktu tunduk menyusun atur sisa bahan yang digunakan tadi.
"Fine..."Austin keluar dari dapur tu kemudiannya dengan hidangan tadi.
YOU ARE READING
12. Miss Picasso And Mister Nice Guy.
Ficción GeneralBaru saja dia hendak angkat kepala memandang ke pintu apartmentnya, tak semena dia dengar suara orang menjerit dan pintu jiran barunya terbuka secara mengejut sebelum seorang lelaki tidak berbaju lari keluar menerpa ke arah dia. "HUUARGHHHHH!!!"ter...