Dapur Hotel Celestial...
Kira-kira 12 orang tukang masak yang terdiri daripada Ketua Chef, Sous Chef, waiter dan pembantu dapur sudah siap sedia berkumpul di dapur pada awal pagi itu untuk menerima briefing harian mereka. Dalam keadaan berbaris mereka semua berdiri tegak menghadap lelaki bersut hitam yang tunduk memandang papan carta di tangan. Mengambil kedatangan para staf di situ sebelum mulakan rutin mereka pagi itu.
Sebaik semua nama sedang di sebut, setiap orang yang di panggil akan menyahut. Sehingga la tiba nama tu di sebut....
"Hazel June..."panggil Ace, ketua chef dapur itu.
Tukang masak dan staf lain yang ada dekat situ mula palingkan kepala. Cuba cari kelibat tuan punya nama. Jarang orang tu lewat datang. Biasanya orang tu la yang sedia tercongok dekat dapur awal dari sesiapa.
"Hazel June..."Ace angkat kepala sambil sebut nama tu bila tak dengar suara yang menyahut panggilannya itu. "Mana dia?"tanya dia dengan kening berkerut.
Sous chef dah telan air liur cuak bila ketua dia mula melilau sekitar dapur untuk cari Hazel.
"Dia ke tandas...katanya perut dia sakit."nafi sous chef lekas-lekas sebelum keadaan jadi serius.
Ace pandang sous chef dia dengan renungan curiga. "Ke tandas?Kau sure ke Austin?"
Austin baru je nak bukak mulut, tapi masa tu jugak Hazel muncul sambil ikat apron dekat sekeliling pinggang berjalan masuk ke dapur dari belakang Ace. "Itu pun dia.."maklumnya sejurus itu.
Dengan kening sebelah terangkat, Ace berpaling ke belakangnya sebelum Hazel jalan melintasi dia begitu sahaja lalu ambil tempat di sebelah staf pembantu dapur. Dia pandang je Hazel sampai la wanita tu nak pandang dia.
Sambil buat muka tak peduli, Hazel pandang ke depan. Sedar diri dia sedang di tenung, Hazel sikit pun tak nak beri alasan atau ucap maaf di atas kelewatan dia itu. Dia dah datang kan. Jangan nak membebel. Lewat beberapa minit je pun.
"Kita takkan mula selagi orang tu tak nak minta maaf atas kelewatan dia..."seloroh Ace tanpa memandang Hazel. Dia tahu perangai Hazel macam mana. Perempuan keras kepala dan suka buat ikut suka hati. Tapi peliknya masakan Hazel ni memang tak ada tandingnya. Ramai customer dan pelanggan hotel ni lebih prefer masakan Hazel daripada tukang masak lain. Itu yang buatkan dia berbelah bahagi untuk pecat atau kekalkan wanita ini dalam pasukan dia.
Semua kepala dengan serentak berpaling ke arah Hazel lepas dengar ketua mereka cakap macam tu. Dasar perempuan bermasalah. Tak pasal-pasal mereka ikut terkena tempias kelewatan wanita itu. Mentang-mentang la chef kesayangan, boleh la Hazel buat perangai besar kepala dekat sini.
Austin singgul tepi lengan Hazel bila wanita tu buat tak tahu je dengan sindiran itu.
Hazel palingkan kepala dia Austin dengan kening mencerun. Dah apahal nak singgul-singgul orang ni!
Mata Ace bergerak ke Hazel. Menanti dengan penuh sabar untuk wanita tu memohon maaf pada dia dan rakan-rakan sekerja sebab lewat. Dia jenisnya memang pantang kalau ada pekerja yang bersikap sambil lewa macam ni. Ini akan beri kesan terhadap kualiti prestasi pekerja di dapur hotel. Dan sekiranya itu berlaku, bukan dia saja yang dalam masalah, tapi semua orang yang terlibat dalam dapur ini akan turut di timpa masalah.
"Asal?"marah Hazel pada Austin.
Austin juihkan mulut dia ke depan dia dimana Ace sedang berdiri. "Minta maaf.."bisik dia.
Hazel menjuling mata menyampah bila dengar. Memangnya dia lewat sejam ke?Lima minit je pun. Nak cerewet sangat kenapa. "Menyusahkan.."renggus dia sebelum jalan ke depan lalu berdiri di sebelah Ace dan menghadap mereka semua kemudiannya.
Semua mata di situ memandang Hazel dengan renungan pelbagai reaksi dan emosi.
"Maaf sebab lewat."ucap Hazel mahu tak mahu.
Ace dekat sebelah hanya melepaskan hela nafas panjang sebelum pandang anak buahnya di situ. "Baik la..memandangkan semua orang ada dekat sini. Mari kita mulakan briefing untuk agenda pada hari ini."maklum Ace.
Hazel kembali berdiri di sebelah Austin dan pembantu dapur tadi dengan muka tak berminat. Hati dia masih belum ada dekat tempat kerja lagi lepas apa yang berlaku.
YOU ARE READING
12. Miss Picasso And Mister Nice Guy.
Tiểu Thuyết ChungBaru saja dia hendak angkat kepala memandang ke pintu apartmentnya, tak semena dia dengar suara orang menjerit dan pintu jiran barunya terbuka secara mengejut sebelum seorang lelaki tidak berbaju lari keluar menerpa ke arah dia. "HUUARGHHHHH!!!"ter...