10.

1.7K 129 1
                                    

Selesai mandi dan bersihkan diri, Hazel pergi ke dapur untuk sediakan snack malam dia. Biasanya kalau dia balik kerja, dia akan luangkan masa yang ada untuk cuba resipi baru yang dia boleh gunakan untuk dijadikan sebagai signature dishnya.

Selesai ikat rambut, Hazel kenakan apron dekat badan dia. Setelah itu dia capai telefon bimbitnya dan tekan voice recorder untuk rakam setiap step yang dia bakal gunakan semasa penyediaan hidangannya nanti.

So hari ini dia akan sediakan hidangan Milk chocolate and apricot cheesecake. Mula-mula kita perlu sediakan bahan-bahannya terlebih dahulu. Iaitu

3/4 cups apricot

1/4 cup cocoa powder

3/4 cup white flour

1 teaspoon cinnamon

1/4 teaspoon salt

1/3 cup maple syrup

1/4 cup oil

1/4 cup Egg Replacer powder

1/4 cup of milk

1/4 cup plus 2 tablespoons water (hot)

2/3 cup dark dairy chocolate chips

1 tablespoon dairy soy margarine

32 oz. dairy cream cheese (such as Tofutti)

1 cup sugar

1/2 teaspoon vanilla.

Setelah set up semua bahan ikut sukatan yang betul, Hazel buka suis mesin adunnya yang ada di atas meja dining marble tablenya dan mula masukkan bahan-bahan ikut langkahnya. Sebelum tu preheat oven dengan suhu 375 F. Minyakkan 10 spring-form pan atau alternatif six 4 spring-form pans. Kemudian letakkannya ke tepi.

Seterusnya beralih kepada penyediaan crust kek terlebih dahulu.

Mula-mula ambil satu mangkuk kaca kecil, gabungkan apricot meal, serbuk koko, tepung putih dan garam. Kemudian ambil mangkuk lain, campurkan maple syrup dan minyak kemudian kacau sehingga sebati. Lepas sebati campurkan adunan maple syrup dengan minyak tadi ke dalam mangkuk yang terisi dengan adunan kering tadi. Kacau sehingga rata sepenuhnya dan menjadi gumpalan doh kasar. Ambil doh itu, letakkan ke dalam pan yang disediakan pada langkah awal tadi. Ratakan ia menggunakan garfu serata yang boleh untuk elakkan gelembung Udara dari naik. Bakarkan ia selama 7 minit atau sehingga crust itu sedikit keperangan tapi bukan hangus sepenuhnya. Setelah siap, ketepikannya untuk disejukkan dengan suhu bilik.

Setelah itu, ubah suhu oven kepada 400 F.

Kemudian beralih pada penyediaan filling kek pula.

Gunakan mangkuk kecil, campurkan egg replacer powder dengan air panas, kacau secepat mungkin dengan menggunakan sudu sehingga campuran itu padat dan pekat. Setelah itu letakkannya ketepi. Letakkan dairy dark chocolate chip dan soy margarine ke dalam stainless steel bowl di atas rebusan air yang panas. Kacau kan ia senantiasa sehingga la coklat itu cair.

Sementara itu, gunakan mangkuk besa dengan electric hand mixer kalua nak senang, kalau tak ada guna yang besar pun tak apa. Campurkan cream cheese dan gula menggunakan kelajuan medium selama 4 minit sehingga adunan licin. Setelah itu campurkan campuran egg powder dengan air panas tadi ke dalam campuran cheese dan gula sama-sama. Dan mixture adunan itu sehingga lembut selama 2 minit. Kemudian tambahkan coklat yang di cairkan serta vanilla sebelum kacau lagi selama 1 minit dengan kelajuan tinggi atau sehingga adunan tersebut campur sepenuhnya.

Setelah itu . tuangkan adunan ni ke atas bekas yang berisi dengan crust tadi. Ratakan adunan dan licikannya dengan offset spatula. Kemudian bakar dengan suhu 400 F selama lima minit, lepas tu turunkan suhu kepada 275 F bakar selama 40 minit.

KEDING!

Keluarkan cake dari oven dan sejukkannya di dalam peti sejuk selama 2 jam sebelum hidangkannya.

Siap!

Milk chocolate and apricot cheesecake

12. Miss Picasso And Mister Nice Guy.Where stories live. Discover now