55.

1.4K 117 3
                                    

Mulanya dia ingatkan dia akan nampak sekali tu je.

Rupanya tak!

Sehari dua tu boleh tahan lagi.

Entah kenapa dekat seminggu, lelaki tu tak henti-henti tayang muka dekat restoran dia.

Kalau makan lepas tu keluar tak apa jugak.

Ini tak!

Malah bertapak pulak macam dekat rumah sendiri.

Fine. Dia suka.

Masalahnya sekarang, benda jadi annoying bila ramainya pelanggan perempuan masuk dalam restoran hanya semata nak tengok si psiko ni!

YAHHH!!!

Sakit hati betul!

"ini saja pesanan cik?"tanya Hazel pada pelanggan wanita di mejanya itu.

"Ah..ya..air je. Sebab saya dah kenyang."balas pelanggan wanita ni sambil buat muka dreamy sewaktu memandang ke arah Jax.

Naik turun hilang sabar Hazel dibuatnya.

Lama-lama boleh naik tekanan darah dia macam ni!

"Handsomenya dia.."

"Try la ambik nombor dia."

"Aku tak pernah nampak dia tinggal kawasan ni..siapa dia."

Borak pelanggan-pelanggan wanita dekat situ sampai Hazel yang dengar sesak nafas sebab sakit hati.

Kebetulan pekerja-pekerja dia jugak perempuan. Memang hilang fokus la mereka jawabnya.

Jax tu kan memangnya nak apa!

Tanpa berlengah Hazel gerak masuk ke dalam dapur. Dia sediakan air, snack dan makanan ringkas yang di order oleh pelanggannya tadi.

Dekat 10 minit macam tu Hazel keluar semula dari dapur.

Dan perkara pertama dia nampak ialah perempuan dekat depan Jax. Sedang selak rambut ala-ala ayu sambil senyum manja mengatakan sesuatu pada lelaki tu.

Perghh! Sakit betul mata melihat!

"Ini dia pesanan cik. Selamat menjamu selera." hidang dia satu persatu di meja itu.

Lintas je meja Jax, Hazel jeling geram ke lelaki tu sebelum gerak semua ke kaunter bila dua orang lelaki berjalan masuk dan gerak ke meja kosong di situ.

"Waiter!"panggil seorang dari pelanggan lelaki yang sekitar usia Hazel.

Hazel yang datang sebab dua orang staf dia sibuk dekat dalam. Seorang cuti pinggan seorang siapkan minuman.

"Hai...Selamat datang. Boleh saya ambil pesanan?"sapa Hazel dengan senyuman di bibir.

"Berikan kamu set lunch untuk dua orang.."aju lelaki pertama sewaktu pandang buku menu.

Seorang lagi topang dagu dekat atas kedua-dua tangan memandang minat ke Hazel.

"Ada apa-apa tambahan?"pandang Hazel seorang demi seorang.

Lelaki kedua turunkan tangan dari dagu dia lalu berkata. "Ada.."

Lelaki pertama sibukkan diri melihat skrin telefon.

"Ya?"Hazel pandang lelaki kedua untul ambil pesanan.

"Boleh awak bagi saya nombor..?"sua lelaki kedua dengan telefon di tangan.

Mata Hazel gerak memandang telefon tu. Nasib baik lelaki ni customer dia. Kalau tak...berterabur gigi kejap lagi ni.

"Hahaha...maaf. perkhidmatan memberi nombor tidak di benarkan disini. Harap maklum. Sekiranya tiada apa-apa lagi. Saya akan siapkan pesanan encik berdua."kata Hazel dengan senyuman dan kata-lata ramah terpaksa.

Jax dari kejauhan perhatikan keadaan itu dengan renungan jengkel. Lagi-lagi dekat lelaki yang minta nombor Hazel. Sedangkan dia sendiri tak ada nombor Hazel sehingga sekarang. Dan semakin geram dia bila nampak Hazel tersenyum macam tu dekat lelaki lain. Dulu dengan dia senyum pun susah!Apa lagi cakap lembut-lembut macam ni!

Grrrr!

12. Miss Picasso And Mister Nice Guy.Where stories live. Discover now