Ketika semua orang sedang sibuk mengemas dan menyusun atur sepah yang mereka buat, pintu bilik terbuka lalu muncul la Angelina yang anggun mengenakan dress mahal bertatahkan berlian masuk ke dalam ruangan tersebut dan berdiri menghadap jurumekap dan jurugaya yang berada di depan sebuah kerusi.
"You done?"soal dia sambil menyilang tangan ke dada.
Kelam kabut pekerja di situ undurkan diri dan berdiri dalam dua barisan untuk beri laluan kepada Angelina. Takut pulak mereka, entah wanita ni berpuas hati atau tidak dengan hasil kerja mereka ini.
"Sudah puan.."jawab ketua jurusolek di situ.
Bersama renungan judging dingin dia, Angelina gerak ke kerusi dimana Hazel yang tidak sedarkan diri berada.
Berdetak-detak hujung tumit kasut dia masa Angelina jalan selangkah demi selangkah ke depan kerusi itu. Sekali bila dia berdiri melangit dekat depan Hazel, Angelina tunduk sedikit untuk tatap wajah anaknya yang saling tak tumpah seperti dia. Berkening nipis cantik terbentuk seperti bulat sabit. bridge hidung yang tajam dan kemas. Wajah bulat dan berambut ikal lembut. Sesiapa saja boleh jatuh hati pada Hazel, seperti mana lelaki-lelaki lain jatuh hati pada dia.
"Kamu semua boleh keluar."Angelina berdiri tegak setelah berpuas hati dengan penampilan yang diberikan kepada Hazel. Tak sia-sia dia pilih dress tube pic berlabuci sekitar dada dan labuh menyapu lantai ini. Sangat sesuai untuk kulit putih manggis milik Hazel.
"Baik puan."tunduk mereka sebelum undurkan diri ke belakang dan keluar dari bilik tu.
Angelina gerakkan kerusi tu supaya Hazel menghadap cermin meja solek sebelum gerak mencapai pisau alis kening dan di belek dengan minat sebelum duduk sandar pada meja solek menghadap Hazel.
Austin yang turut di siapkan sudahpun sedarkan diri dekat bilik bawah dan kini dibawah pantauan pengawal Angelina..
Sekarang giliran Hazel pula untuk di kejutkan dengan Angelina. Dan dia tahu, tugas ini tidak mudah. Oleh itu dia bersedia lebih awal. Yang mana anak perempuan dia takkan suka.
Setelah beberapa minit berlalu, kening yang dioles cantik dengan eyebrow liner bergerak-gerak sebelum mata yang sudah dilentik dengan maskara dan dipakaikan contact lens perlahan-lahan terbuka.
Hazel merintih perlahan semasa hendak soberkan diri dia dari rasa pening yang dirasai sebelum tegakkan kepala dia yang terlentok ke tepi. Beberapa saat setelah cuba adaptasikan pandangan diad dengan cahaya bilik, mata dia terus terarah pada wanita yang sedang tersenyum kepada dia.
"Rise and shine.."sapa Angelina. "Suka tak apa mama buat pada kamu?"tegur dia sewaktu juihkan bibir ke cermin depan Hazel.
Sambil berkerut kening tak faham, Hazel pandang ke depan sebelum melihat pantulan imej dia di permukaan cermin tersebut. Rambut panjang yang biasa dia ikat di biarkan lepas ke bahu dan beralun-alun. Wajah yang dia selalu biarkan bebas dari bahan chemical yang entah apa-apa namanya dirias indah. Sampaikan dia yang lihat tak percaya apa yang ada di depannya ini adalah diri dia.
"Kamu suka..."sengih Angelina bila lihat renungan mata Hazel. Well dia ibu anak ni mesti la tahu.
Hazel angkat badan dia dari sandar di kerusi itu lalu capai pek tisu basah yang ada di atas meja solek itu. Seinci dia dari hujung tisu basah tersebut tangan Hazel terhenti.
Sambil pandang dengan minat pisau alis kening itu, Angelina bersuara tanpa memandang Hazel."Kamu sentuh saja tisu basah dan lakukan perkara tak sepatutnya...pisau ni akan tergores pada wajah cantik kamu tu sayang..."
Hazel dongak memandang mama dia dengan tangan masih berada di tisu basah itu.
Angelina pandang Hazel dengan pisau alis di pusing-pusing seakan mainan buat dia lantas tersenyum. "Behave please...can you?"
Dada Hazel naik turun menahan sabar, terus dia gengam tangan dia lalu di letakkan ke pehanya sebelum sandar di kerusi itu.
"Jaga sikap jangan guna bahasa kasar, tunjukkan diri kamu itu sebagai anak mama yang berkelas dan bergaya. Faham?"pesan Angelina sambil usap anak rambut Hazel dengan hujung jari telunjuknya.
Tanpa berkata apa-apa Hazel hanya termenung memandang pantulan dia di cermin depannya. Betapa irasnya wajah dia dengan mama dia saat ini. Yang mana sikit pun tak buatkan dia bangga.
YOU ARE READING
12. Miss Picasso And Mister Nice Guy.
Fiction généraleBaru saja dia hendak angkat kepala memandang ke pintu apartmentnya, tak semena dia dengar suara orang menjerit dan pintu jiran barunya terbuka secara mengejut sebelum seorang lelaki tidak berbaju lari keluar menerpa ke arah dia. "HUUARGHHHHH!!!"ter...