34.

1.4K 103 0
                                    

Hazel diam termenung memandang ke depan.

Ace dekat sebelah hanya diam membisu.

Keadaan dalam kereta itu tegang dan sangat dingin.

Hazel sendiri tak tahu nak cakap apa lepas dengar confession sebentar tadi. Yalah selama ni dalam kepala dia hanya ada perkara seperti kerja, mama, menu baru dan niat dia untuk kumpul duit. Soal lelaki tak pernah dia terfikir.

"Awak okay?"tegur Ace yang memecah kesunyian di antara mereka tak lama kemudian.

Hazel angguk kepala kecil.

Ace cengkam stereng kereta dengan kuat sementara sebelah lagi pegang handbrake. Fokusnya terarah pada jalan. Keningnya mencerlung. Masih memikirkan akan kata-kata yang dia terlepas cakap sebentar tadi. Bukannya dia tak nak beritahu. Dia nak, cuma dia takut keadaan takkan sama macam kebiasaannya sekiranya dia beritahu dari awal, Lagipun pada masa tu dia sedang dalam latihan untuk menjadi ketua chef. Tak nak ganggu konsentrasi dia, Ace ambil keputusan untuk tangguhkannya buat sementara waktu. Dan sekarang bila merasakan ia merupakan waktu yang sesuai, itu yang dia beritahu. Patutnya dia beritahu dalam situasi sweet dan romantik bukan dalam keadaan marah seperti tadi. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa menyesal dan terkilannya dia saat ini.

"Look...saya tahu apa yang awak dengar tadi-"

Hazel angkat tangan suruh Ace stop.

Serta merta Ace katup bibirnya lepas nampak tangan Hazel dekat sebelah dia.

"Kalau kau mintak jawapan dari aku...not now..sebab aku still tak ada jawapan untuk tu."

Ace angguk kepala. Saya tahu...but still saya masih boleh cuba untuk ambik hati awak kan?"minta dia.

Hazel sandar ke belakang lalu topangkan tangan kiri dia di pintu kereta lalu rehatkan kepala dia pada tapak tangan. Dia tak nak libatkan diri dengan mana-mana lelaki kalau boleh. Pertama mama dia takkan lepaskan dia macam tu je kalau tahu dia bersama dengan mana-mana lelaki. Kedua bercinta ni memenatkan la. Ketiga, dia masih takut nak percayakan orang sangat.

"Try la...aku sendiri nak tengok."Hazel balas.

Terus tersenyum Ace lepas dengar. "Serius?"

Hazel angguk kepala."Mm.."dia pun nak tengok apa rasanya kalau sukakan seseorang tu. "But jangan berharap sangat.."

12. Miss Picasso And Mister Nice Guy.Where stories live. Discover now