Majlis sambutan ulang tahun kelahiran Damien dimulakan tepat jam 7 malam setelah para tetamu ramai memenuhi ruangan ball room rumah agam di tingkat tiga.
Seperti biasa bilik itu di penuhi dengan orang gaya yang berasal dari jauh mahupun dekat, rakan mahupun musuh, saudara mahupun adik beradik. Semuanya ada di situ.
Majlis dimulai dengan ucapan pembuka Damien sendiri. Lelaki tu bercerita sedikit itu dan ini tentang diri dia yang sudah pun berusia 64 tahun. ini kali ketiga dia berkahwin bersama pasangan dia, iaitu mama Hazel yang berusia 47 tahun, sebelum kenalkan sekali lagi Angelina kepada mereka yang tak sempat nak hadiri wedding mereka.
Setelah itu, Damien kenalkan tiga orang anak lelaki dia yang masing-masing sudah tua bangka, anak sulung umur dah 45 tahun, seorang 38 tahun anak bongsu beliaun 30 tahun. Lalu anak menantu cucu semua. . Yang mana para tetamu dah kenal jadi mereka hanya dengar tak dengar saja.
"Tak lupa juga, anak-anak kepada isteri saya...kenalkan..anak sulung Austin Micah dan bongsu Hazel June."
Kepala Hazel dan Austin tunduk ke bawah bila nama mereka di kenalkan kepada umum. Mujurla tiada media. Kalau tidak parah la hidup mereka.
Angelina yang berdiri dekat sebelah mereka berdua berpaling. "Chin up honey.."minta dia.
Austin yang dengar terpaksa angkat kepala. Sekali dia pandang ke depan semua mata di situ fokus pada dia yang mana buatkan dia rasa taken aback sekejap.
Dengan ketapan gigi Hazel angkat kepala dia sebab tak nak cipta scene dekat sini. Dia harap sangat masa ni lantai dia pijak tanam dia hidup-hidup masa ni jugak! Berharap dia tidak ada di sini.
"Hazel sayang..."panggil Angelina berbaur ugutan bila anaknya tidak mahu mengangkat kepala dan buatkan para tetamu di situ pandang ke arah mereka dengan lama di depan itu.
"Hazel..."panggil Austin dekat sebelah. Tak nak adik dia dalam masalah dengan amarah mama mereka berdua nanti. Dia cuit tangan adiknya sedikit.
Hazel pejam mata dia buat seketika sebelum di buka. Perlahan-lahan dia angkat kepala menghadap para tetamu di situ. Serius beritahu waktu itu dia rasa macam ada depan lautan mata yang banyak. Sejuk beku hujung jari dia waktu itu. Lututnya terasa seperti mahu cair di situ jugak.
"Cantik dan kacak...anak-anak puan...seperti ibu mereka."
"Bertuah tuan kerana milik isteri dan anak yang cantik-cantik belaka."
"Tak sia-sia berkahwin dengan Puan Angelina."
Komen para tetamu di situ setelah lihat anak beranak Angelina. Bukan main lagi cantik dan kacak belaka. Kalau mereka ada anak lelaki dan perempuan sudah lama di jodohkan dengan mereka.
Ketawa senang Damien lepas dengar.
Angelina yang bangga kerana dapat senangkan hati suaminya tersenyum nipis.
Sementara Hazel dan Austin dekat situ sikit pun tak ambil kisah akan pujian itu. Bagi mereka semua itu seakan satu cemuhan dan penghinaan buat mereka. Kalau la mereka tahu siapa mama mereka berdua ni. Mungkin mereka takkan berani pandang mahupun bercakap sebegitu sekali.
"Baik la...tanpa berlengah mari la kita potong kita."laung Damien dengan gembira.
Potong kek?
Hazel palingkan kepala ke arah kek bertingkat yang berada di tepi mereka waktu itu. Sebelum tunggu Damien dan Angelina tiba di situ, Hazel terlebih dahulu berarak mendekati kek tingkat itu.
"Hazel kau nak ke mana?"panggil Austin dekat belakang bila nampak Hazel jalan pergi meninggalkan dia untuk ke kek tersebut.
Setiba dia di depan troli dimana kek tingkat itu berada, Hazel palingkan kepala dia ke sisi sekejap untuk pandang wajah Damien dan Angelina. "You know what f*ck this!"sebut dia dengan senyuman jahat di bibir lalu pandang ke kek semula. Dia pegang kain dressnya sewaktu angkat kaki kiri dia.
Dengan hanya satu tendangan troli yang terdapat kek itu tergolek jatuh ke arah para tetamu di situ.
SPLAT!
Habis pecah berderah kek empat tingkat itu ke lantai sewaktu para tetamu menjerit hendak elak dari terkena percikan kek itu.
YOU ARE READING
12. Miss Picasso And Mister Nice Guy.
General FictionBaru saja dia hendak angkat kepala memandang ke pintu apartmentnya, tak semena dia dengar suara orang menjerit dan pintu jiran barunya terbuka secara mengejut sebelum seorang lelaki tidak berbaju lari keluar menerpa ke arah dia. "HUUARGHHHHH!!!"ter...