"Hazel!VVIP! Seperti biasa...menu pilihan sendiri."laung waiter dekat depan meja kaunter.
Hazel yang sedang menyiapkan soup italiano dia diam tak menyahut. Malah dia teruskan kerja dia sehingga la makanan itu siap terhidang.
Kali ni VVIP dia takkan dapat apa-apa dari dia.
"Ini order untuk meja 21."sua Hazel pada waiter tadi lalu gerak keluar dari dapur tu.
Terkebil sekejap waiter tu bila pegang hidangan tu.
Hazel tanggalkan topi chef dari kepala dia sambil jalan berarak ke meja dimana Hunter sedang duduk.
Masa itu jugak Hunter angkat kepala dari memandangkan telefonnya. Dan bila dia nampak Hazel datang kening lelaki tu terangkat tinggi dan tersenyum senang.
Sementara Hazel hanya buat muka serius dia seperti biasa.
"Ha-hai.."sebut Hunter tersangkut-sangkut bila nampak wajah serius Hazel.
Tanpa menunggu dirinya di pelawa, Hazel tarik kerusi dekat situ lalu di letakkan ke sebelah Hunter.
Terbutang mata Hunter bila nampak langkah agresif Hazel yang terus nak duduk sebelah dia sebelum dia mintak. Nampaknya Hazel terbuka hati hendakkan dia.
Letak saja kerusi di situ Hazel duduk sebelah Hunter dan dekatkan sikit diri dia pada Hunter supaya dia tak perlu menjerit macam perempuan hilang anak dalam restoran ni.
"Sorry but not sorry...Aku takkan masak apa-apa untuk kau mulai hari ni."ujar Hazel sambil betulkan uniform dia supaya dia selesa untuk duduk.
Elok saja Hunter tersenyum, bibir itu perlahan-lahan menjadi garisan nipis. "Kenapa?Order saya susahkan awak ke?Atau tip yang saya beri tak cukup?"
"Memangnya muka aku muka duit ke?Asyik duit je kau kan.."soal Hazel dengan nada rendah sewaktu memandang Hunter.
"Tak bukan itu-"
"Diam."arah Hazel dengan renungan garang dia.
Terkatup terus mulut Hunter.
Hazel jeling jengkel ke Hunter. Gara-gara lelaki ni dia kena tampar sia-sia dengan tunang Hunter.
Dengan kasar, Hazel lepaskan hela nafas kesal.lalu sandar ke belakang.
"Apapun keputusan kau. Batalkannya. Jangan putuskan tunang kau kerana aku. Sebab aku takkan terima kau tak kira apa sekalipun keadaannya."ujar dia dengan nada malas sewaktu termenung memandang lapik meja depannya.
Hunter letakkan tangan ke belakang kerusi Hazel dan sondongkan sedikit muka dia ke muka Hazel.
"Tapi kenapa?Apa yang kurangnya lagi?Awka nak apa saya berikan pada awak...rupa, pakaian cantik, beg mahal, kereta mewah, apartment ekslusif..beritahu saya."minta Hunter.
Hazel palingkan muka dia dan buatkan mereka saling bersemuka. Hampir bertemu hidung dengan hidung.
"Sure kau boleh bagi apa aku mintak ni?"Hazel tanya sambil pandang mata Hunter. Dia akan mintak sesuatu yang dia yakin, lelaki seperti Hunter ni takkan dapat tunaikan. Bukan saja Hunter. Tapi mana-mana orang kaya yang ada dalam dunia ni takkan dapat lakukannya.
Sambil tersenyum bersemangat Hunter angguk kepala.
"Ya...beritahu je apa-apa.."
Hazel tarik sengih meleret lalu duduk tegak dari sandar dia dan dekatkan wajah dia ke Hunter.
Yang mana buatkan Hunter taken back dengan gesture itu lalu menelan air liur gemuruh dia.
"Kalau kau nak aku bersama kau, sanggup kau tinggalkan semua yang kau miliki sekarang? Nama. Populariti. Kuasa. Harta. Kemewahan. Jawatan tinggi dan identiti kau."sebut Hazel dengan renungan mencabar dia ke mata Hunter.
Terus menarik nafas terkejut Hunter bila dengar. Dia jarakkan dirinya dari Hazel dengan mata terbutang.
"What?"soal Hunter dengar terkejut. "Sudah tentu la tak boleh...awak gila apa..."luah dia. Banyak tanggungjawan yang dia galas sekarang ni. Mana boleh dia tinggalkan semua ni semata kerana seorang wanita! Orang gila je yang sanggup buat semua tu. "Saya tak boleh lakukannya."
Hazel tersenyum sedih. See...takkan ada yang mahu punya.
"Okay then...kalau itu jawapan kau."Hazel angguk kepala faham. "Kalau macam tu mulai hari ni berhenti mintak aku perkara yang kau sendiri tak boleh nak tunaikan. Perasaan kau dekat aku tu bukan suka. Tapi nature kau yang sukakan benda yang terbaik. Kalau itu yang kau nakkan better kau kahwin dengan robot.."
Hunter tersentak. Lalu dia cuba pegang lengan Hazel. "Hazel jangan la macam ni.."
Hazek menjegil mata pada Hunter sambil berdesis garang. "Jangan sentuh aku. Kita dah selesai. So lupakan apa yang kau rasa tentang aku. Dan please jaga tunang kau dengan baik-baik...jangan biarkan dia serang orang tanpa bukti yang kukuh. Thats all from me."terus Hazel berdiri dari situ dan jalan meninggalkan Hunter.
Sebelum orang tinggalkan dia, baik dia yang tinggalkan mereka terlebih dahulu.
Hunter dekat meja tu dah buat muka dumbfounded. Tak terkata dengan apa yamg baru saja dia dengar.
YOU ARE READING
12. Miss Picasso And Mister Nice Guy.
General FictionBaru saja dia hendak angkat kepala memandang ke pintu apartmentnya, tak semena dia dengar suara orang menjerit dan pintu jiran barunya terbuka secara mengejut sebelum seorang lelaki tidak berbaju lari keluar menerpa ke arah dia. "HUUARGHHHHH!!!"ter...