49.

1.4K 115 5
                                    

Tepat jam 6 mesti dia akan berdiri dekat situ macam tiang semata nak tunggu kepulangan jiran sebelahnya. Sejak tiga bulan kebelakangan ni, dah jadi tabiat dia pulak. Sanggup habiskan kerja atau photoshoot cepat-cepat untuk pastikan dia ada di rumah sebelum jirannya balik.

Lepas kenakan pakaian yang segak dan minyak wangi kegemaran dia yang selalu pakai kalau duduk di rumah, Jax berdiri di situ sambil pandang skrin telefonnya. Main candy crush level hard nak mampus sampaikan rasa nak hempas telefon pun ada.

Dekat 15 minit menunggu macam tu, pintu lif itu terbuka.

Jax apa lagi, dia cepat-cepat seluk telefonnya ke dalam poket seluar dan menyorok dekat tempat biasa dia nak peranjatkan Hazel.

Sekali dia dah menyorok, Jax dah sedia ni nak sergah, tiba-tiba terdengar suara bergaduh pulak. Terus tak jadi dia nak keluar. Berdiri je la dia dekat situ dengan wajah terkejut.

"Hazel dengar dulu apa aku nak cakap..."minta Austin.

"Kau nak aku dengar apa lagi. Kau dah buat keputusan untuk berhenti kan. Apa gunanya kau cakap dengan aku!"marah Hazel pula.

"Aku buat semua ni demi kau..."

"Demi aku?Kau tahu tak apa yang aku hadap untuk kau?Aku sanggup ganti tempat kau supaya kau boleh kejar impian kau untuk jadi chef. Sekarang apa?Kau berhenti?"

Jax dekat belakang dinding tu terkedu diam.

"Sebab tu la aku berhenti....Aku akan ganti tempat kau dan biarkan kau terlepas dari semua ni... Aku tak sanggup tengok kau terseksa sebab mama. Aku akan ganti tempat kau. Aku akan ambil balik sakit yang kau tanggung untuk aku selama ni..."jelas Austin dengan lirih. "Selama berbelas tahun kau tanggung semua ni supaya aku dapat belajar dan mejadi apa yang aku nak jadi..."

Hazel pandang terkedu ke Austin lepas dengar.

"Maafkan aku Hazel...sebab aku, kau terseksa dan sakit macam ni..."sebut Austin.

Air mata bertakung di kelopak mata Hazel. "Kau tak boleh buat macam ni Austin..."Lengan Austin di pegangnya dengan erat. "Kalau kau serahkan diri kau dekat mama, dia akan jadikan kau boneka. Dia akan kawal hidup kau. Dia akan buat kau bersama dengan orang yang kau tak sayang demi harta...Aku tak boleh tengok kau macam tu..."

Austin berdiri dekat situ perhatikan wajah Hazel yang kelihatan terdesak.

"Habis tu kau macam mana?Sampai bila kau nak tanggung semua ni?"tanya Austin. "Kau fikir aku tak sakit tengok kau macam ni?"

Hazel melurut turun ke bawah sebelum duduk di depan pintu apartment dia dan termenung memandang kaki Austin.

"Kalau kau pergi bersama mama, kau akan jauh dari aku. Dan aku tak ada sesiapa lagi..."sebut Hazel dengan nada termenung dia bersama linangan air mata di pipi.

Austin ikut bercakung di situ. "Kau jangan risaukan aku...aku tahu macam mana nak jaga diri..."pujuk dia sewaktu memegang kedua-dua belah kepala Hazel.

"Jangan pergi Austin...."rengek Hazel dengan mata terpejam. Dia tak kuat nak hadap semua ni seorang diri. "Macam mana dengan rancangan kita nak bukak restoran dan pindah dari sini sama-sama..."

Austin ikut sebak mendengar rintihan Hazel. Lalu ditarik kepala itu ke bahunya. "Aku akan cari kau dekat mana sekalipun kau berada. Walaupun kita terpaksa berpisah...kau tetap adik aku. Dan aku sayangkan kau sampai hujung nafas aku."

Hazel pegang belakang badan Austin dan meraung sekuat hati. Tak nak ditahankan rasa dekat dalam dada dia bila dapat tahu Austin akan pergi bersama mama Hazel untuk berkahwin dengan anak orang berada dan uruskan company.

Sepatutnya Hazel yang buat semua tu dari awal. Tapi Hazel tak nak. Tak tahan tengok Hazel di desak, Austin buat keputusan untuk pergi jumpa mama Hazel dan buat perundingan. Austin tawarkan sekiranya dia setuju berkahwin dengan anak orang kaya dan uruskan company, Angelina kena tinggalkan Hazel seorang diri dan jangan di ganggu hidupnya lagi. Mama Hazel apa lagi. Memang setuju la terus memandangkan anak lelaki dia nak ikut rancangan dia. Untuk itu Austin perlu berhenti kerja dan pergi dari situ.

Jax dekat dinding tempat persembunyian sejak tadi dengar segala perbualan tu ikut bersedih sewaktu mendengar suara rintihan Hazel.

"Maafkan aku Hazel sebab tak dapat nak teruskan rancangan kita sama-sama."ucap Austin sambil tepuk belakang badan adiknya.

Hazel dekat bahu Austin dah meraung-raung terdesak. Tak boleh nak cakap apa-apa lagi.

12. Miss Picasso And Mister Nice Guy.Where stories live. Discover now