59.

1.5K 120 4
                                    

Di suatu pagi di hujung minggu yang indah...

Biasanya waktu macam ni orang lain sedang lena tiudr untuk lampiaskan segala penat yang terkumpulan dari hari isnin hingga ke jumaat kerana bekerja. Atau berehat di atas katil bersama haiwan peliharaan kesayangan.

Tapi tidak untuk seorang ni.

Pagi hujung minggunya dimulakan dengan jeritan.

"HAZEL!"

Tersentak terus kepala yang berada di atas bantal itu sejurus satu jeritan kedengaran.

Terkebil sekejap Hazel memandang pintu biliknya. Dia salah dengar ke?

"HAZEL!"

Masa itu la pintu bilik terbuka secara tiba-tiba dan seseorang hanya bertuala lari masuk ke dalam bilik lalu lompat naik ke atas katil.

"Wei!Ada tikus besar keluar dari lubang bilik air kau tadi!"jerit Jax dengan trauma.

Oh my gosh!

Terjatuh terus kepala Hazel dekat bantal semula dengan letih.

Dia terlupa! Jax bermalam di rumah dia selepas mereka alami proses sentimental malam tadi. Hazel tak tahu kenapa dia buat semua ni sampai sanggup tumpangkan di psiko ni.

"Apa kau buat tu...do something!"arah Jax bila dia nampak Hazel masih terbaring dekat atas katil. "Aku belum sempat bilas badan aku ni.."

Hazel bangun dari baring dia lalu berdiri menghadap katilnya dimana lelaki setinggi enam kaki lebih berdiri di atas katil dalam keadaan bertuala, rambut bersyampu, badan masih bersisa buih sabun.

Kenapa ya rasa tak asing dengan situasi ni?

"Seriously?"soal Hazel sambil meraup letih muka dia.

"Serius la..kau nampak aku tengah bergurau ke sekarang...rumah kau ni kena pest infection...biar tikus dengan lipas tu pergi.."bebel Jax dekat atas katil.

Sambil mengerang jengkel Hazel merenggut rambut dia. Tolong la!

"Mana tikusnya?"tanya Hazel dengan nada mengalah.

Jax turun dari katil tu sebelum sorok belakang badan Hazel. "Tu. Aku nampak dia sorok dekat bawah almari tadi."

Dengan malas Hazel jalan keluar dari bilik tu dan ke almari TV yang ditunjukkan oleh Jax. Dia duduk dekat lantai lalu letakkan kepala ke lantai untuk intai bawah almari ini.

Dengan kening verkerut, Hazel pandang sekitar bawah almari buat seketika. Lalu satu tompok hitam dilihat dia.

Ohhh!Memang ada la!

Heh!

Mentol idea muncul dalam minda!

Heheheh!"Tak ada pun.."Hazel bangun dari lantai tu lalu hadap Jax sambil buat muka poker face.

Air muka Jax jatuh seakan tak percaya dengan apa yang didengar."Huh?Serius tak ada? Tapi sumpah...Aku nampak tadi."tunjuk Jax bersungguh.

Hazel sedaya upaya kawal ekspresi dia supaya tidak kelihatan obvious.

"Try la tengok kalau macam tu..."aju dia sambil juih bibir ke lantai sewaktu silangkan tangan ke dada.

Jax yang berasa tak percaya akan kenyataan itu pun tunduk melutut dekat lantai lalu letakkan kepala dekat lantai untuk lihat ke bawah almari. Memang dia nampak tikus masuk bawah almari kot!

"Aku nampak tadi..."gerutunya tak puas hati.

Bersama sengih jahat meleret dia, Hazel yang berdiri dekat dengan almari tv sepak almari tu.

Tak semena seekor tikus saiz penumbuk mencicit keluar dari bawah almari dan menuju ke arah Jax sebelum hilang entah ke mana.

Lelaki tu apa lagi....

"WAARRGGHHHHHH!" Jax terus bangun tapi terjatuh semula dekat lantai sebelum mengesot jauhkan diri almari tu.

Hazel yang tengok dah terduduk dekat lantai ketawa terbahak-bahak memukul lantai kerana tak tahan melihat reaksi lucu Jax.

"BUAHAHAHAHAH!"Hazel lontarkan kepala ke belakang.

Bersama muka merah padam kerana takut, Jax pandang dengan renungan 'telah dikhianati' pada Hazel.

"Hazel June!"panggil dia dengan marah.

"Hahahahaha..."Hazel pegang perut dia. "Sorry..." ucapnya di balik ketawanya.

Jax yang lihat Hazel ketawa itu terus tak jadi nak marah, malah dia tarik senyum senang dia.

"Dah la mandi cepat...kejap lagi saya. Lambat pulak bukak kedai nanti."Hazel bangun dari situ lalu gerak ke Jax yang masih terduduk dekat lantai. Lalu dihulur tangan ke lelaki tu.

Bersama muka tak puas hati Jax pegang tangan Hazel dengan erat.

Hazel tarik Jax bangun dari situ.

Bangun saja Jax dia terus kiss laju-laju pipi Hazel sebelum lari ke bilik air. "Tu hukuman kau takutkan aku!"laung dia sewaktu pergi dari situ.

"Hei!"marah Hazel sejurus itu. Dia pegang pipi tempat dikucup Jax tadi sewaktu pandang kelibat lelaki tu hilang dari muka pintu tandas. Sambil dia gosok pipi tu, Hazel geleng kepala bersama senyuman senang.

Haih...menghadap si psiko ni lama-lama boleh buat dia jadi gila!

12. Miss Picasso And Mister Nice Guy.Where stories live. Discover now