MUNGKIN agak bodoh bila aku katakan aku sanggup datang sekolah semata-mata nak tengok rupa cikgu baru yang Yejin kata semalam. Dan mungkin lepas ni sekali lagi aku akan buat perkara bodoh.
Masuk kelas ekonomi! Itu pun kalau betul apa yang Yejin kata. Kalau lain daripada sangkaan aku, memang aku akan buat rutin harian aku.
"Lambat lagi ke?" aku menyoal. Penat sebenarnya menyorok di sebalik kereta-kereta yang di parking di belakang sekolah. Semuanya sebab Yejin yang membuatkan aku rasa mahu melihat sendiri rupa paras bakal cikgu ekonomi aku yang baharu itu.
Betul ke muka dia macam Jaehyun?
"Tunggu sekejap. Aku rasa tak lama lagi sampailah."
"Mana kau tahu ni?" aku menyoal dalam keadaan separuh bisik. Sudahlah ini kawasan larangan. Tak pasal-pasal kena cekup, naya aje. Aku tak kisah, tapi perempuan sebelah aku ni yang kena dengan family dia nanti.
"Dia kan cikgu sekolah. Mesti datang ikut waktu sekolah. Kau... Hah tu!" Yejin menunjuk ke arah sebuah kereta mercedes yang baru sahaja memasuki perkarangan sekolah.
Aku dan Yejin mula mengintai di sebalik bumper kereta, tempat kami menyorok.
"Gilalah kereta dia. Aku rasa, sampai bila-bila aku tak merasa naik kereta tu. Favourite kereta bhai." Aku mula bersuara teruja.
"Dengar cerita, dia belajar sampai phd. Mak dia pun memang orang kaya-kaya."
Phd?
"Kalau ada phd bukan pangkat professor ke?" aku menyoal.
Yejin mengangguk. Mata dia masih melekat pada kereta mercedes hitam yang sudah terpakir elok di kedudukan yang sepatutnya.
"Mak dia nak dia jadi cikgu sekolah."
Aku tepuk dahi. "Belajar sampai phd, kerja jadi cikgu? Sumpah tak boleh blah!"
Yejin membuat muka. "Manalah tahu dia jenis dengar cakap mak. Heish. Jangan buruk sangka."
"Bukan buruk sang..."
"Tu tu tu. Dia keluar!"
Kata-kata aku mati. Mata aku mula fokus pada lelaki yang baru keluar dari dalam kereta. Dan dengan niat yang utama, aku mula memerhati wajah lelaki itu.
"OMO!" aku mula bertindak mahu berdiri namun cepat di halang oleh Yejin. Dia menarik aku supaya duduk menyorok di sebalik kereta BMW ini. Mulut aku juga turut ditekup.
"Shhh... Jangan bising!"
Aku mengangguk lalu menampar-nampar tangan Yejin yang berada di mulut aku. Sekali lagi aku mula bangkit untuk melihat. Kali ini lebih berhati-hati. Tapi sayangnya, lelaki tadi sudah tiada. Dengan rasa sebal, aku berdiri bercekak pinggang.
"Dia dah blah." Aku mengeluh.
Yejin menyiku aku. Bersamanya ditarik satu senyuman penuh makna.
YOU ARE READING
Teacher Jung | Jung Jaehyun NCT [COMPLETED]
SonstigesAku tak gila. Aku cuma... Luahkan apa yang aku rasa. Dia orang kata aku sakit tapi... Aku rasa aku sihat. Mungkin dia orang yang salah tafsir aku. Aku hanya gadis biasa yang menanti kehadiran si abang yang berjanji untuk berjumpa dengan aku semula...