"INGAT. Jangan terburu-buru. Aku share location dekat kau tapi jangan sampai kantoi. Tunggu dekat tempat yang aku cakap. Sharp, jam 12." Talian di matikan. Ten bangun dan telefon dimasukkan ke dalam poket seluar jeans.
"Kau bercakap dengan siapa?" King menegur anak buahnya. Sejak dua hari kebelakangan ini, Ten kelihatan sedikit pelik. Dia lebih suka menyendiri.
"Dengan anak buah kau lah. Lembap buat kerja." Ten berkata bengang. Tangannya sudah mula bercekak pinggang.
King tergelak. Dia menepuk bahu Ten. "Tak sia-sia aku lantik kau jadi ketua dia orang. Tak sia-sia aku jadikan kau orang kanan aku."
Ten turut tersenyum. Melihat senyuman King buatkan dia rasa geli hati. "Tapi..." Ten berjalan merapati King. "Akan ada pemenang di antara pemenang." Dia berkata di tepi telinga King. Senyumannya penuh dengan maksud tersirat. Bahu King ditepuk sebelum beredar.
-----
KEPINGAN kertas di tangan diangkat tinggi. Ten berpuas hati dengan lakaran yang dilakukan.
As always, I'm brilliant. Dia tersenyum senget. Pintu bilik dibuka dan dia keluar. Kepingan kertas bersaiz A4 tadi dilipat menjadi kepingan kecil dan dimasukkan ke dalam poket jacketnya. Kunci kereta di capai. Gudang dituju.
Sampai sahaja di sana, satu ruangan khas yang menempatkan Jeonghyun di tuju. Gadis itu terlentok tidurnya di atas kerusi. Dia bercangkung di hadapan gadis itu. Wajah gadis itu pucat seakan tiada darah. Dengan wajah yang comot, rambut yang tidak terurus. Ten mengeluh. Jika bukan kerana kerja, dia tidak akan sesekali biarkan gadis ini begini.
Ten bangkit. Gula-gula getah dimasukkan ke dalam mulut sebelum kaki menyepak hujung kasut Jeonghyun. Dengan sekali sepakan, Jeonghyun membuka mata.
"Nah." Roti yang dibawa secara senyap tadi diberi pada Jeonghyun. Dia berjalan ke belakang Jeonghyun.
"Kenapa?" Jeonghyun menyoal saat Ten membuka ikatan tangannya. Namun lelaki itu hanya mendiamkan diri.
"Kenapa bagi aku roti? Dia orang..."
"Makan atau kau mati. Sebab aku tak jamin lepas ni kau akan selamat. Tepat 12 malam nanti, giliran kau pula yang akan dijual. Kau nak jadi hamba?"
Jeonghyun diam.
"Lembab." Roti dirampas lalu plastik roti dibuka. Roti dikoyak lalu disua di hadapan mulut Jeonghyun. Dengan lambat Jeonghyun membuka mulut. Kunyahannya juga perlahan. Dia tiada tenaga.
Habis separuh roti, Ten menyimpan yang selebihnya ke dalam poket jacketnya. Tangan Jeonghyun diikat semula. Dia rasa macam tiada function ikatan tangan Jeonghyun dibuka jika dia yang menyuap roti tadi ke dalam mulut gadis itu.
"Ingat. Tepat jam 12, peluang kau hanya ada 50 peratus. Make sure, kau lepas." Habis sahaja berkata, Ten keluar dari tempat itu.
Jeonghyun hanya memerhati pemergian Ten. Siapa engkau sebenarnya?

YOU ARE READING
Teacher Jung | Jung Jaehyun NCT [COMPLETED]
De TodoAku tak gila. Aku cuma... Luahkan apa yang aku rasa. Dia orang kata aku sakit tapi... Aku rasa aku sihat. Mungkin dia orang yang salah tafsir aku. Aku hanya gadis biasa yang menanti kehadiran si abang yang berjanji untuk berjumpa dengan aku semula...