Flashback
SETAHUN berlalu, Jaehyun semakin akrab dengan Jeonghyun. Setiap petang, lelaki itu pasti akan membawa Jeonghyun bermain di taman. Tentang kewujudan Jeonghyun juga dicerita pada Puan Jung. Semasa mendengar cerita tentang kanak-kanak tersebut, hati Puan Jung tersentuh. Sebak rasanya bila membayangkan gadis kecil itu dipukul.
Jaehyun termenung memandang ke hadapan di atas buaian sehingga tidak sedar Jeonghyun berada di hadapannya. Apabila gadis kecil itu memanggil, dia masih termenung sehinggalah gadis kecil itu memanggil namanya beberapa kali barulah dia tersedar daripada lamunan. Mereka berborak sambil Jeonghyun duduk di atas ribanya.
Sesekali matanya memandang ke arah tangan Jeonghyun yang lebam dan luka-luka itu. Dia mula serba salah. Tangan itu dicapai. Bibirnya mula menutur kata maaf kerana tidak mampu melindungi gadis kecil itu. Jeonghyun hanya tersenyum dan tetap mengucapkan terima kasih kepada Jaehyun kerana masih mengambil berat tentang dirinya dengan membeli ubat sapu untuk lukanya itu.
Jaehyun mengeluh. Tidak sampai hati mahu meninggalkan gadis kecil ini. Kata-kata Puan Jung yang mahu ke China untuk memulakan hidup yang baharu membuatkan Jaehyun sukar untuk membuat pilihan. Bagaimana dengan nasib gadis kecil di hadapannya ini? Apa akan jadi padanya nanti? Jika dia kembali ke Korea, adakah gadis ini masih bernyawa? Harapnya begitulah.
Kepala si gadis kecil itu diusap.
"Lepas ni jaga diri, ya? Kalau ayah pukul, adik jerit kuat-kuat biar jiran dengar. Boleh?" Jaehyun bersuara sambil mula melutut di hadapan Jeonghyun
"Kenapa?" membulat mata gadis kecil itu.
"Oppa nak pergi jauh dari sini. Lepas ni kita dah tak boleh jumpa. Oppa dah tak boleh teman adik main dekat taman ni lagi."
"Tapi kenapa?" kanak-kanak itu mencebik tanda mahu menangis. "Oppa nak pergi mana? Kenapa nak tinggalkan adik? Oppa tak sayang adik?"
Soalan yang keluar bertubi-tubi daripada bibir si gadis kecil itu membuatkan hati Jaehyun tersentuh sekaligus menyebabkan air matanys mengalir. Dia sayang gadis kecil ini tapi apa yang mampu dia buat? Permintaan ibunya yang mahu tinggal di China membuatkan dia terpaksa.
"Satu hari nanti, bila oppa balik sini semula, oppa cari adik. Okay?" jari nya dibawa keluar. Jeonghyun mengangguk lalu mereka membuat pinky promise.
YOU ARE READING
Teacher Jung | Jung Jaehyun NCT [COMPLETED]
De TodoAku tak gila. Aku cuma... Luahkan apa yang aku rasa. Dia orang kata aku sakit tapi... Aku rasa aku sihat. Mungkin dia orang yang salah tafsir aku. Aku hanya gadis biasa yang menanti kehadiran si abang yang berjanji untuk berjumpa dengan aku semula...