"JADI..." Yejin menahan perit ditekak. Anak matanya yang menangkap pegangan tangan Lucas pada pergelangan tangan Jeonghyun diperhati. "Betullah apa yang Jennie kata? Aku... Aku..." Yejin menunduk. Hatinya sangat-sangat sakit. Kata-kata Jennie bagaikan terngiang-ngiang di kotak ingatannya kini.
Sangkanya, selepas mendengar khabar bahawa Jeonghyun berhenti sekolah akibat pergaduhannya dengan Jennie dan penerangan tentang tempat tinggal Jeonghyun daripada Jaehyun, dia boleh mempercayai Jeonghyun. Malangnya dia tidak mampu.
"Yejin." Anak tekak Jeonghyun turut berasa perit. Melihat mutiara jernih sahabatnya itu buat dia terkilan dengan dirinya. Kenapa kau macam ni Jeonghyun? Kenapa kau sakitkan hati sahabat kau sendiri?
Jeonghyun menghampiri Yejin. "Yejin kau salah faham."
"Salah faham lagi? Lucas pegang tangan kau, kau kata aku salah faham? Aku tak buta Hyun. Aku belum buta." Air matanya dikesat. Tak ada guna di menangis. Dia tak patut menangisi perkara bodoh sebegini.
"Patutlah kau berhenti sekolah. So that kau boleh luangkan masa dengan Lucas. Kan? Lepas ni apa pula? Bagi aku kad kahwin kau orang?" Yejin mula naik meluat melihat air mata yang jatuh di di pipi Jeonghyun. Baginya semua itu adalah palsu semata.
"Sudahlah Hyun. Aku malu ada kawan macam kau. Lepas kantoi dengan Jennie, sekarang kau nak rampas hak aku ke?"
"Yejin. Kita bincang." Lucas bersuara setelah lama berdiam diri. "Sini ramai orang, kan?"
"Kenapa? Malu? Keluar dengan perempuan murah ni tak malu pula?"
"Kim Yejin!" suara yang dalam itu mula mendingin sehingga membawa aura seram dalam diri Yejin dan Jeonghyun. Sepanjang mereka kenal Lucas ini kali pertama mereka melihat Lucas sebegini.
"Dia kawan kau tau. Kenapa cakap macam tu pada dia? Sampai hati kau kan? Kenapa cakap benda yang kau tak tahu hujung pangkal?"
Yejin sentap. Sangkanya Lucas akan membelanya tapi tidak. Dia tersilap membuat andaian.
"Okey, then. Kita break. Awak boleh pergi dekat dia. Terima kasih!" rantai yang tertera nama Lucas dicabut dan dicampak ke arah Lucas sebelum berlalu pergi.
Lucas meraup wajahnya. Rantai tersebut diambil sebelum bersuara, "Hyun sorry. Aku..."
"Tak apa." Jeonghyun tersenyum semanis mungkin. Gayanya cuba diselambakan. Sayangnya dalam hati sudah hancur berkecai. "Pergilah pujuk dia."
"Thanks," ucap Lucas kemudian mula mengejar Yejin.
Secara jujurnya Lucas tidak mahu meninggalkan Jeonghyun. Dia tahu gadis itu berperang dengan perasaannya. Tapi baginya Yejin lebih penting.
Saat perginya Lucas, laju sahaja mutiara jernih itu jatuh. Kenapa semua orang pergi daripada hidup aku?
YOU ARE READING
Teacher Jung | Jung Jaehyun NCT [COMPLETED]
AcakAku tak gila. Aku cuma... Luahkan apa yang aku rasa. Dia orang kata aku sakit tapi... Aku rasa aku sihat. Mungkin dia orang yang salah tafsir aku. Aku hanya gadis biasa yang menanti kehadiran si abang yang berjanji untuk berjumpa dengan aku semula...