Flashback
JAEHYUN menutup bukunya. Mulut yang ternganga luas ditutup menggunakan tangan. Dia mungkin lelaki, tetapi untuk menguap secara tidak sopan itu bukan dia.
Segala peralatan di atas meja dikemas dan disusun dengan elok. Setelah menyusun buku di dalam beg mengikut jadual, list hariannya yang melekat pada dinding untuk hari itu ditanda dengan menggunakan pen marker. Mengikut list tersebut, setelah siap mengemas buku, dia akan keluar ke taman pada jam 10 malam.
Jam di dinding menunjukkan 10:15. Telefon di ambil diikuti dengan headphone yang dipakai ke kepala. Langkah kaki mula menuju ke luar rumah. Semasa melintasi ruang tamu, Jaehyun terserempak dengan Puan Jung. Anak lelaki muda itu menunjuk ke arah pintu tanda dia mahu keluar. Puan Jung sekadar mengangguk. Dia tahu pada jam begitu, anak lelakinya akan keluar untuk merehatkan otak setelah berjam-jam berperang dengan buku.
Untuk ke taman, dia perlu melepasi beberapa buah rumah. Kawasan perumahan di situ agak sunyi kerana kebanyakkan mereka yang tinggal di situ merupakan orang-orang yang rajin tidur awal. Jaehyun memasang lagu semasa dalam perjalanan ke taman. Sampai sahaja di rumah yang terakhir, dia mendengar teriakan seorang budak membuatkan langkahnya mati. Dia berdiri betul-betul di hadapan pagar rumah tersebut. Walaupun dia memakai headphone, tetapi teriakan itu sangat kuat sehingga mampu menyentuh pendengarannya.
Apa yang dia dengar tadi? Tidak mahu terlampau berfikir, Jaehyun berniat untuk meneruskan niat namun sekali lagi mati apabila terasa kakinya dipeluk erat. Terus dia memandang ke arah kakinya. Terkejut lelaki itu apabila ada seorang kanak-kanak perempuan menangis tak ingat dunia di hujung kakinya. Headphone disangkutkan ke leher. Jaehyun menunduk memandang kanak-kanak tersebut. Air mata kanak-kanak tersebut dikesat.
"Kenapa ni?"
"Hoi!" sergah satu suara menyebabkan Jaehyun menoleh. Serentak dengan itu kanak-kanak tadi mula bergerak ke belakang Jaehyun seakan mahu bersembunyi. Kaki seluar Jaehyun juga ditarik kuat.
"Kau buat apa dengan anak aku?" soal lelaki yang berwajah bengis itu sambil mencuba menarik kanak-kanak tadi. Namun sayangnya kanak-kanak tadi bergerak menjauhi lelaki itu.
Jaehyun yang seakan faham dengan keadaan tersebut mula menjauhkan kanak-kanak tersebut daripada lelaki itu. Semasa dia menoleh memandang kanak-kanak tersebut, dia dapat melihat kesan lebam dan calar-balar pada lengan kanak-kanak tersebut. Hatinya sayu.
"Bagi balik anak aku!" bentak lelaki itu sambil mencuba untuk mengambil kanak-kanak itu lagi tetapi di halang oleh Jaehyun lagi. Remaja lelaki itu melangkah ke belakang.
"Eh, bagilah! Kalau tak aku report polis."
"Report lah kalau kau berani. Kita tengok siapa yang masuk penjara." Jaehyun membalas. Melalui air muka dan cara lelaki itu, tahulah dia lelaki itu seorang penagih. Heh.
"Itu anak aku. Kau tak ada hak untuk masuk campur!" lelaki itu menengking kuat menyebabkan salah seorang jiran di situ keluar.
"Eh, pergi bagilah anak dia balik. Lantak dia la nak buat apa dengan anak dia. Kau jaga hal kau sudah lah. Aduh! Orang nak tidur pun susah la. Memekak!"
Jaehyun menoleh ke arah empunya suara yang sudah mula melangkah masuk ke dalam rumah semula sebelum memandang semula ke arah lelaki tadi.
"Kau dengar tu? Kau jaga hal kau, sudahlah! Tak payah menyibuk hal aku!" dengan pantas, kanak-kanak tersebut ditarik daripada Jaehyun apabila Jaehyun khayal sendiri.
Jaehyun hanya memerhati kanak-kanak tersebut dibawa masuk ke dalam rumah dengan tangisan yang mula kedengaran. Dia tak boleh buat apa melainkan hanya membiarkan sahaja. Headphone kembali di pakai dan langkahnya mula menuju ke taman.
Sepanjang dia berada di situ, dia tidak mampu menenangkan diri. Tangisan kanak-kanak itu masih terngiang-ngiang di dalam kepalanya. Dia kasihan melihat kanak-kanak perempuan yang didera itu. Apalah agaknya nasib kanak-kanak itu?
![](https://img.wattpad.com/cover/221017775-288-k732917.jpg)
YOU ARE READING
Teacher Jung | Jung Jaehyun NCT [COMPLETED]
RandomAku tak gila. Aku cuma... Luahkan apa yang aku rasa. Dia orang kata aku sakit tapi... Aku rasa aku sihat. Mungkin dia orang yang salah tafsir aku. Aku hanya gadis biasa yang menanti kehadiran si abang yang berjanji untuk berjumpa dengan aku semula...