TJ - 8

531 52 0
                                    

"ENGKAU ni menyusahkan tahu tak!" anak kecil itu ditolak sehingga jatuh.

"Hyun cuma ajak ayah teman Hyun pergi main taman. Dah lama Hyun tak pergi. Tak ada siapa teman..."

"Kau fikir aku peduli?" dingin suara si ayah bertanya. Hyun mula mencebik mahu menangis. Sejak kepergian si abang, dia kerap duduk di rumah. Mahu keluar pun tidak dibenarkan. Walaupun umurnya sudah menginjak angka 7, dia masih tidak bersekolah.

"K-kalau macam tu, ayah bagilah Hyun sekolah."

"Sekolah! Sekolah! Sekolah! Kau fikir sekolah tak pakai duit ke?"

"Ayah cari lah duit untuk Hyun." Anak kecil itu membalas. Dia menunduk saat anak mata ayahnya tajam mencerlung ke arahnya. Cebikkannya makin menjadi-jadi.

"Hei!" si anak diterpa. Rahang Hyun dicengkam kuat membuatkan anak kecil itu mendesis kesakitan. "Jangan menyusahkan aku boleh?"

"Hyun cuma nak sekolah." Setitis air mata anak kecil itu jatuh. Namun langsung tidak mampu membuatkan hati si bapa berlembut malah semakin bertambah amarahnya.

"Kau ni memang tak reti bersyukur!" kepala anak kecil itu ditunjal sebelum si ayah bangkit. Tangan anak kecil itu ditarik sesuka hati ke sebuah store.

"Kau duduklah dalam tu." Dan anak kecil itu dikurung dan dibiarkan meronta sebelum dia keluar dari rumah tersebut dengan hati yang puas.

-----

"HEI." Jaehyun menepuk-nepuk pipi Jeonghyun apabila melihat gadis itu sudah mula berpeluh sedangkan suhu di dalam bilik itu sudah direndahkan. Mulut gadis itu juga tidak berhenti daripada terus menggumam. Entah apa yang disebut, Jaehyun sendiri tidak tahu. Raut wajah gadis itu juga seakan takut.

"Park Jeonghyun." Nama gadis itu diseru. "Hei." Sekali lagi pipi itu ditampar. Kali ini lebih kuat. Kesan daripada tindakannya itu membuatkan Jeonghyun membuka kelopak matanya dengan sangat luas bagaikan terserempak dengan sesuatu yang amat menakutkan.

"Kenapa ni?" Jaehyun menyoal takut. Mana taknya, jika jadi apa-apa dia orangnya yang akan menjawab kerana dialah punca gadis ini jadi sebegini.

Jeonghyun memandang ke arah Jaehyun dengan raut muka yang masih takut. Tanpa amaran, Jeonghyun terus memeluk Jaehyun bersama bibir menutur, "Oppa!" dan terus menangis.

Jaehyun terkaku di tempat duduknya. Dengan pelukan Jeonghyun bersama panggilan yang terlontar daripada bibir gadis itu cukup membuatkan dia membeku di tempat duduknya.

Apahal pulak budak ni?

Pada mulanya Jaehyun mahu menolak gadis ini menjauhinya. Namun apabila Jeonghyun seakan menggigil dia hanya membiarkan. Dia yakin, gadis ini mengalami nightmare. Jika tidak, gadis ini tidak akan berkeadaan begini. Pastinya dia menggigil akibat ketakutan.

Perlahan-lahan, tangannya naik menepuk bahu Jeonghyun bagi menenangkan gadis itu. Suhu badan Jeonghyun juga tidak menurun malah semakin menaik. Gadis itu terkena demam panas.

"Aku nak buat apa ni?"

Teacher Jung | Jung Jaehyun NCT [COMPLETED]Where stories live. Discover now