WAJAH Jaehyun yang begitu hampir dengannya membuatkan Jeonghyun menjerit lalu menolak lelaki itu menjauhinya. Jaehyun yang terjatuh ke atas lantai itu perlahan-lahan bangkit daripada baringannya. Sakit badannya apabila bertemu dengan permukaan lantai.
"Apahal ni?" dengan muka mamai Jaehyun bertanya.
"C-c-cik-gu, cikgu buat apa dekat sini?"
Jaehyun menjeling. "Aish." Hoodienya yang bersangkut pada hujung katil di sentap sebelum keluar dari wad Jeonghyun. Dia sudah lambat untuk ke sekolah.
Jeonghyun mencebik. "Dahlah muka depan aku. Aku pula kena marah. Ya pun nak tidur, pergilah tidur atas sofa sana tu. Fikir aku bini dia ke? Dasar... Aduh!" kepalanya dipegang. Pening.
Jeonghyun kembali baring di atas katilnya bersama tangan yang memegang kepala.
Ini semua salah Jaehyun!
-----
TAMAT sahaja waktu sekolah, Yejin terus menapak ke hospital. Dia mahu melawat Jeonghyun. Jalan kaki pun tak apa, asalkan sampai dengan selamat.
Di tangannya dibawa sebekas buah epal yang sudah siap dipotong. Dia tahu, jika Jeonghyun demam pasti gadis itu tidak berselera untuk makan. Lagipun, siapa yang selera makan bila tidak sihat?
Tiba sahaja di hadapan lif, Yejin memeluk bekas tersebut bersama senyuman. Sesekali matanya mengerling ke arah seseorang yang memakai hoodie berwarna hitam disebelahnya. Bersamanya, seseorang itu memakai topi sedikit ke bawah sehingga menutup wajahnya.
Pada mulanya Yejin hanya membiarkan sahaja. Namun apabila kakinya dijejakkan ke dalam lif, dia mula rasa seram sejuk. Ditambah pula di dalam lif itu hanya dia berdua sahaja dengan lelaki itu. Lelaki itu pula berdiri di belakangnya menambahkan rasa seram dalam dirinya.
"Cepatlah." Bekas yang dipegang diketuk-ketuk menggunakan jari bagi menghilangkan gusar.
Ting!
Dengan pantas Yejin keluar dari lif. Namun langkahnya mati apabila ada satu suara yang menegurnya.
"You dropped your thing," sapa seseorang lalu menghulur earphone milik Yejin. Macam mana dia tak perasan benda tu jatuh?
"Terima kasih." Dengan pantas dia ambil dan berlalu. Wajah lelaki itu juga langsung tidak dipandang. Tapi suara macam kenal.
Ah lantaklah!
Lelaki itu hanya memerhati dari jauh bersama senyuman manis. "See you again Kim Yejin."
-----
"HYUN!" Yejin menegur dengan penuh ceria.
"Yejin!" Jeonghyun menjerit kuat. Mana taknya, demamnya semakin kebah. Itulah jadinya.
"Okey dah?" Yejin menyoal sambil tangan laju menyentuh dahi Jeonghyun. Masih panas. "Tak lama lagi keluarlah." Dia tersengih.
"Harapnya macam tu lah." Jeonghyun tersenyum. "Tapi aku rasa better duduk sini." Keningnya terangkat nakal.
"Dah kenapa?"
"Tak payah pergi sekolah. Best thing ever."
Yejin mencebik. "Lol. Kau sihat pun, belum tentu kau datang. Pak guard sekolah kita tu, belum tentu kenal kau, tahu!"
Jeonghyun mengangguk. "Haahkan. Tapi sampai sekarang aku tak faham kenapa pengetua tak nak buang aku. Aku tunggu masa aje sebenarnya. Tapi tak kena tendang. Patut ke aku buat masalah." Dia memandang Yejin sebagai tanda meminta cadangan.
"Itu pilihan kau. Aku tak tahu apa-apa. Tapi kalau nak buat, jangan sampai jadi kes polislah. Tak pasal-pasal masuk sekolah juvana."
"Eh tapikan..." Jeonghyun duduk bersila menghadap Yejin. Yejin yang baru sahaja mahu membuka penutup bekas terhenti.
"Apa?" Yejin menyoal.
"Kalau masuk juvana, okey juga. Boleh aku belajar macam mana nak belasah orang."
Kepala Jeonghyun dipukul menggunakan bekas yang dipegangnya. "Bebal!"
"Awh! Sakitlah!" Jeonghyun memegang kepalanya.
"Daripada kau belajar dekat situ, lebih baik kau masuk kelas martial arts." Yejin memutarkan bola matanya. "Lepas tu kick it like a Bruce Lee." Yejin tersenyum penuh makna.
"Nan apeuro jjilleo jwau new thangs new thangs new thangs uriga eodil gadeun chukje deureo chukbae Like my birthday..." dan mereka membuat konsert bagai tiada hari esok.
Dasar NCTzen sejati.
YOU ARE READING
Teacher Jung | Jung Jaehyun NCT [COMPLETED]
AcakAku tak gila. Aku cuma... Luahkan apa yang aku rasa. Dia orang kata aku sakit tapi... Aku rasa aku sihat. Mungkin dia orang yang salah tafsir aku. Aku hanya gadis biasa yang menanti kehadiran si abang yang berjanji untuk berjumpa dengan aku semula...