TIDAK tahu ke mana harus dia pergi. Jika dia pergi ke lorong yang selalu dia pergi, dia risau Jaehyun akan mencarinya di situ. Heh. Siapa kau pada dia sampaikan dia nak cari kau? Entah-entah dia langsung tak peduli.
Kalau dia cari pun aku peduli apa? Heh.
Kakinya mula melangkah ke tempat biasa dia melepak. Sampai sahaja di situ, matanya melilau mencari kotak bersaiz besar. Apabila sudah menjumpai apa yang diinginkan, kotak dibuka dan dijadikan tempat mengalas badan. Kepala pula dilapik dengan beg sekolahnya.
Masa untuk tidur memandangkan hari sudah semakin gelap.
Tetapi entah mengapa matanya tidak mahu lelap. Kata-kata Lucas bermain di kotak ingatannya. Benarkah lelaki itu mencarinya? Jadi ini bermakna, lelaki itu ada di dalam sekolahnya. Memandangkan apa yang dikatakan oleh Lucas menunjukkan bahawa lelaki itu benar-benar berada di dalam sekolahnya.
Tapi siapa? Dia langsung tidak mengambil tahu tentang pergaduhan dia bersama Jennie kerana dia tahu, berita itu pasti akan tersebar. Tapi pergaduhannya dengan Yejin...
Jeonghyun menggeleng kepalanya. Tak mungkin Si Cheng. Mamat itu baru sahaja datang ke Korea pada tahun lepas. Walaupun dia berasal dari China, Jeonghyun yakin bukan lelaki itu. Lagipun umur lelaki itu pasti lebih tua daripada Lucas. Kerana kata Lucas, semasa di universiti, lelaki itu 22 tahun dan Lucas baru sahaja 20 tahun. Lucas mengenali lelaki itu lima tahun yang lepas. Jika diikutkan, umur Lucas pada tahun ini adalah 25. Ini bermakna umur lelaki itu adalah 27 tahun.
Jeonghyun memeluk tubuh. Anak matanya sakan memandang langit yang terbentang bersama bintang-bintang yang menghiasi langit yang pekat itu.
Otak Jeonghyun semakin galak memikir gerangan manusia yang berumur 27 tahun di sekolahnya. Kerana dia yakin, berita yang Lucas perolehi itu pasti daripada orang-orang yang berada di dalam sekolah. Yalah, tak akan orang luar kut? Aduh!
"Semua cikgu dekat situ tua-tua. Mana ada yang muda... Kejap!" Jeonghyun bangun daripada perbaringannya. Jangan kata...
Ah! Tak boleh jadi!
Jeonghyun pantas berdiri. Beg digalas ke bahu. Kotak yang elok berhampar dibiarkan begitu sahaja. Dia perlu lari dari situ. Dia tidak boleh berada di situ.
Aku kena lari! Aku kena lari!
Laju sahaja langkah kakinya berlari meninggalkan tempat tersebut. Dia tidak mahu terserempak dengan orang itu. Sungguh dia tidak mahu. Jika benar apa yang berada di fikirannya, dia tidak akan teragak-agak untuk lari keluar dari Seoul.
Jeonghyun mula berhenti berlari di hadapan 7E yang beroperasi selama 24 jam itu. Dia memerhati pekerja di dalam. Namun tiada walau seorang. Barangkali pekerja di situ pergi ke dalam stor. Jeonghyun menyinis. Bijak sangat orang 7E. Letak pekerja seorang sahaja.
Jeonghyun memerhati sekeliling. Apabila line clear, CCTV dicari. Jumpa sahaja kamera litar tertutup itu, topi yang dipakainya diturunkan ke bawah sebelum kaki mula menapak masuk ke dalam 7E.
Namun belum sempat dia masuk, terasa badannya ditarik dan mulut berserta hidungnya ditekup dengan satu kain yang akhirnya membuatnya pengsan.
-----
"KITA balik ajelah. Kalau berhari-hari kita cari tapi tak jumpa, kita report polis." Ten memberi cadangan.
"Kau buat lawak apa ni? Kita mana boleh report dia hilang. Dia tak ada dekat rumah tu bukan sebab hilang. Sebab dia larikan diri. Lagipun, kau nampak dia pergi. Mana boleh report hilang." Jaehyun membalas. Sungguh dia risau tentang Jeonghyun sekarang ini. Hatinya benar-benar tidak sedap.
"Tak. Sekarang ni, jam dah lewat tau. Esok kau kena bangun pagi lagi."
"Aku tak kisah. Asalkan aku jumpa Jeonghyun. Call Lucas. Tanya dia last jumpa Jeonghyun dekat mana?"
Ten hanya mengikut arahan Jaehyun yang risau tidak serupa bikin. Setelah menelefon dan menamatkan panggilan dengan Lucas, Ten mula memberitahu bahawa kali terakhir Lucas berjumpa dengan Jeonghyun adalah pada petang tadi di hadapan sebuah mall sebelum meninggalkan gadis itu berseorangan.
Ten menggeleng kepala. "Tak faham aku dengan kau orang. Budak sekolah jugak kau orang minat. Sudah lah umur jauh-jauh."
"Diam!" Jaehyun bersuara. Sibuk aje!
![](https://img.wattpad.com/cover/221017775-288-k732917.jpg)
YOU ARE READING
Teacher Jung | Jung Jaehyun NCT [COMPLETED]
De TodoAku tak gila. Aku cuma... Luahkan apa yang aku rasa. Dia orang kata aku sakit tapi... Aku rasa aku sihat. Mungkin dia orang yang salah tafsir aku. Aku hanya gadis biasa yang menanti kehadiran si abang yang berjanji untuk berjumpa dengan aku semula...