LANGKAH kaki Jeonghyun semakin laju mengejar Yejin. Apabila sudah semakin dekat, tangan Yejin dicapai. Dengan penuh kasar Yejin menyentap. Dia berpaling menghadap Jeonghyun.
"10 tahun aku kenal kau, aku tak sangka perangai kau macam ni. Dalam diam perangai kau macam ni Hyun? Duduk serumah dengan cikgu Jung? Apa yang kau fikir ni?"
Jeonghyun menggeleng. "Kau salah faham. Cikgu Jung cuma tumpangkan aku dekat situ. Dia duduk tempat lain."
"Tapi kenapa aku tak tahu pasal hal tu? Aku rasa selama ni kita tak pernah ada rahsia. Tapi kenapa kau rahsiakan benda ni daripada aku?" tubir mata Yejin mula terasa panas. Hati dia sakit. Jeonghyun yang melihat akan hal itu mula terasa perit pada tekaknya.
"Kau percaya apa yang Jennie cakap, Yejin?" dia terkilan.
Yejin mengesat air mata yang mula menuruni pipinya. "Aku tak nak percaya. Tapi bila fikir kau langsung tak pernah buka cerita pasal hal ni, aku rasa Jennie betul."
"Yejin... Kenapa mudah sangat kau percaya kata-kata dia? Kau tahu..."
"Dahlah Hyun. Aku tak ada kawan macam kau. Kau buat hal kau, aku buat hal aku. Jangan panggil aku kawan."
"Tak! Sekarang ni kau kena dengar explanation aku."
"Tak payah. Kau tak ubah macam bapak kau." Yejin terus berlalu pergi.
Jeonghyun tersentak. Kata-kata yang diberikan Yejin lebih sakit daripada kata-kata Jennie tadi walaupun pada hakikatnya kata-kata itu mempunyai maksud yang sama. Namun kesan yang diterimanya lebih sakit.
Akhirnya Jeonghyun terduduk di situ dan menangis. Kenapa kau buat aku macam ni?
-----
KELUAR sahaja dari kelas, Jeonghyun terus naik ke bumbung sekolah. Di situ dia menangis sepuas-puasnya. Habis lima bungkus tisu dia gunakan. Habis sebungkus itu, lagi sebungkus di buka. Tak tahu lah kenapa dia suka membawa berbungkus-bungkus tisu. Nasiblah kecik sahaja.
"Tak habis lagi?"
Teguran seseorang membuatkan Jeonghyun menoleh. Dia pantas bangun.
"Duduk ajelah. Kenapa berdiri." Dengan selamba Si Cheng duduk di sebelah Jeonghyun. Gadis itu menunduk apabila terlihat mata Si Cheng yang memerhati sekeliling. Bersepah dengan tisunya sahaja!
"Nanti aku kemas." Jeonghyun berkata. Hingus ditarik kuat. Langsung tak sopan. Si Cheng hanya tersenyum kecil.
"Sorry tanya tapi betul ke apa yang Jennie cakap?" Si Cheng menyoal tiba-tiba. Jeonghyun menoleh.
"Errr... Aku tahu Jennie nak jumpa kau sebab aku dengar dia suruh Kim Shin panggil kau. Aku ikut dia. Ada la port aku ambil nak menyorok. Aku nampak semua. Dari first kau naik, kau gaduh dengan Jennie sampai kau menangis sebab gaduh dengan Yejin." Si Cheng menerangkan bagaimana dia boleh tahu.
Jeonghyun hanya mengangguk sebelum memandang Si Cheng semula. "So kau percaya?"
Si Cheng angkat bahu. "Entahlah. Nak kata aku tak percaya, apa yang Yejin cakap tu logik. Kau orang dah kawan lama. Semua orang tahu persahabatan kau orang macam mana. Kalau aku percaya, aku tak ada bukti kukuh. Lagipun aku tak rasa perangai kau macam tu. Selama ni pun aku selalu nampak kau dengan Yejin aje. Kalau ada kawan lelaki pun aku rasa pakwe Yejin tu aje."
Jeonghyun tak berkelip mata memandang Si Cheng. Lelaki itu mula menggaru kepala.
"Kau jangan salah faham. Kadang-kadang tu aku terserempak dengan kau orang dekat kedai-kedai makan."
"Macam mana kenal pakwe Yejin?"
"Sebab dengan lelaki tu aje kau orang selalu lepak. Lagipun ramai tahu Yejin tu ada pakwe. Mana ada dah, kan? Atau kau ada member lain?"
"Eh tak!" Jeonghyun menggeleng. "Tak ada." Jeonghyun tersenyum nipis. Berborak dengan Si Cheng dapatlah juga dia tenangkan hati dia.
"Aku... Tak tahu apa sebenarnya yang jadi antara kau dengan cikgu Jung. Tapi aku rasa, better kau jaga-jaga dengan Jennie. Satu sekolah tahu dia suka cikgu tu. Nak-nak pula dia tahu cikgu tu tolong kau. Naik anginlah dia."
Jeonghyun mengangguk. "Thanks ingatkan aku."
Si Cheng sekadar mengangguk dan tersenyum.
YOU ARE READING
Teacher Jung | Jung Jaehyun NCT [COMPLETED]
RastgeleAku tak gila. Aku cuma... Luahkan apa yang aku rasa. Dia orang kata aku sakit tapi... Aku rasa aku sihat. Mungkin dia orang yang salah tafsir aku. Aku hanya gadis biasa yang menanti kehadiran si abang yang berjanji untuk berjumpa dengan aku semula...