TJ - 10

514 58 0
                                    

YEJIN masih lagi tersengih. Yang sebenarnya dia baru sahaja menerima pesanan ringkas berserta gambar yang mengatakan bahawa orang itu akan berjumpa dengannya tidak lama lagi. Dan perkara itu membuatkan Yejin tidak berhenti senyum sedari tadi. Ini bermakna, rindunya selama berbulan tidak sia-sia.

Apa agaknya rasa bila dia bertemu dengan orang itu buat kali pertama setelah sekian lamanya? Perasaan itu tetap sama macam sebelum ni ke?

Yejin memegang pipinya. Sukanya! Sukanya! Sukanya!

Sampai sahaja di rumah, Yejin masih sama. Meroyan macam orang tak betul. Entah mengapa hatinya benar-benar terasa bagaikan mahu melompat keluar. Dia mula teringat suara lelaki misteri yang dijumpainya di hospital tadi. Automatik dia menjerit suka kerana disebabkan suara itu, dia terbayangkan seseorang.

"Sukanya! Sukanya! Suka..."

"Suka apa?"

Eh!

Tingkah laku Yejin yang berfangirling itu terhenti. Macam kenal suara. Terus Yejin memandang si empunya suara. Dan apa yang terbentang di hadapan mata membuatkan lidahnya kelu. Perlahan-lahan dia menghampiri tuan empunya suara. Setiap satu inci pada wajah itu dipandang. Ketinggiannya yang hanya separas bahu lelaki itu membuatkan Yejin mendongak. Tangannya naik menyentuh wajah itu.

"Bogosipeo." Gadis itu berkata perlahan.

"Ne, ne. Nado bogosipeoso." Dan gadis itu dipeluk erat. Yejin membalas. Baru sahaja lelaki itu menghantar pesanan ringkas untuknya, sekarang dia dapat melihat lelaki ini di hadapan mata.

"Kejap." Tubuh lelaki itu ditolak menjauhinya. Dahinya mula berkerut. "Bila sampai sini? Tak bagitahu pun nak datang."

"Flight mendarat pagi tadi. By the way, aku dah bagitahu aku nak datang. Buka balik chat semalam."

Yejin membaca semula chat diberi oleh lelaki ini semalam. "See you... Later?" lelaki itu dipandang. Sebagai jawapan, lelaki itu mengangguk.

"Manalah tahu!" bahu lelaki itu ditolak.

"Sakitlah." Bahu yang sakit itu dipegang. Tak sakit pun. Saja mengada.

"Lagipun... Tadikan kita jumpa."

Yejin berkerut kening. "Bila? Jangan menipu, eh?"

"Betullah. Dekat hospital. Earphone jatuh kan?" lelaki itu mengangkat-angkat keningnya.

"Wah! Jahatnya. Saya takut tau."

"Sorry." Tangan gadis itu digenggam.

Yejin diam. Namun saat matanya terpandang nama yang tertera pada sebentuk cincin yang dimasukkan ke dalam seutas rantai membuatkan dia tidak jadi untuk marah. Tangannya ditarik keluar daripada genggaman lelaki ini.

"Awak pakai?" rantai yang dipakai oleh lelaki ini disentuh.

Lelaki itu mengangguk. "Of course lah. Nama awek dekat sini kut. Kim Yejin. Nice wooo." Ibu jari diangkat tinggi. Yejin tergelak kecil. "Tapi kau tak pakai pun rantai yang ada nama aku. Sepatutnya kau kena pakai juga. Bila kau bosan, kau baca nama tu. Lucas. Hilang rindu kau nanti."

"Mana boleh pakai waktu pergi sekolah."

Lucas tergelak. "Kau ni baik sangatlah. Jadilah macam Jeonghyun. Rare. Semua peraturan dia langgar termasuk tak belajar dan ponteng sekolah."

"Kalau saya tak belajar, nanti nak kerja macam mana? Siapa nak tanggung?"

"Aku kan ada. Aku boleh jaga dan tanggung kau."

Teacher Jung | Jung Jaehyun NCT [COMPLETED]Where stories live. Discover now