KELAS mula bising dengan suara pelajar-pelajar perempuan yang sibuk berborak tentang kehadiran cikgu baru. Ramai di antara mereka yang mengatakan raut muka cikgu itu seperti salah seorang member NCT, Jung Jaehyun. Bertuah awek dia nanti.
"Bila dia nak masuk? Waktu ekonomi hari ini ada satu jam aje." Kepala aku hantukkan ke meja.
"Sabarlah sekejap. Nanti dia..."
Kata-kata Yejin terhenti di situ. Aku tak tahu apa yang menyebabkan dia berhenti. Tapi telinga aku dapat menangkap bunyi kerusi diseret ke belakang. Tidak lama selepas itu, Yejin menyiku aku.
"Hoi! Bangunlah!" Tidak seperti kebiasaan, kali ini Yejin berbisik pada aku. Apa hal?
Aku angkat kepala dan mata aku mula bertembung dengan sepasang anak mata membuatkan langkah aku kaku bagaikan masa mula terhenti.
"Oh my God..." suara yang keluar ini bagaikan dibawa angin bayu. Jejaka dari langit ke ni?
"Selamat pagi!"
Suara yang penuh kuat daripada Kim Shin, ketua kelas membuatkan aku tersedar dan mula bangkit daripada duduk. Apabila pelajar lain mula menunduk, aku juga turut menunduk.
"Selamat pagi. Duduk."
Entah mengapa, detak jantung aku mula laju. Suara dia macam sangat familiar. Tapi di mana aku dengar suara tu?
"Saya Jung Jaehyun. Guru ekonomi baru awak. Saya akan letakkan beberapa peraturan simple." Dan anak mata itu menikam anak mata aku bagaikan sebilah pisau membuatkan aku menunduk.
"Beri perhatian semasa saya bercakap."
Bibir sendiri aku gigit. Dari mana aku dengar suara tu?
"Saya ulang. Beri perhatian semasa saya bercakap. Maksud saya itu adalah, tidak dibenarkan memandang ke arah lain melainkan diri saya sendiri, Park Jeonghyun."
Eh? Nama aku diseru ke?
"Hyun!" Yejin disebelah menyeru. Perlahan-lahan aku mengangkat muka aku. Tika ini, semua pelajar di dalam kelas ini memandang aku. Sudah! Belum apa-apa dah kena mention, apa kes?
"Amaran ketiga daripada saya, beri perhatian semasa saya bercakap. Dan jangan buat kerja lain. Susah sangat nak ikut?"
"Sorry." Aku meminta.
Eh? Aku baru lepas minta maaf ke? Okey, ini bukan diri aku.
"Macam mana kalau saya tak maafkan awak?"
"Tak maafkan sudahlah. Bagi ajelah hukuman apa-apa."
"Ya!" Yejin memukul peha aku.
"Apa?" aku menyoal kasar. Jangan fikir muka dan nama dia sama dengan Jaehyun aku nak berlembut. Choi.
"Berdiri."
Aku akur.
"Ikut saya."
Aku hanya mengikut langkah lelaki ini.
-----
"TAHU apa salah awak?"
Aku sekadar angkat bahu.
"Biadap."
Aku diam. Tika ini aku berada betul-betul di tengah padang. Memang cun sangat bila matahari betul-betul tepat mengena wajah aku. Burn? Sorry lah. Aku peduli ke semua tu?
"Mak bapak awak tak ajar adab ke?"
"Mak saya dah tak ada. Bapak saya penagih dadah." Dengan selamba aku berkata. Wajah lelaki ini langsung aku tak pandang.
Secara jujurnya aku tak tahu gelaran apa yang patut aku panggil untuk dia. Panggil cikgu aku rasa kelakar. Panggil Jaehyun, for sure jarak umur kami melebihi enam tahun.
"Itu bukan alasan untuk awak biadap dengan saya. Ilmu awak..."
"Kalau cikgu nak cakap pasal berkat, jujur saya cakap saya langsung tak berminat nak belajar. Saya tak tahu kenapa sampai sekarang Puan Jung nak biar budak bermasalah dekat sekolah ni. Sepanjang saya sekolah, tak pernah walau sekali pengetua benarkan surat amaran dikeluarkan. Bila saya minta borang berhenti, kerani tak bagi."
Aku memandang lelaki ini dengan muka berkerut menahan panas. Senang cerita, kami saling berpandangan. Aku yakin, dia tak tahu nak kata apa. Lain kali jangan biar aku bercakap. Kelu lidah nak membalas.
"Jadi... Apa hukuman untuk saya yang biadap ni?"
"Diri dekat situ sampai tamat waktu saya. Jangan bergerak walau hanya hujung jari." Nada suaranya dikeraskan.
"Okey, then." Aku mengangkat bahu. Easy!
Selepas aku membalas, dia terus berlalu dari sini. Memandangkan kedudukan padang ini berdekatan dengan kafe, jadi semua pelajar disuruh turun dan pembelajaran diadakan di kafe bagi tujuan memantau aku. Kononnya. Huh.
-----
YEJIN menelan liur. Sedari tadi dia memerhati Jeonghyun yang sedang berdiri di tengah panas. Sesekali dia memerhati wajah Jeonghyun. Apa yang diajar oleh Jaehyun langsung tidak melekat di kepala. Dia lebih risaukan Jeonghyun sekarang ni.
"Yejin!"
Yejin menoleh ke arah Jaehyun.
"Pay attention, can you?"
"Tapi cikgu. Jeong..."
"Kenapa awak nak peduli pasal dia? Siapa yang beri ilmu pada awak sekarang ni? Dia atau saya?"
"Tapi Jeonghyun tak boleh berdiri tengah panas. Dari pagi dia tak makan."
"Itu bukan masalah saya." Jaehyun membalas tanpa nada.
"Kesiankanlah dia sekurang-kurangnya cikgu. Dia..."
"Cikgu, Jeonghyun rebah!"
Anak mata Yejin membulat besar.
YOU ARE READING
Teacher Jung | Jung Jaehyun NCT [COMPLETED]
De TodoAku tak gila. Aku cuma... Luahkan apa yang aku rasa. Dia orang kata aku sakit tapi... Aku rasa aku sihat. Mungkin dia orang yang salah tafsir aku. Aku hanya gadis biasa yang menanti kehadiran si abang yang berjanji untuk berjumpa dengan aku semula...