TJ - 29

444 45 0
                                    

YEJIN memandang telefonnya. Gelap. Tiada pesanan daripada Lucas. Sejak kejadian tempoh hari, Lucas sudah tidak menghubunginya. Pesanan ringkas juga dia tidak terima.

Telefon di baling ke sebelah. Yejin mendengus. Semua salah Jeonghyun. Sebab Jeonghyun dia bergaduh dan putus dengan Lucas. Padahal hubungan mereka baru sahaja beberapa bulan. Semua salah Jeonghyun.

Huh!

Telefonnya berbunyi. Dengan pantas dia mengangkat kerana sangkanya panggilan itu daripada Lucas namun sayangnya bukan. Daripada nombor yang tidak dikenali. Terus dia mencampak semula telefon tersebut ke sebelah. Malas mahu layan. Scammer lah tu.

Bantal peluk dicapai. Mata dilelapkan. Namun sekali lagi telefonnya berbunyi. Yejin geram. Dia bangun bersandar pada katil. Dengan hati yang membara dia mengangkat panggilan tersebut.

"Nak apa?!"

"Yejin kau kena jumpa aku sekarang."

Berkelip-kelip mata Yejin. Telefon dijauhkan daripada telinga. Nombor yang tertera di skrin di pandang. Tak pernah nampak pun. Mana dapat nombor?

"Siapa ni?"

"Si Cheng."

Si Cheng?

"Si Cheng mana pulak ni?"

"Chen, Chen."

"Ohhh..." membulat bibirnya. Baru dia tahu siapa. Mamat China yang masuk ke sekolahnya tahun lepas.

Gelaran Chen sudah melekat pada Si Cheng sejak tahun lepas lagi. Semua sebab mulut Jeonghyun yang mengatakan nama Si Cheng itu pelik. Dan akhirnya Jeonghyun menggelarkan Si Cheng sebagai Chen memandangkan dia meminati Chen Exo. Lol.

Mengingatkan gadis itu, hati Yejin kembali membara.

"Malas. Aku nak tidur. Bye."

"Sabar Yejin."

"Kau pergilah call Hyun ajak jumpa. Kau kan suka dia."

"Macam mana aku nak call kalau phone dia ada dekat aku?"

"Hah?"

"Jeonghyun hilang."

-----

"KAU tipu kan? Kau orang prank aku supaya aku berbaik dengan dia, kan?" jari telunjuknya tepat mengena batang hidung Si Cheng.

"Aku tak tipu. Sumpah! Ni..." sebuah telefon ditolak pada Yejin. "Handphone Jeonghyun, kan?"

Yejin mencapai. Button on ditekan. Ada password. Nombor-nombor pada skrin tersebut ditekan. Terbuka! Yejin kelu lidah kerana password telefon Jeonghyun merupakan gabungan tarikh lahirnya dan Jeonghyun. 24 dan 25. Sangkanya Jeonghyun sudah menukar kata laluan. Rupanya tidak.

"Mana kau jumpa?"

"Depan tu." Jari mula menunjuk ke arah 7E yang bertentangan dengan restoran yang mereka duduk sekarang ini.

"Bila kau jumpa?" Yejin mula menyoal.

"Dah lama." Si Cheng membalas selamba.

Yejin tergamam. "Dah lama tapi baru sekarang kau bagitahu aku?" ada nada tidak berpuas hati pada ayat Yejin.

Si Cheng menggaru kepala. Tidak tahu apa yang perlu dia balas kerana sudah memang salah dia.

Yejin pantas bangkit. "Ikut aku."

"Buat apa?"

"Ikut ajelah!"

Teacher Jung | Jung Jaehyun NCT [COMPLETED]Where stories live. Discover now