TJ - 33

467 48 1
                                    

BEBERAPA hari berlalu dan Jeonghyun sampai di satu tempat yang sangat-sangat asing baginya. Dia berada di Thailand. Tempat di mana dia dan Yejin ingin melancong tapi... Dia tidak sangka dia 'malancong' terlebih dahulu tanpa Yejin di sisinya.

"Jalan!" tubuh Jeonghyun di tolak. Tika ini dapat dia melihat beberapa orang anak gadis yang menjadi mangsa pemerdagangan. Bukan dia seorang sahaja. Apa yang membuatkan dia lebih terkejut adalah apabila terdapat lima orang lelaki yang masih remaja. Barangkali sama sepertinya.

Mereka dikumpulkan di satu tempat seakan gudang. Di situ, Jeonghyun dapat melihat nasib mereka yang sama dengannya. Dan tika ini, Jeonghyun dapat simpulkan, peluang untuk dia melarikan diri agak cerah. Dia boleh mengajak sesiapa yang mahu lari bersamanya.

Jeonghyun memerhati sekeliling. Jalan-jalan di dalam gudang tersebut di perhati satu-persatu dengan teliti. Memandangkan memorinya sangat kuat, dia mampu untuk menghafal jalan-jalan di sini. Bukan semua tapi cukup untuk buatkan dia keluar dari tempat itu.

"Kau pandang apa?" soal seorang lelaki yang membawa Jeonghyun. Kepala Jeonghyun ditolak daripada belakang membuatkan gadis itu tertunduk.

Jeonghyun mengetap giginya. "Tak payahlah tolak kepala aku. Nak pakai lama lagi." Jeonghyun membalas. Dia sudah lama bersabar.

"Kau cakap apa?" tubuh Jeonghyun ditarik kasar supaya menghadapnya. "Aku tanya kau cakap apa?!" dia menjerkah di hadapan gadis itu. Jeonghyun hanya mendiamkan diri. Apabila gadis itu tidak membalas pertanyaannya, lelaki itu terus memukul kepala Jeonghyun dengan kuat sebelum rambut gadis itu ditarik.

"Aku tanya, kau cakap apa?!"

"Kau pekak ke?" Jeonghyun masih menjawab dengan biadap.

"Apa?" semakin kuat rambut Jeonghyun ditarik.

"Pekak." Perkataan itu diulang. Kemudian Jeonghyun meludah ke arah muka lelaki tersebut.

Lelaki bertubuh gempal itu terkedu dengan tindakan Jeonghyun. Baru sahaja dia mahu menaikkan tangannya, satu suara menegurnya.

Lelaki bertubuh gempal itu menoleh ke arah empunya suara. Begitu juga dengan Jeonghyun. Reaksi Jeonghyun dan lelaki bertubuh gempal itu sangat berbeza. Jeonghyun memandang lelaki yang menegur tadi dengan riak muka yang sangat terkejut.

"Kau tahu King sayang sangat perempuan ni. Jagalah elok-elok," kata lelaki yang menegur tadi sambil mengunyah gula-gula getah dengan gaya selamba.

"Tapi..."

"Blah. Biar aku jaga perempuan ni." Tangan Jeonghyun yang berada di dalam pegangan lelaki bertubuh gempal itu ditarik. "Blah," arah lelaki itu sekali lagi. Lelaki bertubuh gempal itu pun berlalu.

"Ikut aku."

"Tapi kenapa?" suara Jeonghyun bergetar. "Kenapa kau buat aku macam ni?" tubir matanya mula bergenang. "Aku fikir kau..."

"Kau boleh diam tak? Ikut aje aku." Jeonghyun diseret supaya mengikutinya.

-----

IKATAN terakhir dimatikan. Jeonghyun mencerlung tajam lelaki yang sudah berdiri di hadapannya ini.

"Aku tak patut rapat dengan kau dari dulu lagi."

Lelaki itu tersenyum senang hati mendengar kata-kata Jeonghyun. Gula-gula getah disumbat ke dalam mulut dan dikunyah. Lengan bajunya disinsing sehingga ke siku menampakkan tattoo bernombor sepuluh di pergelangan tangannya.

Ten membongkokkan tubuhnya separas kepala Jeonghyun. "Kau boleh marah aku sekarang. Satu hari nanti kau akan berterima kasih pada aku."

"Pergi mampus!"

Ten gelak. Badannya ditegakkan. "Patutlah Jaehyun setia dengan kau. Jiwa kental."

"Kau nak apa?"

"Tak ada apa." Ten angkat bahu. "Cuma ingat, apa pun yang jadi lepas ni, kau kena sediakan mental dan fizikal yang kuat. Jangan lari daripada niat kau." Habis sahaja ayatnya, Ten berlalu dari siru.

Jeonghyun diam. Dia tidak faham dengan kata-kata Ten. Apa yang lelaki itu maksudkan sebenarnya?

Teacher Jung | Jung Jaehyun NCT [COMPLETED]Where stories live. Discover now