TJ - 5

610 59 0
                                    

SEMAKIN kuat tangisan anak kecil itu apabila melihat ibunya disebat berkali-kali dengan tali pinggang. Lelaki yang berusia awal 30-an itu diperhati sambil bibir kecil milik si anak kecil itu meraung dan menangis meminta supaya dihentikan perbuatan yang menyakitkan terhadap ibunya itu.

Namun kata-katanya bagaikan angin lalu. Rayuannya supaya lelaki itu berhenti tidak diendahkan. Maka dengan penuh keberanian, anak kecil yang baru sahaja berumur empat tahun ini berlari untuk mendapatkan si ibu.

"Ayah jangan!" badan si ibu dipeluk. Si ayah automatik menghentikan perbuatannya. Namun wajah garang si ayah masih jelas kelihatan. Dengan perasaan amarah yang semakin membuak, si ayah menolak anak kecil itu menjauhi si ibu. Semakin galak anak kecil itu meronta supaya si ibu dilepaskan.

"Diam!" si ayah menjerkah. Terus, tanpa belas kasihan, si ayah menampar wajah si anak bertalu-talu menyebabkan si anak mula mendiamkan diri akibat semakin lemah.

Si ibu yang melihat kejadian itu terus menolak si ayah supaya menjauhi gadis kecil itu. Tubuh si ayah di tumbuk berkali-kali bagi melampiaskan kemarahan dalam diri.

"Jantan tak guna!" tumbukan diberi semakin menjadi-jadi.

PANG!

Dengan sekali tamparan, si ibu senyap. Si anak kecil hanya memerhati bersama air mata yang mengalir tanpa disedari.

-----

"IBU..."

Jaehyun meletakkan jag di atas meja setelah selesai menuang air ke dalam gelas. Jeonghyun yang mengigau dipandang. Tangannya dibawa naik menyentuh dahi gadis itu.

Panas.

Tanpa banyak kata, Jaehyun terus membangunkan Jeonghyun. Perlahan-lahan kelopak mata gadis itu terbuka.

Apa yang Jeonghyun nampak adalah siling. Dan dia tahu dia berada di mana. Bilik kesihatan sekolah. Sebab mengapa dia berada di sini juga dia seakan tahu kerana badannya terasa seakan sengal-sengal dan berbahang. Dia juga tidak larat. Apabila dia membuka mata, terasa kepalanya berdenyut.

"Bangun, makan ubat."

Suara di sebelah kirinya membuatkan Jeonghyun menoleh dengan sangat pantas. Kesannya pandangan gadis itu mula berbalam menyebabkan dia kembali memejamkan mata.

"Buka mata. Biasakan dengan suasana sini." Tuan empunya suara bersuara lagi.

Jeonghyun kembali membuka matanya. Apabila dia mahu bangun, dengan pantas tangan Jaehyun laju mahu membantu namun, tangan gadis itu lebih pantas menepis membuatkan tindakan Jaehyun mati. Mungkin gadis itu marah dengannya.

"Saya tak marah cikgu tapi saya tak suka orang pegang saya. Sorry." Jeonghyun berkata perlahan. Anak tekaknya terasa perit.

"Tak apa. Makan ubat." Sebiji panadol dihulur pada Jeonghyun sebelum dia menarik semula panadol tersebut sebelum sempat Jeonghyun mengambilnya. Berkerut kening gadis itu.

Dah kenapa?

Jaehyun memandang jamnya yang sudah menunjukkan angka 12. Kata Yejin sebelum Jeonghyun pengsan tadi, gadis itu tidak makan pagi.

"Tunggu sini sekejap. Jangan makan ubat tu lagi. Saya tertinggal barang."

"Okey," balas Jeonghyun sepatah. Sebagai balasan, Jaehyun terus keluar dari bilik kesihatan itu dan kepergiannya mengambil masa selama lima belas minit sebelum dia kembali ke bilik kesihatan itu.

"Nah." Sebungkus roti dihulur pada Jeonghyun. "Makan. Lepas tu makan ubat."

Tanpa banyak songeh, Jeonghyun terus mengambil roti tersebut dan makan hingga habis. Setelah selesai makan ubat, Jaehyun menyuruhnya berehat sebelum sekali lagi dia keluar dari bilik kesihatan untuk ke kelas.

Manakala Jeonghyun yang terpaksa berehat ini mula termenung memandang siling. Satu perasaan yang jarang bertamu di hati mula menyinggah.

"Seronoknya ada pakwe." Dan dia mengeluh sendiri.

Teacher Jung | Jung Jaehyun NCT [COMPLETED]Where stories live. Discover now