KING tersenyum ke arah Ten. Gadis yang dibawa oleh Ten itu diperhati. Dan dalam pemerhatiannya, gadis itu sangat lain pada pandangannya. Fizikalnya berbeza. Gadis ini kelihatan sedikit kurus berbanding sebelumnya dan sedikit... Tinggi.
"So... Kau pasti dengan keputusan kau?" King menyoal tiba-tiba. Senyuman lebarnya menghiasi wajah. Penuh makna.
"Kau merepek apa?" Ten membalas tanpa dapat menghidu maksud tersirat King.
"Kau pasti, kau tak nak lari macam perempuan yang kau bawa lari tu?" soal King sekaligus membuatkan Ten menelan liur. Hood yang menutup muka gadis yang dibawa oleh Ten ditarik ke belakang. "Aku dah agak permainan kau."
"Tangkap sampah ni dan cari perempuan tu sampai dapat!" King menjerit pada anak-anak buahnya. Tanpa sempat Ten dan Lisa lari, mereka terlebih dahulu ditangkap.
Shit!
-----
LARIAN Jeonghyun semakin laju meredah hutan apabila telinganya menangkap bunyi tembakan. Dia berlari sekuat hati.
Lari dan terus lari sehingga dengan tidak sengaja kakinya tersadung akar kayu yang menjalar. Kesannya dia terjatuh menyebabkan kakinya terseliuh.
Jeonghyun membuka kasutnya. Pergelangan kakinya disentuh. "Awh!"
Sebaik telinganya menangkap bunyi bising dari arah belakang, dia pantas bangun dan menyebabkan dia mendecit sakit. Baru beberapa langkah dia berjalan, dia kembali jatuh.
Jeonghyun tidak mengalah. Dengan kudrat yang bersisa, dia bangkit dan mula menapak. Namun perkara sama yang terjadi. Dia kembali jatuh. Cubaan ketiga dilakukan dan kali ini nasibnya menjadi semakin malang apabila ada sebutir peluru yang menembusi lengannya menyebabkan dia menjerit kuat lalu terbaring lemah di atas tanah.
Kali ini Jeonghyun mengalah. Dia lebih rela mati daripada terus begini. Matanya mula mahu tertutup.
"Hold on."
Tika ini, terasa hoodienya ditarik keluar dan meninggalkan t-shirt putih yang tersarung di tubuh. Suara itu sangat familiar di telinga Jeonghyun.
Selepas itu, dia menangkap bunyi kain dikoyak sebelum terasa ada satu kain yang diikat pada lengannya sambil telinga mendengar sebaris ayat yang membuatkan dia mengukir senyuman walaupun kecil.
"Jangan tinggalkan abang."
Terasa bagaikan ada air yang menitis di atas wajah Jeonghyun. Namun malangnya gadis itu tidak mampu membuka matanya dan akhirnya mata Jeonghyun tertutup rapat. Mungkin sudah tiba masanya untuk dia hilangkan kesakitan di dunia.
-----
"SAKIT." Gadis kecil itu mencebik. Matanya sudah berair mahu meminta simpati.
Jaehyun mengeluh. "Kan dah pesan jangan lari. Tak pasal-pasal jatuh." Tubuh kecil Jeonghyun di dukung dan dibawa pulang ke rumah.
Jeonghyun diletakkan di atas sofa. Jaehyun sudah mengeluarkan ubat sapu dari dalam poket seluarnya lalu disapu pada lutut Jeonghyun yang luka. Sebelum menyapu ubat, dia menyuci luka tersebut. Kemudian dihembus dan ditampal plaster.
"Siap." Ubat sapu ditutup. Ruang kosong di sebelah Jeonghyun diambil. "Lepas ni hati-hati." Kepala gadis kecil itu diusap dan dicium sayang.
YOU ARE READING
Teacher Jung | Jung Jaehyun NCT [COMPLETED]
RandomAku tak gila. Aku cuma... Luahkan apa yang aku rasa. Dia orang kata aku sakit tapi... Aku rasa aku sihat. Mungkin dia orang yang salah tafsir aku. Aku hanya gadis biasa yang menanti kehadiran si abang yang berjanji untuk berjumpa dengan aku semula...