DISEBABKAN oleh keadaan Jeonghyun yang semakin teruk, Yejin terpaksa pulang ke rumah seorang diri kerana awal-awal lagi Jaehyun sudah membawa Jeonghyun ke hospital berikutan suhu badan Jeonghyun yang semakin meningkat.
Untuk itu dia mengeluh. Bosanlah hidup dia nanti. Walaupun Jeonghyun kerap ponteng sekolah dan waktu persekolahan Yejin dihabiskan dengan meluangkan masa seorang diri, namun setiap kali balik dari sekolah, Jeonghyun akan menunggunya di hadapan pintu pagar sekolah dan gadis itu akan menemaninya sehingga ke rumah.
Kadang-kadang Yejin pelik juga dengan Jeonghyun. Pemalas datang sekolah, tapi teman dia balik sampai ke rumah boleh pulak datang. Aish! Tak kisahlah yang penting dia tahu Jeonghyun sahabat dia sampai bila-bila.
Masuk sahaja ke dalam rumah, Yejin memandang sekeliling. Sunyi. Agaknya beginilah kehidupan Jeonghyun. Tiada yang menunggu ketibaannya semasa dia pulang dari sekolah. Kadang-kadang, Yejin terasa bagaikan dia tidak mempunyai orang tua. Kerana setiap kali dia pulang ke rumah dia langsung tidak melihat batang hidup Puan dan Tuan Kim. Jika ada pun hanya sebentar sahaja di rumah dan kemudian keluar semula. Dia sendiri tidak tahu apa yang menyebabkan orang tuanya begitu sibuk.
Yejin mengeluh.
Gegaran telefon yang berada di dalam poket uniform sekolah membuatkan langkah kakinya yang mahu ke tingkat atas terhenti. Pesanan ringkas daripada seseorang dibuka.
사랑
See you later ❤Tidak tahu dengan maksud tersirat yang diberikan itu, Yejin sekadar tersenyum dengan pesanan yang mempunyai emoji love itu sebelum jari-jarinya pantas menulis 'okay' dan di hantar pada si tukang hantar pesanan tadi.
-----
"FLIGHT jam berapa?" jari-jemarinya laju menulis sesuatu pada papan kekunci komputer. Matanya fokus memandang skrin di hadapan mata sambil bibir laju bertanya pada pembantu peribadinya.
"Jam lapan malam tuan."
Sehabis kata pembantu peribadinya itu, jam di tangan di tilik sebelum wajah pembantu peribadinya di pandang.
"Siapkan kereta. Saya nak balik ke rumah sekarang," kata lelaki itu memberi arahan sebelum jari-jarinya kembali menekan papan kekunci untuk menyiapkan tugasan terakhir.
"Errr... Tapi tuan, kalau big bos tan..."
"Awak cakap aje saya ada outstation dekat Korea. Ingat... Sebulan."
"Tapi..."
"No excuses Jane." Matanya tajam mencerlung anak mata Jane.
"Ba-baik tuan. Saya pergi sekarang."
Dengan langkah yang tergesa-gesa Jane keluar dari bilik tersebut. Sebaik sahaja Jane keluar, lelaki tersebut terus meregangkan tubuh badannya bagi menghilangkan segala lenguh akibat dirinya yang sangat kuat bekerja. Selesai sahaja kerjanya, komputer di tutup dan barang-barang yang bersepah di atas meja dikemas dan di susun dengan elok. Pemergiannya ke Korea adalah selama sebulan. Jadi dia tidak mahu meninggalkan segala sampah di biliknya.
Sebelum dia keluar, sempat dia mengambil sebingkai gambar yang diletakkan di atas meja kerjanya. Dikucup gambar itu dan dimasukkan ke dalam briefcase. Seutas rantai yang dimasukkan sebentuk cincin bersama nama yang tertera dikucup sebelum dipakai.
Satu senyuman manis terukir sebelum dia keluar dari biliknya bersama rasa berkobar di hati.
YOU ARE READING
Teacher Jung | Jung Jaehyun NCT [COMPLETED]
AcakAku tak gila. Aku cuma... Luahkan apa yang aku rasa. Dia orang kata aku sakit tapi... Aku rasa aku sihat. Mungkin dia orang yang salah tafsir aku. Aku hanya gadis biasa yang menanti kehadiran si abang yang berjanji untuk berjumpa dengan aku semula...