RAMBUT hadapan aku, aku tiup. Masuk sahaja di dalam kelas, aku terus letak beg dan keluar. Jam tangan aku perhati. Lagi lima minit kelas untuk subjek kedua mula. Subjek paling aku benci.
Ekonomi.
Mengingatkan mata pelajaran itu membuatkan aku memutarkan bola mata aku. Tolonglah, aku paling benci benda-benda macam tu. Sudahlah kelas aku aliran perniagaan. Huh!
Bola mata aku berputar untuk kali kedua.
Kaki aku menapak ke tangga untuk menuju ke bumbung sekolah. Tempat biasa aku lepak sepanjang waktu persekolahan. Heh. Sebab tu aku tak kisah kalau pengawal tadi tak benarkan aku masuk sekolah. Sebab kalau aku masuk pun, aku bukan pergi belajar. Melepak. Tapi sebab pengetua benarkan aku masuk, aku masuklah. Aku pun tak tahu apa yang pengetua tu nampak pada aku.
Jika ikutkan, aku sepatutnya dah kena buang sekolah. Tapi sehingga sekarang, pengetua tidak mahu buang aku dari sekolah ni. Ada yang tahu kenapa? Heh. Aku ni punyalah tunggu masa kena buang, tapi dia langsung tak keluarkan surat amaran.
Earphone aku masukkan ke dalam telinga. Ada baik aku dengar lagu NCT. Berangan macam Jaehyun aku punya. Aku pun bahagia. Hmmm...
-----
"NAK makan apa?" Yejin di sebelah menyoal.
"Tak nak."
"Serius?" Yejin bertanya lagi.
"Hmmm." Aku membalas.
Selepas 10 minit Yejin pergi beli makanan, dia datang dengan dua bungkus kimbap.
"Aku cakap aku tak nak makan." Sekali lagi aku mengulang kata-kata aku tadi.
"Siapa kata aku bagi kau?" dengan selamba sebungkus kimbap diambil dan dimasukkan ke dalam poket baju uniform.
Tsk. Tak guna.
"Dah lah. Aku nak blah."
"Tunggulah aku."
"Kau boleh makan sambil jalan."
"Mak aku kata tak sopan."
"Bye," kata aku lalu terus bangun dan meninggalkan Yejin.
Tika ini dapat aku dengar seretan kerusi secara kasar bersama bebelan. Heh. Marah aku tapi ikut jugak.
-----
"HANDSOMENYA! Handsomenya!" Yejin di sebelah aku mula berfangirling bila ada bahagian pada lagu Kick It yang menayangkan wajah Lee Taeyong. Peminat setia NCT minah ni. Aku baru sahaja minat dalam beberapa bulan lepas. Semua sebab dia. Asyik-asyik NCT. Habis punah jiwa Carat aku. Heh.
"Dah habis!" dengan pantas aku masukkan telefon ke dalam poket baju. Pemandangan langit di atas bumbung sekolah aku perhati.
"Best kan kalau dapat jumpa prince charming." Yejin di sebelah aku mengeluh. Apahal minah ni?
"Dah jumpa, kan?"
"Jauh."
Senyuman sinis aku terukir. "Siapa suruh pilih yang jauh? Nasib engkaulah."
"Hmmm... Dah tersuka. Nak buat macam mana?"
Aku memerhati Yejin di sebelah. Raut wajah dia mula muram.
"Jauh tu tak kisah. Yang penting dia setia dengan engkau. Okey dah." Senyuman manis aku beri padanya. Yejin mula memandang aku dan memberi aku senyuman lebar. Lega aku tengok senyuman dia.
Yejin meletakkan kepalanya di atas bahu aku dan mula untuk melelapkan mata. Begitu juga dengan aku. Namun tak sampai beberapa saat, Yejin mengangkat semula kepalanya dan mula bersuara, "Dengar cerita, ada cikgu baru nak masuk sekolah kita."
Aku masih memejamkan mata. Langsung tidak berminat dengan kata-kata Yejin.
"Cikgu lelaki."
Masih diam.
"Muka dia macam Jung Jaehyun NCT!"
Mata aku terbeliak.
"Serious?!"
YOU ARE READING
Teacher Jung | Jung Jaehyun NCT [COMPLETED]
De TodoAku tak gila. Aku cuma... Luahkan apa yang aku rasa. Dia orang kata aku sakit tapi... Aku rasa aku sihat. Mungkin dia orang yang salah tafsir aku. Aku hanya gadis biasa yang menanti kehadiran si abang yang berjanji untuk berjumpa dengan aku semula...