TJ - 37

484 48 0
                                    

WAJAH pucat itu diperhati. Senyuman kecilnya terukir. Tangan kecil gadis itu dibawa ke dalam genggaman tangan kanannya lalu dikucup. Manakala tangan kirinya mengusap kepala gadis yang senang elok terbaring di atas katil.

Sudah seminggu berlalu, namun gadis itu masih belum menunjukkan tanda-tanda bahawa dia mahu bangun daripada lenanya.

Jaehyun bangkit. Wajah gadis itu dihampiri sebelum dahi gadis itu dikucup. Setitis air matanya jatuh.

-----

TEN bangkit saat Jaehyun keluar dari wad Jeonghyun. "Macam mana?"

Jaehyun menggeleng. "Sama." Dia bersandar lemah pada kerusi. Rambut diselak sehingga ke belakang.

"Tunggu ajelah sampai dia sedar." Bahu Jaehyun ditepuk.

Nafas berat, Jaehyun lepaskan. Sahabat yang baru dikenali itu dipandang.

Jaehyun mengenali Ten dua tahun yang lepas secara tidak sengaja ketika dia hampir diragut di hadapan bank semasa di China. Ten merupakan seorang pegawai polis yang bertugas di bahagian penjenayah. Dia ditugaskan menjadi penyamar semasa menjalankan siasatan. Itu apa yang dia lakukan semasa Jeonghyun diculik tempoh hari. Kadangkala dia akan bertugas di luar negara kerana penjenayah tidak akan duduk setempat.

Ketika hari Si Cheng dan Yejin datang ke rumahnya, Yejin ada menunjukkan video bagaimana penculikan itu berlaku. Waktu itu, Jaehyun buntu. Akibat terlampau risau, dia menghubungi Ten meminta bantuan. Dan ketika Ten menyelidiki latar belakang penculik tersebut, dia terus bertindak mahu membantu Jaehyun kerana penculik yang menculik Jeonghyun itu sememangnya suspek yang diburu pihak polis Thailand akibat kes pemerdagangan manusia.

Bambam yang kononnya merupakan orang kuat King juga merupakan seorang pegawai polis. Pada mulanya Ten tidak terlibat dengan kes tersebut. Namun apabila mendapati Jeonghyun merupakan salah seorang mangsa pemerdagangan, dia cuba berunding dengan pihak atasan supaya diberi kelonggaran untuk turut mengendalikan kes tersebut supaya dia dapat berhubung dengan Jaehyun. Dan setelah diberi pelepasan oleh pihak atasan, Bambam membawa Ten untuk berdepan dengan King. Dengan mudah, Ten diterima masuk.

Pada hari Ten kantoi bersama Lisa, teruk dia dibelasah oleh orang-orang King menyebabkan Bambam mengambil tindakan drastik menghubungi rakan setugasnya supaya menghantar team mereka ke gudang tersebut. Hampir sahaja nyawa Ten putus saat itu. Namun dia sempat di bawa ke hospital.

Dan di sinilah dia. Berada di hospital yang sama dengan Jeonghyun bersama tangan yang bersimen dan berbalut begitu juga dengan kaki akibat hentakkan yang kuat semasa anak buah King memukulnya menggunakan besi.

"Thanks. Kalau kau tak tolong aku, aku tak tahu apa jadi pada Jeonghyun."

Ten senyum. "Tak ada hal lah." Tangan kanannya yang bebas itu menumbuk bahu Jaehyun.

"Rancak borak."

Kedua jejaka itu menoleh ke arah empunya suara. Lisa. Gadis itu yang turut membantu Ten menyamar sebagai Jeonghyun.

Dia berjalan menghampiri Ten. Tangan kiri Ten yang bersimen itu dipukul kuat.

"Awh! Sakitlah!"

"Aku suruh duduk dalam, rehat kan? Kenapa duduk sini? Kau bangun sebelum aku pukul kau sampai putus tangan."

Ten memutarkan bola mata. "Annoying gila."

Lisa mendengus. "Fine!" Dia berlalu daripada situ.

Ten menggeleng. Jaehyun menyiku lengan Ten. "Pergilah. Nanti lama dia merajuk."

"Yalah." Ten membalas sambil cuba untuk bangun. Tongkatnya diambil. Dengan terhincut-hincut, dia berlalu pergi.

Jaehyun senyum. Dia kembali masuk ke dalan wad Jeonghyun. Ketika dia masuk, gadis itu sudah membuka matanya. Jaehyun senyum kelegaan. Terus tanpa menunggu, doktor dipanggil.

Teacher Jung | Jung Jaehyun NCT [COMPLETED]Where stories live. Discover now