Flashback - 7 Tahun Kemudian
JEONGHYUN berdiri di hadapan bangunan sekolah sambil tangan menyeluk masuk poket hoodie. Di atas kepalanya terdapat topi hitam. Telinganya disumbat dengan earphone. Perkara biasa yang dia lakukan ketika keluar. Ketika ini umurnya sudah menginjak angka 13. Namun sehingga sekarang dia tidak pernah merasa bagaimana belajar di sekolah. Dan dia, tidak pernah terniat di hati mahu bersekolah. Heh. Menyusahkan. Ada baiknya dia melepak dan makan.
Apabila melihat sekumpulan besar pelajar-pelajar yang mula berjalan ke luar pagar, Jeonghyun mula duduk di perhentian bas yang terdapat di luar sekolah. Lagu dipasang kuat. Tidak mahu mendengar bisikan pelajar-pelajar. Annoying.
Lima minit dia duduk di situ sebelum bahu Jeonghyun di sentuh. Tidak perlu dia menoleh, dia sudah tahu gerangannya. Earphone di sebelah kanan ditarik keluar.
"Nak pergi makan, tak?" Yejin menyoal. "Aku belanja." Senyuman diberikan pada Jeonghyun.
Kedua gadis ini sudah berkenalan sejak mereka berumur 7 tahun. Ketika itu, keluarga itu baru berpindah di kawasan perumahan tempat tinggal Jeonghyun. Waktu itu, Jeonghyun tinggal di rumah seorang diri disebabkan satu kejadian sehingga sekarang menyebabkan dia bebas ke mana sahaja waktu itu. Perkara tersebut membuatkan dia bertemu dengan seorang Kim Yejin. Dan mereka berkawan sehingga ke hari ini.
"Aku okey aje," balas Jeonghyun sambil mengangkat bahu gaya selamba. Orang dah belanja, tak akan nak tolak, kan? Orang beri, kita ambil. Kalau tak bagi, buat bodoh ajela. Simple.
"Okey jom," ajak Yejin lalu menarik tangan Jeonghyun supaya mengikutinya.
-----
"DENGAR cerita, family kau buat bisnes." Jeonghyun bersuara. Selepas makan, mereka mula berjalan untuk ke kedai buku.
Yejin mengangguk.
Jeonghyun senyum. "Harapnya menjadilah."
"Thanks," ucap Yejin lalu memeluk bahu Jeonghyun.
Sampai sahaja di kedai buku, masing-masing buat haluan sendiri. Yejin ke bahagian buku latihan manakala Jeonghyun ke bahagian majalah-majalah hiburan. Boleh cuci mata sikit tengok Seventeen. Mingyu handsome!
"Tak habis-habis Seventeen." Yejin menegur. Ditangannya terdapat beberapa buah buku. "Baik minat NCT."
Jeonghyun memutarkan bola matanya. Epop diletak ke tempat asal. "Sorry. Carat dan NCTzen tak boleh bersatu. Dah blah."
"Alah, kau nak ke mana?"
Jeonghyun yang baru berjalan beberapa tapak itu menoleh. "Tak nak bayar ke? Aku fikir kau dah habis borong." Tubuh sendiri di peluk.
Yejin tersengih. Kemudian mula berjalan beriringan dengan Jeonghyun. Selesai sahaja membuat pembayaran, mereka keluar dari situ. Cadang Yejin, dia mahu menonton wayang namun ditolak oleh Jeonghyun kerana dia tidak suka suasana sejuk di dalam panggung wayang. Namun apabila didesak oleh Yejin, akhirnya Jeonghyun akur.
Selesai membuat pembayaran tiket, mereka duduk di ruangan menunggu yang berdekatan dengan panggung wayang. Cerita yang mereka mahu tonton itu akan ditayangkan lagi satu jam setengah. Jadi, mereka masih mempunyai banyak lagi masa untuk melepak.
"Yejin?" satu suara menegur membuatkan kedua gadis itu mendongak.
"Pengetua!" Yejin bangkit. Namun tidak bagi Jeonghyun. Selepas melihat, gadis itu hanya membuat bodoh sahaja dan matanya mula fokus pada skrin telefon.
"Siapa ni? Tak pernah nampak pun." Wanita yang digelar sebagai pengetua itu bertanya. Jeonghyun yang masih duduk itu dipukul oleh Yejin membuatkan gadis itu bangkit daripada duduknya. Earphone yang dipakai juga dicabut kedua-dua belah.
"Jeonghyun, ya?" wanita itu bertanya.
Jeonghyun mengangguk. "Ya, saya."
"Sekolah mana?"
"Errr... Saya tak bersekolah."
Membulat mata wanita itu. "Berhenti ke?"
"Eh, tak! Saya memang tak bersekolah sejak kecil lagi." Tanpa segan Jeonghyun berkata. Fikir dia kisah ke? Lebih baik dia jujur daripada dia menipu semata-mata untuk kelihatan bagus. Heh.
"Ohhh..." wanita itu mengangguk. "Panggil saya Puan Jung."
Erk? Jeonghyun kelu lidah mahu membalas. Dah kenapa pulak bagitahu aku nama dia?
"Awak ada rasa nak bersekolah?"
"Saya kena jujur ke?" Jeonghyun menyoal. Puan Jung mengangguk. "Hmmm... Tak kut. Selama saya hidup tak bersekolah, saya masih mampu survive. Tak apala. Lagipun saya memang tak berminat nak sekolah."
"Tapi saya berminat untuk hantar awak ke sekolah."
"Eh?"
Yejin membisik ke telinga Jeonghyun. "Ini masanya kau nak lari daripada ayah kau."
Jeonghyun diam seketika. Otaknya memikir jawapan sebelum dia bersuara, "Tapi saya tak ada duit puan."
"Semua saya sponsor."
Erk?
YOU ARE READING
Teacher Jung | Jung Jaehyun NCT [COMPLETED]
RandomAku tak gila. Aku cuma... Luahkan apa yang aku rasa. Dia orang kata aku sakit tapi... Aku rasa aku sihat. Mungkin dia orang yang salah tafsir aku. Aku hanya gadis biasa yang menanti kehadiran si abang yang berjanji untuk berjumpa dengan aku semula...