TJ - 13

489 53 0
                                    

"SAYA tak tahu nak balas jasa cikgu macam mana. Cikgu bagi saya tempat tinggal. Cikgu beli barang dapur untuk saya. Saya berterima kasih sangat-sangat." Jeonghyun berkata. Entah kali ke berapa dia mengucapkan terima kasih. Jujur dikatakan dia tidak pernah rasa bersyukur sebegini. Melihat kesungguhan Jaehyun yang membantunya buatkan dirinya rasa rendah diri.

Jaehyun yang sedang elok memandu sekadar tersenyum. "Siapa pun dekat tempat awak, saya akan tolong."

Jeonghyun tersenyum senang. Lega dengan balasan Jaehyun. Ini bermakna jika ada yang senasib dengannya, pasti Jaehyun akan membantu. Ini bermakna, ini bukan layanan istimewa Jaehyun terhadapnya.

Eh? Cara cakap macam Jaehyun suka dia. Lol.

-----

"JANGAN lupa kunci pintu. Kalau ada orang yang awak tak kenal jangan bagi masuk. Kalau rumah ni awak punya saya tak kisah." Jaehyun berpesan dengan nada sangat serius. Selepas memunggah barang dan diletakkan di tempat yang sepatutnya, Jaehyun terus menuju ke luar rumah.

"Okey cikgu. Thanks once again. Kalau boleh saya nak sangat balas jasa cikgu tapi saya..."

"Jadi pelajar yang cemerlang boleh?"

"Huh?" Jeonghyun tercengang.

"Balas jasa saya, dengan jadi pelajar yang cemerlang. Jangan sia-siakan hidup awak. Belajar rajin-rajin. So that awak boleh dapat kehidupan yang lebih selesa. Saya tak paksa awak untuk belajar 24/7. Saya cuma minta awak hargai hidup awak. Jangan bazirkan masa dengan perkara yang sia-sia. Awak muda lagi. Perjalanan masih jauh. Lagipun awak perempuan. Kalau awak tak belajar dan ditakdirkan awak membujang sampai ke tua, siapa nak tanggung awak?" wajah Jeonghyun yang menunduk dipandang.

"Maaf saya kata macam ni. Saya tahu satu hari nanti awak akan fikir jalan untuk memudahkan hidup awak. Tapi saya takut masa tu dah terlambat. Mulakan daripada sekarang. Bersusah dahulu. Bersenang kemudian. Okey?" kepala Jeonghyun diusap.

Jeonghyun terkaku memandang Jaehyun. Perbuatan Jeonghyun kali ini mengingatinya pada seseorang.

"Saya balik dulu," ucap Jaehyun dan mula berlalu pergi. Jeonghyun menarik nafas panjang. Matanya dikelip beberapa kali apabila tubir mata mula terasa panas.

Adik rindu abang.

Teacher Jung | Jung Jaehyun NCT [COMPLETED]Where stories live. Discover now