- 3 Tahun Kemudian -
Tiga tahun mungkin waktu yang agak lama untuk aku. Duduk di dalam tempat yang terkurung, tiada teman berborak. Yang ada hanyalah kunjungan mereka yang cuba untuk membantu aku.
Susah untuk katakan. Walaupun kadang-kadang aku melampaui batas, tapi mereka, tetap ada untuk aku. Mereka tidak putus asa. Setiap minggu bersilih ganti untuk berjumpa dengan aku. Sedikit sebanyak, ia membantu aku untuk membina semula kekuatan aku yang kian meluntur saban tahun.
Mungkin, aku patut terima hakikat bahawa aku juga perlu membantu diri aku sendiri. Bisikan-bisikan yang aku dengar selama ini hanyalah khayalan aku sendiri dek kerana perkara lampau yang menghantui aku mengakibatkan fikiran negatif mula memainkan peranan menghasut aku membuat perkara diluar kawalan.
Melihat kesungguhan mereka buatkan aku sedar, apa yang patut aku buat untuk membalas jasa mereka?
Bangkit untuk diri sendiri. Lawan sisi negatif aku untuk menghargai mereka.
Bayangkan, mereka dah bersusah-payah supaya aku pulih. Sanggup datang ke sini melawat aku, untuk membantu rawatan aku, tanggung kos dan segalanya. Jadi kenapa aku tidak mampu fight untuk diri sendiri? Sedangkan semua ini untuk kebaikan aku.
BUKU ditutup. Dipandang dan diusap permukaan buku berkulit itu. Senyuman terukir. Tiga tahun berlalu dan dia di sini. Berada di sebuah taman sambil menghirup udara segar. Sesekali matanya memerhati kanak-kanak yang seronok bermain di sekitar taman permainan ini.
Dia bahagia. Terlepas daripada penyakitnya seratus peratus buatkan dia rasa, dia la orang yang paling bersyukur kerana dia... Masih hidup.
Jeonghyun mengeluh. Tubuh sendiri dipeluk. Badan sudah bersandar pada kerusi panjang yang berada di taman ini. Hal tiga tahun lepas bermain di dalam kepalanya.
YOU ARE READING
Teacher Jung | Jung Jaehyun NCT [COMPLETED]
RandomAku tak gila. Aku cuma... Luahkan apa yang aku rasa. Dia orang kata aku sakit tapi... Aku rasa aku sihat. Mungkin dia orang yang salah tafsir aku. Aku hanya gadis biasa yang menanti kehadiran si abang yang berjanji untuk berjumpa dengan aku semula...