TJ - 30

467 46 0
                                    

"PLEASE! Please! Please! Saya nak tengok. Tolonglah akak. Saya terdesak ni. Kawan saya hilang." Yejin tidak berhenti mencuba. Daripada tadi dia merayu pada akak cashier tersebut.

"Akak tak boleh bagi."

"Akak nak biar kawan saya hilang ke? Kalau apa-apa jadi dekat kawan saya, siapa nak tanggung?" Yejin masih tidak berpuas hati.

"Sudahlah Yejin. Kita pergi buat police report aje."

"Kau gila eh?"

Si Cheng sudah menayang muka blur. Tak pasal-pasal kena gila. Siapa gila sekarang ni? Dia atau Yejin? Kawan hilang baru nak cari. Sebelum ni tak ada pula nak cari. Cekik kang, tahu lah.

"Ada balai polis yang buka ke waktu macam ni? Tengah malam kut."

Si Cheng angkat bahu. "Entah. Mana aku tahu."

Pak! Kepala Si Cheng dipukul. Lelaki itu dijeling sebelum akak cashier tadi dipandang. Kedua tapak tangannya disatukan. Dah mula dah.

"Please! Tolonglah. Saya merayu sangat-sangat."

Akak cashier tadi melepaskan nafas berat. "Okey. Saya bagi. Tapi, tunggu sampai manager sampai. Boleh?"

Yejin tersenyum lebar. Yes!

"Boleh!"

-----

"STOP!" Yejin mengarah. "Play!" sekali lagi dia bersuara. Sedari tadi mulut dia sahaja yang bising. Si Cheng hanya mendiamkan diri.

Tika ini, mereka memerhati video yang dirakam pada minggu lepas. Video yang menjadi bukti kehilangan Jeonghyun.

"Stop! Stop! Stop!" Si Cheng bersuara. "Ini Jeonghyun kan?" soalnya pada Yejin apabila seorang gadis yang memakai topi berwarna hitam berserta hoodie berwarna hitam dan tangan yang dimasukkan ke dalam poket hoodie.

Yejin mengangguk. Siapa lagi yang pakai serba gelap macam tu kalau bukan Jeonghyun? Dengan tangan yang dimasukkan ke dalam poket. Tsk.

"Dia buat apa?" soal Yejin pada diri sendiri. Melihat gaya Jeonghyun, dia tahu gadis itu mahu mencuri. Apabila gadis itu memandang kamera litar tertutup yang sedang ditonton ini, tahulah Yejin bahawa firasatnya betul. Lebih-lebih lagi apabila gadis itu menurunkan topinya.

Yejin dan Si Cheng terus fokus sehinggalah ada seorang lelaki bertubuh gempal menekup mulut Jeonghyun.

"Stop!" Yejin bersuara kembali. "Cuba zoom muka dia."

Encik Kang yang merupakan manager 7E itu mengikuti arahan Yejin.

Siapa dia ni?

"Kau kenal ke?" Si Cheng menyoal. Daripada gaya Yejin, macam kenal.

Kepala digeleng. "Tak."

"Boleh saya minta copy?" Yejin menyoal pada Encik Kang. Encik Kang mengangguk. Dia sangat berbesar hati membantu dua orang remaja ini.

Setelah selesai semuanya, mereka keluar dari 7E.

"Sekarang ni kita nak buat apa?" Si Cheng menyoal.

Yejin menolak rambutnya ke belakang. "Aku rasa kita kena jumpa Cikgu Jung." Tidak tahu kenapa, tapi Yejin rasa itu perkara paling tepat diikutkan.

Jika diikutkan, Yejin tahu orang yang dimaksudkan oleh Jeonghyun selama ini kerana Lucas telah menceritakan segala-galanya padanya. Namun disebabkan perasaan amarah, Yejin membiarkan dan hanya membuat bodoh sahaja.

"Kau gila ke? Tak akan nak ganggu cikgu malam-malam ni?"

"Kalau tentang Jeonghyun, aku tak rasa dia akan terganggu."

"Eh?" Si Cheng blur.

"Kau ikut aje lah."

Teacher Jung | Jung Jaehyun NCT [COMPLETED]Where stories live. Discover now