HARI demi hari, Jeonghyun dan Jaehyun semakin rapat. Cuma hubungan mereka terbatas sekadar guru dan pelajar sahaja. Tidak lebih daripada itu. Jeonghyun juga sudah semakin rapat dengan Ten, kawan Jaehyun.
"Upah hari ni." Ten menghulur beberapa keping wang kepada Jeonghyun.
Tangan yang dirasakan kotor itu dikesat pada baju hitam berlengan panjang yang dipakai oleh Jeonghyun sebelum menyambut huluran Ten.
"Terima kasih," ucap Jeonghyun. Ten sekadar mengangguk sebelum mula menutup gerai burger memandangkan jam sudah menunjukkan angka 12.
"Saya tolong, eh?" Jeonghyun mempelawa. Tangan sudah mula mahu membantu Ten namun pantas di halang oleh lelaki itu.
"Tak payah lah. Pergi balik. Dah lewat malam. Tak pasal-pasal Jaehyun marah."
Jeonghyun diam tidak mengerti. Dah kenapa pula nak marah?
Ten memberhentikan kerjanya. Anak matanya memandang raut hairan milik Jeonghyun.
"Kau kan pelajar dia. Mestilah dia risau."
Jeonghyun menggaru kepala sebelum tersengih. "Haah, kan? Saya balik dulu lah. Selamat malam."
-----
ESOKNYA, Jeonghyun datang ke sekolah seperti biasa, bezanya kali ini kebanyakkan pelajar di situ memandangnya bagai hendak gaduh. Tak kurang juga ada yang berbisik sesama sendiri sambil memandang ke arahnya. Dah kenapa?
"Yejin." Jeonghyun yang sudah mula duduk di tempatnya di dalam kelas mula berbisik memanggil Yejin. Gadis itu sedang menyiapkan latihan matematik yang diberikan oleh teacher Kang semalam. Siapa aje yang rajin buat awal-awal?
"Nak apa?" Yejin menyahut. Matanya masih tertumpu pada soalan di dalam buku latihannya sambil tangan ligat membuat pengiraan.
"Aku rasa, hari ni semua orang semacam." Jeonghyun berkata di sebelah telinga Yejin. Matanya sudah melilau memandang pelajar-pelajar yang berada di dalam kelasnya. Apa yang dia sangat-sangat perasan, kebanyakkan pelajar perempuan yang memandangnya. Hah sudah! Seumur hidupnya tak pernah lagi dia merampas suami orang.
Eh, kejap! Dah kenapa masuk hal rampas-merampas ni? Eish! Suami orang pula tu. Ini bukan drama TV3,ya.
Yejin menghentikan perbuatannya. Jeonghyun dipandang. "Kenapa?"
Jeonghyun angkat bahu. "Tak tahu. Aku ada buat salah ke wei? Selama kau kenal aku, aku tak rampas suami orang kan?"
"Eish!" Yejin menepuk meja.
Jeonghyun terkejut. "Aish, terkejut aku!" kepala Yejin diluku.
Yejin menggosok kepalanya. "Dah kenapa kau nak rembat suami orang? Kau kan setia pada yang satu."
Jeonghyun membaringkan kepala di atas meja. "Sebab tu aku pelik. Kenapa dia orang pandang-pandang aku? Apa salah aku?"
Yejin diam. Diam sebelum dia memetik jari. "Aku rasa, aku tahu kenapa." Wajahnya bersinar-sinar seakan sangat yakin dengan jawapannya.
Jeonghyun kembali mengangkat kepala. Matanya membulat tanda benar-benar ingin tahu.
"Lately ni kan, kau rajin datang sekolah. Awal pula tu. Mestilah orang pelik." Yejin tersenyum. "Tak ada apa lah. Lagipun manusia memang suka membawang. Benda kecil pun nak ambil serius. Tak payah fikirlah." Bahu Jeonghyun di usap.
Jeonghyun hanya tersenyum lega mendengarnya. Kepalanya diletakkan di atas bahu Yejin. Tapi entah mengapa, kelegaannya hanya seketika. Tatkala mata ternampak Kim Shin berjalan ke arahnya, Jeonghyun menelan air liur.
"Jennie nak jumpa kau seorang sahaja di atas bumbung sekolah."
Dan ini merupakan salah satu malapetaka baginya.
YOU ARE READING
Teacher Jung | Jung Jaehyun NCT [COMPLETED]
DiversosAku tak gila. Aku cuma... Luahkan apa yang aku rasa. Dia orang kata aku sakit tapi... Aku rasa aku sihat. Mungkin dia orang yang salah tafsir aku. Aku hanya gadis biasa yang menanti kehadiran si abang yang berjanji untuk berjumpa dengan aku semula...