TJ - 35

467 44 1
                                    

EARPIECE dibetulkan. Tangannya yang memegang stereng kereta terasa bagaikan berpeluh. Jantungnya mula berdetak laju. Dalam hati tida berhenti berdoa. Semoga semuanya baik-baik sahaja.

Sesekali matanya memerhati jam di dashboard. Telah jam 11 malam, kereta mula dipandu.

-----

"BANGUN." Ten menolak badan Jeonghyun supaya bergerak. Tangan kanannya memegang bahu gadis itu manakala tangan kirinya memegang lengan kiri gadis itu.

Semasa berjalan untuk keluar dari gudang tersebut, mata Ten sesekali memerhati sekeliling. Anak-anak buah King sedang sibuk dengan hal sendiri. Earpiece di telinganya dibetulkan.

Sebaik sahaja sampai di pintu keluar, Ten memandang Bambam. Salah seorang anak buah King. Kedua-duanya seakan menghantar telepati sebelum kedua-duanya mengangguk.

Ten memerhati sekeliling sebelum mengambil jalan di sebelah kiri. Sampai sahaja di belakang gudang, Ten berhenti. Ikatan tangan Jeonghyun dibuka. Sekeping kertas bersaiz A4 yang dilipat kecil diberi pada Jeonghyun.

"Ambil ni."

Jeonghyun hanya mengambil tanpa banyak tanya. Kertas di tangannya itu dipandang kosong. Nak main lukis-lukis ke apa?

Jeonghyun buka lipatan kertas A4 itu. Keningnya terangkat sambil bibir menutur, "Wow." Lakaran yang dilukis Ten sangat-sangat wow. Cantik. Tapi macam kenal tempat ni.

Sementara Jeonghyun meneliti apa yang dilakar oleh Ten, Ten mengambil kesempatan menekan earpiecenya dan mula bercakap sesuatu di dalam bahasa Thailand. Tak lama selepas itu, datang seorang perempuan yang sedikit tinggi daripada Jeonghyun yang memakai pakaian yang sama dengannya. Apakah?

Ten memegang kedua bahu Jeonghyun. "Dengar cakap aku. Dekat kertas ni, aku dah lukis jalan keluar dari tempat ni. Keluar sahaja dari sini, cari kereta BMW hitam with number plate JJ1402. Ingat, BMW hitam with number plate JJ1402. Faham?"

Jeonghyun angguk.

"Good!" Bahu Jeonghyun ditepuk. "Air." Tangan dihulur pada gadis yang memakai pakaian yang serupa dengan Jeonghyun. Botol diberi pada Ten dan Ten hulur pada Jeonghyun. "In case kau penat or something. Aku tahu tenaga kau dah berkurang sebab dia orang tak bagi kau makan selalu tapi satu aku pesan, lari selagi mampu. Jangan sampai tertangkap."

"Ten aku rasa kita kena gerak. Lagi empat minit pukul 12." Gadis asing itu mula bersuara.

Ten mengangguk. Gadis asing itu ditarik oleh Ten. Jeonghyun menghantar pemergian Ten dan gadis itu untuk seketika sebelum kakinya melangkah dari situ.

Sungguh tika ini Jeonghyun sangat-sangat tidak larat. Namun apabila mengenangkan apa yang Ten sudah lakukan padanya dia perlu kuat. Dia perlu lari.

Kepingan kertas tadi direnung lagi sebelum kaki mula berjalan mengikut lakaran pada kertas.

Teacher Jung | Jung Jaehyun NCT [COMPLETED]Where stories live. Discover now