"KIM SHIN. Boleh awak panggil Yejin? Kata pada dia, saya nak jumpa dia di bilik saya. Sekarang," arah Jaehyun yang terserempak dengan Kim Shin yang baru keluar dari kedai buku.
Kim Shin mengangguk kemudian berlalu pergi.
Jaehyun melepaskan nafas berat. Ada sesuatu yang perlu dia tanya pada Yejin. Sesuatu yang menyebabkan Jennie dan Jeonghyun bergaduh besar.
Kemudian, Jaehyun berlalu ke biliknya. Dia sabar menanti Yejin. Selang beberapa minit terdengar ketukan pada pintunya. Dia membenarkan orang tersebut masuk.
"Kenapa cikgu nak jumpa saya?" Yejin menyoal malas. Mengingatkan kata-kata Jennie membuatkan Yejin jadi menyampah.
"Duduk."
"Cakap aje. Saya ada kelas nanti."
"Saya kata duduk." Jaehyun masih berkeras. Malas mahu memanjangkan cerita, Yejin akur dengan arahan Jaehyun.
"Saya nak straight to the point dengan awak sekarang ni. Jadi saya minta sangat... tolong jujur. Sebab hal ni berkaitan dengan Jeonghyun. Tolong sangat-sangat."
Yejin mengeluh. Sudahlah dia baru sahaja putus persahabatan dengan Jeonghyun semalam. Sekarang Jaehyun mahu dia menjawab bagi pihak gadis itu.
"Setakat mana yang saya mampu," balas Yejin acuh tak acuh.
"Awak tahu apa yang jadi dengan Jennie dan Jeonghyun semalam?"
-----
MEMANDANGKAN Jeonghyun hanya ada beberapa helai pakaian sahaja, jadi tidak sukar untuk dia mengemas barangnya. Atau dalam erti kata lain, tiada apa yang perlu dikemas. Selama ini pun dia bawa pakaiannya ke sekolah. Heh.
Selesai memakai topi, hood dipakai. Topi ditarik sedikit ke bawah bagi menutup mukanya. Dia keluar dari rumah tersebut bersama beg yang digalas. Sebelum turun ke bawah, dia sempat memakai mask bagi menutup separuh mukanya.
Setelah pasti apartment itu dikunci dengan kemas, dia berlari turun ke bawah bersama tangan yang masuk kedalam poket hoodie. Jam di telefon di lihat sebelum kedudukan tangan kembali pada asal. Gerai burger di tuju.
"Ten oppa." Agak geli bila Jeonghyun mahu menggelar Ten oppa pada awalnya, tapi bila mengenangkan jarak umur mereka yang agak jauh, dengan sukarela Jeonghyun memanggil.
"Jeong... Hyun?" Ten menyoal. Jeonghyun mengangguk. "Oh, kenapa? Pakai macam ni. Nak pergi mana dengan beg tu?"
Jeonghyun menunduk. Dia tida mahu bertentang mata dengan Ten. Dia tidak mahu lelaki itu membaca air mukanya.
Beg yang digalas di belakang badan ditarik dan zip dibuka. Sebalang wang yang dikumpul selama beberapa minggu ini dibawa keluar kemudian diberi pada Ten.
"Bagi cikgu. Kata saya bayar duit sewa rumah. Cakap dekat dia terima kasih."
"Ta..." belum sempat Ten menghabiskan kata, Jeonghyun terus berlalu pergi.
![](https://img.wattpad.com/cover/221017775-288-k732917.jpg)
YOU ARE READING
Teacher Jung | Jung Jaehyun NCT [COMPLETED]
AcakAku tak gila. Aku cuma... Luahkan apa yang aku rasa. Dia orang kata aku sakit tapi... Aku rasa aku sihat. Mungkin dia orang yang salah tafsir aku. Aku hanya gadis biasa yang menanti kehadiran si abang yang berjanji untuk berjumpa dengan aku semula...