TJ - 23

461 50 0
                                    

JEONGHYUN terjaga daripada lenanya. Kepalanya terasa sakit namun dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa kerana tangannya terasa diikat pada satu tiang di belakang badannya. Kakinya jugak terasa diikat. Begitu juga dengan mulut dan matanya menyebabkan pandangannya gelap. Itu membuatkan dia rimas.

Memandangkan hampir kesemua anggota badannya diikat, pergerakan Jeonghyun terbatas. Jadi dia perlu peka menggunakan pendengaran. Dan apabila dia terdengar bunyi tapak kasut yang menyentuh permukaan kayu, Jeonghyun cuba untuk mendiamkan diri. Dalam erti kata lain, dia cuba untuk berpura-pura pengsan.

"Bagus! Tak sia-sia kau bagi cadangan yang macam ni. Aku tak sangka dengan idea kau." Suara yang asing di pendengaran Jeonghyun. Tak lama selepas itu, dia terdengar gelak yang sangat kuat daripada orang yang bersuara tadi. Gelaknya sangat jahat dan sangat... Menakutkan.

"Te-terima kasih."

Suara yang kedua itu membuatkan Jeonghyun hampir mengerutkan kening. Kenapa macam familiar? Dia sudah lama tidak mendengar suara itu. Di mana agaknya kali terakhir dia mendengar suara itu?

Ketika otaknya ligat memikir si empunya suara, penutup matanya ditarik dengan kasar menyebabkan Jeonghyun tersentak. Terus anak matanya itu bertentang mata dengan seorang lelaki yang sangat asing pada matanya. Siapa lelaki ni? Sudahlah tak handsome macam Jaehyun! Choi.

"Welcome to my hell, dear." Dagu Jeonghyun dicuit. Tindakan pantas dibuat oleh Jeonghyun. Kepalanya mengelak daripada disentuh tangan tua itu. Terdengar tawa besar lelaki itu. Jadi lelaki ini lah yang gelak tak ingat dunia tadi? Tak padan dengan tua. Gelak kemain. Jeonghyun rasa, Mark NCT pun tak gelak macam tu.

Ah sudah! Jeonghyun, berhenti jadi NCTzen di merata-rata tempat boleh?

Lelaki itu mula bangkit daripada duduk mencangkung di hadapan Jeonghyun. Bahu lelaki kedua tadi ditepuk perlahan sambil bibir menguntum senyuman bangga.

"Aku tak sangka kau ada anak secantik ni."

Anak?

Bersama perasaan ingin tahu, Jeonghyun mula menumpukan perhatiannya pada lelaki yang berada di hadapan lelaki pertama tadi. Hatinya tiba-tiba menggelegak panas.

"Ayah!"

Kedua-duanya menoleh. Melihatkan wajah bengang Jeonghyun, Park Jaeng In berjalan ke arah anak gadisnya itu. Rahang gadis itu dicengkam kuat.

"Terima kasih sebab kali ni kau betul-betul dah bantu aku. Hutang aku langsai semua sebab kau." Jaeng In ketawa jahat.

"Hutang apa? Apa kena-mengena dengan Hyun?" rahangnya yang sakit menyukarkannya untuk membuka bicara. Bebola matanya tajam memandang Jaeng In. Hutang apa yang Jaeng In sudah lakukan sehingga menyebabkan Jeonghyun berada di sini?

"Yang itu kau tak payah tahu. Yang pasti aku dah jual kau pada King." Cengkaman dilepaskan.

"J-jual?" bagai keluar, tak keluar sahaja suara Jeonghyun. Lebih tepatnya, dia berkata pada diri sendiri. Dia terkejut. Tidak sangka hidupnya menjadi sebegini teruk. Dosa apa yang dia lakukan selama ini?

Jennie menuduhnya mempunyai hubungan dengan Jaehyun. Yejin memutusakan persahabatan mereka disebabkan tuduhan Jennie dan silapnya yang membenarkan Lucas memegang tangannya. Sekarang, ayahnya pula menjualnya?

Nasib apa yang aku terima sekarang ni? Kenapa semuanya jadi pada dirinya. Kenapa dia rasa semua ini? Sudahlah persekolahannya ditanggung oleh Puan Jung tapi dia tidak menghargai jasa wanita itu dan sekarang dia mula menyesal.

"Sampai masa abang akan cari adik."

Abang dekat mana?

Teacher Jung | Jung Jaehyun NCT [COMPLETED]Where stories live. Discover now