"NAK apa?" Jeonghyun menyoal seperti kebiasaanya. Ala-ala gangster. Sememangnya itu sifat semula jadinya. Dia tahu Jennie mahu mencari pasal. Kerana secara jujurnya, Jeonghyun tidak akan bersifat kasar jika tiada yang mencari pasal dengannya. Jika seseorang itu baik dengannya, dia akan baik juga.
Jennie yang sedang berpeluk tubuh itu menyinis ke arah Jeonghyun. Baginya Jeonghyun memang sangat berani. Datang seorang diri tanpa teman.
"Well perempuan sampah dah sampai." Jennie bersuara perlahan. Di sebelahnya ada Rose.
"Kau nak apa jumpa aku? Apa yang kau tak puas hati?" cara Jeonghyun berkata semakin kasar. Dia tiada masa mahu melayan perangai perempuan macam ni. Ada baiknya dia tidur dalam kelas. Eh, tak tak. Dia lebih rela masuk kelas matematik daripada menghadap perempuan perasan bagus ni.
Jennie tergelak kecil dengan kata-kata Jeonghyun. Jeonghyun berkerut kening. Dah kenapa? Sawan ke?
"Eh Rose! Ada baiknya kau hantar member kau pergi tanjung rambutan. Aku risau gila dia melarat." Jeonghyun tersenyum bangga melihat wajah Jennie yang sudah berubah tegang sambil tangan ligat membuka plastik gula-gula getah dan disumbat ke dalam mulut lalu dikunyah selamba.
"Aku atau kau yang patut pergi tanjung rambutan? Sedar diri sikit kau tu anak penagih. Jangan fikir orang nak dekat dengan kau. Anak sampah!" Jennie meludah ke hujung kasut Jeonghyun.
Jeonghyun memandang Jennie tajam. Kunyahannya menjadi semakin perlahan. Sumpah dia terasa!
"Ohhh... Kalau aku anak sampah, kau anak apa? Anak yang tak reti bersyukur? Kau kaya pun bukan atas usaha sendiri. Mak bapak kau jugak."
"Sekurang-kurangnya aku tak merempat macam kau."
"Mak bapak kau dulu pun susah lah!" Jeonghyun mula menengking. Tahap kesabaran mula berkurang.
Jennie ketawa suka melihat api kemarahan dalam diri Jeonghyun. Sikit sahaja lagi dan gadis itu pasti akan naik angin pada tahap maksima. Dia tahu Jeonghyun bukan penyabar orangnya.
"Oh, ya? Tapi itu, kan dulu. Bukan sekarang. Tak macam kau." Jennie memandang Jeonghyun atas dan bawah. "Macam anak pungut... Oh! Lupa. Kau kan anak sampah," balas Jennie lalu ketawa besar. Begitu juga dengan Rose yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.
Jeonghyun mengetap giginya. Penumbuk di genggam kuat. Baju uniformnya cuba digenggam. Dia risau jika buku limanya naik ke muka Jennie.
"Sedarlah diri tu. Kau tu tak ada apa. Cuma anak sampah. Dah lah bodoh. Tak ada yang nak kau..."
"Aku blah." Jeonghyun memotong kata-kata Jennie kemudian berpaling daripada dua orang gadis itu.
"Melainkan kau yang goda orang!" Jennie melaung kuat. Langkah kaki Jeonghyun mati.
Jennie menghulur tangannya pada Rose seakan meminta sesuatu. Rose yang mengerti itu terus menghulur beberapa keping gambar pada Jennie sebelum Jennie berjalan menghampiri Jeonghyun dan berdiri di hadapan gadis yang berwajah tegang itu.
Kepingan gambar-gambar itu tadi ditolak kuat pada Jeonghyun. Dengan berat hati, Jeonghyun mengambil gambar tersebut. Matanya melihat setiap keping gambar yang diberi.
"Tak sangka. Muka nampak innocent tapi tak malu."
Jeonghyun memandang Jennie. Baginya gambar yang ada di hadapannya matanya sekadar gambr biasa.
"So?" keningnya di angkat tinggi.
"So... Jangan sampai berita ni tersebar dekat telinga pelajar-pelajar dekat sini."
Dahi Jeonghyun berkerut. Sungguh dia tak faham. "Apa kau ni? Jangan bercakap macam orang tak ada akal boleh? Kelas depan kan? Tersebar kenapa? Gambar aje kan?"
Jennie menayang muka annoying. Tangannya mula naik memeluk tubuh sekali lagi. Blur!
Jennie berjalan menghampiri Jeonghyun. Rambut yang separas bahu itu diusik. "Kau tahu..." anak matanya menikam anak mata Jeonghyun. "Dengan hanya sekeping gambar, orang boleh pandang hina dekat kau."
Jeonghyun memandang Jennie seakan tidak percaya. Apa yang perempuan ni maksudkan? Dia nak buat apa sebenarnya?
Tangan Jennie ditepis. Jeonghyun merenung tajam ke arah Jennie. "Stop talking nonsense you idiot. Aku blah." Tubuh Jennie ditolak kasar sehingga gadis itu terjatuh.
"Aku tahu kau ada affair dengan cikgu Jung!"
Buat kali kedua langkah Jeonghyun mati. Apa lagi yang minah ni merepek? Cikgu Jung mana pula ni? Dekat sekolah ni, bukannya ada seorang cikgu Jung. Tak akan dia mention pengetua pulak. Uish!
"Kalau tak, dia tak akan bagi kau tinggal dekat rumah tu."
Okey sekarang Jeonghyun tahu siapa.
Senyuman penuh kejahatan Jeonghyun lempar kan pada Jennie. "Kenapa? Jealous? Kalau jealous cakap. Lepas ni aku jalan dengan dia pegang tangan depan kau." Kening diangkat tinggi. Sengaja mengusik gadis yang mula bangkit itu. Dia tahu, gadis itu suka dengan Jaehyun. Heh.
"Kau memang tak malu kan?"
"Aku atau kau? Tak malu menuduh orang sesuka hati. Aku rasa perangai kau ni lagi busuk daripada sampah. Otak kau dekat sini..." Jeonghyun menghentak tapak kasutnya. "Dekat tapak kaki."
"Yang penting aku tak letak maruah aku dekat tapak kaki macam kau!" kepala Jeonghyun ditunjal.
What?
Jeonghyun tersentak. Dia mula menjadi sensitif.
"Aku belum bodoh lagi untuk duduk sebumbung dengan lelaki." Sekali lagi kepala Jeonghyun ditunjal. "Murah!"
PANG!
Rose melopong dengan tamparan Jeonghyun yang diberikan pada Jennie. Terus dia membantu sahabatnya itu. Bukan perlahan tamparannya itu, malah sangat kuat sehingga bergema bunyinya di atas bumbung sekolah ini.
"Jaga bahasa kau Jen. Jangan menuduh kalau kau tak ada bukti."
Jennie mula mengetap giginya. Tangannya sudah mahu naik untuk membalas semula namun tidak kesampaian apabila Jeonghyun menangkap tangan itu dan dipusingkan ke belakang badan Jennie. Menjerit gadis itu dibuatnya akibat sakit.
"Maaf buat macam ni tapi kau memang dah melampau. Selama ni aku diam tapi kau makin pijak kepala aku." Dan Jennie ditolak dengan sangat kuat sehingga lutut gadis itu tercalar akibat bergesel dengan permukaan lantai yang kasar.
"Jangan sampai aku..."
"Report lah. Kalau kau buat, sumpah aku berterima kasih pada kau," balas Jeonghyun. Gula-gula getah diludah tepat mengena muka Jennie sebelum dia mula melangkah pergi.
Dan buat kali ketiga, langkahnya mati apabila terlihat Yejin yang berada di hadapan pintu keluar semasa dia mahu membuka pintu untuk menuju ke tangga.
YOU ARE READING
Teacher Jung | Jung Jaehyun NCT [COMPLETED]
De TodoAku tak gila. Aku cuma... Luahkan apa yang aku rasa. Dia orang kata aku sakit tapi... Aku rasa aku sihat. Mungkin dia orang yang salah tafsir aku. Aku hanya gadis biasa yang menanti kehadiran si abang yang berjanji untuk berjumpa dengan aku semula...